Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, December 30, 2011

berakhirnya 2011

Views
Pejam celik pejam celik, tahun 2011 sudah pun sampai di penghujungnya. Tak sangka kan, begitu cepat masa berlalu dan bermacam2 jugak yang terjadi dalam tahun 2011 ni. Entry aku kali ni khas untuk aku imbau kembali kenangan 2011 ni. Actually tak banyak berubah pun...

Kalau dari segi kerja aku masih lagi bekerja di tempat yang sama, takde perubahan tapi sedih jugak la sebab masih lagi kempunan nak dapat kerja yang lebih baik lagi. Pape pun buat sementara ni aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni..

Dari segi keperluan pula, Alhamdulillah tahun ni aku dapat merealisasikan keinginan aku untuk memiliki sebuah kamera. Walaupun pun kamera tu tak la sehebat kamera orang yang profesional tapi ianya cukup membuatkan aku gembira...

Beberapa orang telah muncul dalam hidup aku dan tidak kurang juga orang yang meninggalkan aku. Dalam tahun ni (tak ingat buan bila), datuk sedara aku telah pun meninggal dunia. walaupun aku tak berapa rapat dengan dia tapi kehilangan dia amat aku rasai. kelahiran miqael azeem dalam keluarga aku,menceriakan lagi suasana...

Cinta? perpisahan dan pertemuan yang tidak disangka....

Kembalinya aku ke bumi jelapang padi yang amat aku rindui. zana, sahabat ku telah pun selamat melangsungkan perkahwinannya baru2 ni. harap dia sentiasa bahagia di sisi suami...asha pun dah bertunang sewaktu kita sibuk merayakan aidilfitri. moga sampai ke jinjang pelamin....abang anep dan kak nas pun telah melangsungkan perkahwinan mereka 26hb hari tu. mintak maaf sebab tak dapat hadirkan diri...

Berakhirnya kegembiraan aku melayari forum komuniti iluvislam. mengubati kekecewaan dengan kehadiran saffmuslim kemudian datangnya impian yang pernah di impikan dahulu kala, fikrahislam datang memberi peluang menjadikan aku seorang penulis. semuanya memberi peluang kepada aku untuk berkenalan dengan rakan2 maya sehingga menjadikan mereka sahabat sebenar....


kehidupan yang penuh dengan kesederhanaan membuatkan aku rasa bersyukur. tiap kesedihan yang aku alami diakhiri dengan kegembiraan. aku harapkan tahun 2012 akan lebih menggembirakan buat aku..aminnn..

Saturday, December 24, 2011

Yes!! (Cerpen : Hidayah)

Views
Akhirnya dapat jugak aku menatap wajah labtop setelah berbulan dan berhari2 mengadap samsung tab yang kecik tu..hehe.. actuallly setelah berhari jugak la aku tak post cerita kat FikrahIslam akhirnya dapat jugak aku idea pastu terus aku post. Idea betul2 spontan dan aku buat kat opis. Bukan senang nak buat kat opis tu, yela kan..ada je mata yang memandang dan aku ni jenis pemalu. aku tak boleh la bila orang tengok aku tengah mengarang. risau idea hilang..hehe..so meh aku tunjukkan cerpen untuk kali ni. ianya pengajaran untuk aku dan kita semua. harap semuanya boleh la terima cerita aku ni yer sebab yang pastinya, baik itu datang dari-NYA dan yang buruk tu datang dari aku..



HIDAYAH

Tepat pukul 9pagi, Aini bergegas memasuki bilik kemudian keluar kembali. Kali ini dia membawa bersama beg yang dipenuhi dengan pakaian. Hari ini dia akan kembali semula ke Kuala Lumpur apabila cutinya sudah berada dipenghujungnya. Puan Salmi hanya memandang anaknya sambil tersenyum. Anak bongsu yang paling dia sayangi dan yang paling dia hormati. Kenapa? Kerana anak bongsunya itu lain dari yang lain. Pendiriannya yang tinggi membuatkan anaknya itu berani untuk mengambil keputusan untuk berubah sedari umur 10 tahun. Dia juga terkejut dengan perubahan yang dilakukan oleh anaknya itu membuatkan dia termalu sendiri. Dia yang sudah bertahun-tahun hidup pun masih belum berubah ke tahap yang lebih baik.

“Cantik kalau mak pakai tudung macam ni, lebih sopan”, puji Aini apabila emaknya itu mengenakan tudung labuh yang dibelinya sempena hari jadi emaknya itu. Puan Salmi hanya tersenyum kelat, dia agak terasa dengan teguran seperti itu. Akhirnya tudung itu hanya dijadikan hiasan di dalam almarinya. Aini tidak berkecil hati dengan tindakan emaknya itu, dia tidak mahu memaksa.

Sampai sahaja di perhentian bas, mereka sekeluarga meluru ke bas yang sudah sedia menunggu. Tiba-tiba telefon bimbit Aini berdering. Nama Haiza terpapar di skrin telefon membuatkan Aini tersenyum lebar terus menyambut panggilan kakak kesayangannya. Walaupun mereka berbeza pendapat dan pandangan, mereka tidak pernah berenggang ataupun bercakaran. Aini tetap menghormati kakaknya itu, begitu juga sebaliknya walaupun Haiza tidak dapat menerima perubahan adiknya itu.

“kau naik bas pukul berapa?” tanya Haiza apabila Aini baru saja menekan punat hijau.

“Assalammualaikum kak..Aini dah nak naik bas la ni. Akak jangan lupa ambil Aini tau”,

“Eerr wa’alaikummussalam..haa okey,nanti dah nak sampai bagitahu la ye”, Haiza agak terkejut dan malu dengan tindakannya tadi.

“Yela,nanti Aini bagitahu ye..assalammualaikum”,

“Wa’alaikummussalam”, talian terputus. Bukan sekali ini dia termalu dengan tindakannya tapi sudah banyak kali. Kadang-kadang dia berkecil hati dengan Aini yang sengaja mencari kesalahannya. Sesekali muncul rungutan di hatinya. Dia yang merasa garam dahulu sebelum Aini, dia yang mengenal dunia sebelum Aini dan dia juga mengenal huruf serta agama sebelum Aini jadi perlu ke adiknya itu mengingatkan semua perkara sedangkan dia sendiri sudah tahu tentang hal itu.

“Akak yang makan garam dulu. Apa yang kau tahu, akak dah pun tahu”, Aini hanya tersenyum apabila tegurannya mendapat tentangan dari Haiza.

“Kalau akak tahu, kenapa akak tak lakukannya?” terdiam Haiza buat seketika.

“Itu hak akak, tak perlu la kau nak ambil tahu. Berubah ataupun tidak, itu keputusan akak”, kata Haiza, agak keras bunyinya.

“Jika esok nyawa sudah tiada, adakah akak masih mempunyai hak untuk membuat keputusan?”, lidahnya kelu. Tidak dinafikan Aini sedang berusaha untuk mengubah cara hidup keluarganya tetapi entah kenapa dia langsung tidak dapat menerima langsung teguran adiknya itu. Adakah kerana dia lebih tua jadi tidak sepatutnya Aini yang lebih muda menegurnya?

Perlahan-lahan Aini melangkah menaiki tangga bas. Lambaian emak dari luar bas sangat menyayatkan hatinya. Bas bergerak perlahan, meninggalkan perhentian bas tersebut. Apabila bas sudah berada di atas highway, dia mengeluarkan alat pemain muzik. Diletakkan earphone dia telinganya dan menekan butang play. Alunan ayat-ayat Al-Quran amat meruntunkan hatinya sehingga dia memejamkan mata untuk menghayati tiap bait ayat tersebut. Mulutnya terkumat-kamit mengikut bacaan.

Baru saja Puan Salmi menjejakkan kaki di rumahnya, telefon rumahnya berdering. Pantas kakinya berlari untuk menyambut panggilan tersebut. Suara Aini lembut kedengaran di corong telefon. Senyumannya terukir.

“Kenapa sayang, ada barang tertinggal ke?” tanya Puan Salmi ingin kepastian.

“Bukan..bas yang Aini naik tadi kemalangan. Aini ada kat hospital ni, mak jangan la risau. Aini tak ada apa-apa, cuma luka sikit je”, terkejut Puan Salmi menerima khabar tersebut. Anaknya itu tidak menunjukkan dia dalam ketakutan tetapi hanya tenang menyampaikan berita tersebut.

“Mak datang sekarang ye” tanya Puan Salmi. Suaranya agak menggeletar, risau dengan keadaan anaknya itu. Dia bergegas ke hospital. Pada masa yang sama, telefon Haiza juga berdering. Haiza mengangkatnya tanpa melihat pemanggilnya.

“Akak, Aini kemalangan ni. Aini ada kat hospital ni. Akak jangan la risau, Aini tak ada apa-apa pun, cuma luka sikit je”, kali ini Haiza pula yang mendapat kejutan. Khabar yang tidak disangkakannya amat merisaukannya. Haiza juga bergegas pulang ke kampung untuk melihat keadaan adiknya itu.


*****

“Maaf cik..anak saya Aini, dia baru saja mengalami kemalangan pagi tadi. Dia bilik mana ye?” tanya Puan Salmi di kaunter pertanyaan.

“Sebentar ye puan”, jawab gadis itu. Puan Salmi hanya melihat telatah gadis itu berbicara dengan seorang doktor dan doktor itu kemudiannya menghampirinya.

“Puan mari ikut saya”, kata doktor tersebut. Puan Salmi agak pelik dengan situasi tersebut tetapi tidak pula bertanya. Dia hanya mengikuti langkah doktor tersebut. Suasana ruangan yang dia lalui amatlah meresahkan hatinya, degupan jantungnya berdegup agak pantas.

“Bilik mayat? Eeerrr doktor, ni bilik mayat. Doktor silap ni, anak saya kata dia hanya cedera ringan”, doktor hanya mendiamkan diri dan mempersilakan Puan Salmi memasuki bilik tersebut. Angin sejuk terus menerpa ke seluruh anggota badannya. Meremang bulu romanya buat seketika. Dari jauh dia nampak sebujur tubuh yang ditutupi kain putih, hatinya makin berdebar. Persoalan yang berlegar di fikirannya tadi hilang entah ke mana, persoalan yang timbul sekarang adalah mayat siapakah itu. Doktor menyelak kain tersebut perlahan. Kaki menggeletar dengan tiba-tiba, jantung hampir luruh apabila melihat mayat itu adalah anaknya iaitu Aini.

“Tak mungkin doktor. Dia sempat telefon saya tadi yang dia tak apa-apa,cuma luka ringan saja. Macam mana boleh jadi macam ni?” diajunya soalan yang membuatkan dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang.

“Dia telefon? untuk pengetahuan puan, Aini meninggal di tempat kejadian jadi mustahil dia boleh membuat panggilan”, sekali lagi Puan Salmi terkejut dengan perkhabaran itu. Apa yang sudah terjadi? Dia yakin, Ainilah yang membuat panggilan tadi.

“Apa, Aini meninggal! macam mana boleh jadi macam tu. Tadi Aini ada call, dia cakap dia okey je”, Haiza yang sedang memandu terdiam apabila emaknya memberitahu bahawa Aini telah meninggal dunia di tempat kejadian. Haiza tidak percaya, dia membelek kembali handphonenya dan melihat kembali waktu Aini membuat panggilan tetapi tidak dijumpainya. Apa sudah jadi ni? Dia jadi hairan, Aini memang ada membuat panggilan tapi kenapa tiada di dalam handphonenya. Tanpa Haiza sedari kereta di hadapannya memberhentikan kereta dengan tiba-tiba mengejutkannya tetapi segalanya sudah terlambat. Dia tersepit dan terkulai di stereng keretanya. Orang ramai mula menghampirinya untuk memberi bantuan. Matanya mulai kabur.

“Jika esok nyawa sudah tiada, adakah akak masih mempunyai hak untuk membuat keputusan?”, suara adiknya kedengaran. Airmatanya mengalir.

“Ya Allah”, itu saja yang mampu diungkapkannya.



“Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Mahamulia lagi Maha Pengampun” (QS Al-Mulk [67]:1-2).1


nak "like" atau "share"..sila klik DISINI

p/s :  bak kata orang,malang tidak berbau jadi janganlah jadikan usia atau pengalaman itu sebagai satu cara untuk kita berlagak atau menidakkan nasihat/teguran orang lain. kita sesama islam ni sentiasa la kena tegur-menegur,tak kira usia. yang tua janganlah cepat melenting bila yang muda menegur dan yang muda pula jangan menegur dengan cara yang kasar. Allah tidak pernah menyusahkan umatnya jadi carilah jalan untuk memudahkan kemudahan yang telah Allah berikan yer..peace no war!!

Thursday, December 22, 2011

Rindu

Views
Assalammualaikum semua!!

Rindu sangat aku nak update blog comey aku neh tapi tak kesampaian lagi sebab labtop masih rosak lagi dan aku asyik update guna samsung tab ni je. Tak puas aku nak mengarang,yela kecik sangat kot..hehe.. Sebenarnya banyak benda aku nak update tapi tunggu jela ye. Insyallah nanti aku akan update apa yang patut..

Penutup tahun 2011 sudah hampir di kemuncaknya. Kalau ikut kalendar islam kita sudah pun menyambut tahun baru kan. Nanti aku update apa yang jadi kat diri aku selama berada di tahun 2011 ni,macam2 jugak la kan..hehe

So tunggu jela ye..

Monday, December 12, 2011

kecewa?

Views
Assalammualaikum semua.. Selamat petang..!!

Hari ni dah masuk hari keempat aku berada di Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman. Rindu sangat dengan negeri tempat aku dibesarkan. Banyak kenangan tersimpan rapi di setiap daerah yang aku singgahi dari kecil sampai besar tapi saat ni aku rasa kecewa sangat, tak tahu kenapa. Aku dapat rasakan yang aku berada kat negeri yang sama, tiada perubahan. Tempat yang aku rindui telah mengecewakan aku 100%. Sedih sangat....

Perlu ke aku nak emosional over sangat macam ni? Tak perlu kot. Aku just taknak berprasangka buruk dengan orang sebab tu aku suka buat perancangan dengan lebih awal. Aku tak suka sesuatu terjadi dalam keadaan kebetulan, serius aku tak suka! "ala nak buat macam, benda tu kita tak boleh nak elak"..Yup, memang kita tak boleh nak elak jadi bersedia dengan lebih awal. Aku tak suka menunggu untuk tahu apa yang akan jadi "nanti".

Aku memang cuba nak kawal kemarahan aku bila aku fikir yang aku perlu beri ruang tapi macam mana dengan aku? "dalam dilemma?" Tolong la jangan rasa macam sebab aku rasa aku dah tanya kepastian dengan lebih awal lagi sebab aku pasti perkara macam ni memang akan jadi. Aku rasa macam nak balik kl malam ni jugak!

Disebabkan terlalu tension, jom kita layan lagu anuar zain ni dulu..kita layan jiwang ok..huhu!


Tuesday, December 6, 2011

Fuhhhh lega!!!

Views
Selamat malam semua!! Apsal happy lain macam je malam ni? Pelik? Aii nak happy sikit pun tak boleh ke..huhu!! Actually hari ni datang kerja dengan hati yang tak tenang dan serabut giler la kan. Tak boleh nak fokus kat kerja langsung dan tetiba inbox aku ada emel dari seseorang. Siapa tu? Semestinya si jantung hati aku Cik Misbah..hahahaha!!!

Hari ni aku cite macam2 benda kat dia. Bak kata orang,permata tiba2 datang bergolek. Tunggu apa lagi kan..hehe..last2 aku lega sangat sebab semua benda terluah. Thanks sesangat kat dia sebab bagi semangat kat aku dan membuatkan aku tersenyum2 baca dia punya emel.

Thanks Mis,aku hargai sangat. Aku tak tau la kau baca ke tak blog aku ni tapi kalau kau baca,apa yang aku boleh cakap..aku gembira sebab kau kawan aku dan janganlah jemu untuk bagi semangat kat aku macam tu lagi yer. Aku amat perlukannya. Sayang kau..(harap2 dia tak baca,malu kot..hahahaha)

Aku harap apa yang dia impikan selama ni termakbul..aminnn!!!

Monday, December 5, 2011

Pabila ujian datang, aku rebah

Views
Assalammualaikum semua, kita sudah semakin hampir dengan kemuncak pengakhiran tahun 2011. Erm macam mana dengan azam tahun ni, dah settle semua ke? ada yang tak settle lagi? bawa ke tahun depan la jawabnya yer..hehe..

Actually tahun ni banyak sangat dugaan aku perlu tempuhi. Itu satu kelebihan buat aku kerana aku terpilih untuk diberikan ujian seumpama itu dan tidak aku nafikan pernah terlintas difikiran untuk berputus asa tanpa mencuba atau berusaha. Kadang-kadang sampai satu saat, ujian yang datang membuatkan aku hampir rebah dan tak mampu untuk berdiri lagi. Dari mana aku dapat kekuatan? Dari saat tulisan aku ni, aku tidak mempunyai seorang kawan untuk mengadu. Ya, pastinya Allah sering jadi tempat mengadu ku tapi dalam masa yang sama perlukan sokongan dari seseorang amat penting juga. Jadi dari mana aku dapat sokongan tu? Dari fikiran positif aku. Biar betul??

Dari segi luaran, aku dapat mengawalnya melalui berfikiran positif setiap masa. Cuba menyembunyikan masalah dengan teknik "gembirakan hati sendiri" supaya ianya tidak nampak ketara di pandangan orang lain. Dalaman pula? Maaf, aku langsung tidak dapat mengawalnya. Kenapa? Mungkin tiada siapa yang cuba mengambil peduli. Kau sedih? Tidak, aku tidak pernah sedih dengan keadaan ini. Cuma risau keadaan aku makin parah jika aku memendam rasa terlalu lama.

Kau mengalami kemurungan? Benarkah? Tidak pernah terlintas di fikiran untuk aku akhiri nyawa ku yang amat berharga ini. Mungkin aku hanya sekadar memerlukan teman untuk berbicara. Dimanakah semua sahabatmu??

........


........

.......

........

.......


..........


.........


.........


..........



...........


Maaf, aku tiada jawapan untuk itu

:'(

p/s : tolong, jangan gunakan perkataan " sabarlah, mungkin semuanya ada hikmah disebaliknya @ sabar itu separuh dari iman ". Bak kata orang, berkata2 itu lebih mudah dari melakukan.

Tuesday, November 29, 2011

Kena blok? kenapa?

Views
Apa yang kena blok ni? Actually hari ni aku datang opis dengan hati yang tersangat la gumbiranya sambil on9 FB dan godek2 aku punya blog ni.. Seronok tahap gaban la kan tapi hanya sekejap je. Kenapa?!! Tadi dapat memo bahawa tempat kerja aku ni akan memblok segala yang berkaitan dengan internet. Apa?!! Biar betik!!!!

Amacam dramatik tak?hehe.. Aku rasa itu bukanlah berita gembira untuk aku dan juga para penggemar on9-mengon9 ni. Kalau tak izinkan menggunakan internet takpe lagi tapi bila hak peribadi pun di larang guna memang aku rasa benda tu agak melampau la kan. Contohnya nak guna labtop, ipad, on9 guna handphone ke, semuanya tak boleh..hm susah tu.

Alasannya nak tingkatkan prestasi pekerja. Memang bagus sangat tapi pekerja pun kena la rehat kan, nak jugak ngadap benda2 tu semua. Kenapa tak blok dari dulu? Aku teringat kata-kata dari member aku.."tutup je semua internet pastu guna mesin taip"..Yihu!!!!

Satu hari aku tak tahu nak buat apa sampaikan aku termenung sorang2 depan komputer. Yela,dah takde kerja pastu aktiviti yang aku selalu buat pun terhenti so termenung jela yang aku boleh buat. Ramai yang tak puas hati tapi nak buat macam mana kan, kita ni orang bawahan je padahal ada je orang atsan dok mengon9 ni.. Kira bernasib baik la sebab dorang ada bilik so takde la nak terkantoikan..hehe

Pape pun harap sangat prestasi para pekerja meningkat (sebelum ni tak meningkat ke?). Belajar dari sekarang la ye untuk tidak terlalu aktif dengan aktiviti internet ni. Majulah sukan untuk negara..Yihu!!

p/s: tak boleh la nak download lagu lepas ni..huhu!

Saturday, November 26, 2011

Duit

Views
Duit. Siapa yang tak nak duit kan. Zaman sekarang ni semua kejar duit. Takde duit, tak hidup la. Tak kira tempat, bandar ataupun kampung. Semuanya perlukan duit. Ada apa dengan duit? Kenapa aku cerita pasal duit? Tahukah anda kuasa duit itu melebihi segalanya? Kerana duit manusia sanggup bertelingkah, tikam-menikam, buang keluarga, gadaikan maruah diri dan macam2 lagi. Betul ke? Jika anda tidak percaya bermakna anda masih belum kenal apa itu dunia. Penting sangat ke duit tu? "Yela, kalau tak penting macam mana nak hidup. Bayar bil elektrik, air, kereta lagi, anak nak sekolah..bla bla bla bla..."

Aku selalu tengok kat drama, cerita teladan pabila anak mula hidup senang dilupanya keluarga. Teringat kisah si Tanggang? Mungkin hidup aku sederhana jadi aku tak tahu macam mana perasaan bila ada duit banyak ni. Jadi pelik ada manusia yang mula lupa diri bila dinaikkan pangkat dan dikelilingi duit. Cuba menarik perhatian saudara dan rakan2 bahawa duit itu terlalu mudah untuk didapati. Ingin menunjukkan bahawa hidup penuh dengan kemewahan. Bagaimana pula untuk keluarga? Dilupakan sama sekali. Pantang keluar duit yang hanya beberapa sen tapi ungkitannya bagaikan mengeluarkan duit berjuta-juta. Aneh! ada juga manusia seperti ini.

Sedih, kecewa, semuanya ada. Bila duit dikuasai, mula berbahasa kasar. Wanita yang dulunya dianggap sebagai seorang ibu kini digelar tukang gaji. Kejam! Keluhan demi keluhan dikeluarkan tanda ketidakpuasan hati. Apa yang terjadi pada ibadat yang dilakukan selama ini, adakah ianya ikhlas? "Ah! itu antara aku dengan tuhan!".. Mudahnya berkata-kata bagaikan kita tahu kemana arah tuju kita di akhirat nanti. Sedarlah wahai manusia, wanita yang digelar ibu itu telah melahirkan mu sehingga kamu dapat melihat dunia yang penuh dengan pancaroba ini. Sedarlah bahawa kamu juga akan menjadi seorang ibu. Tidak takutkah kamu pada balasannya nanti? Apakah kamu tidak takut perkara yang sama yang akan terjadi terhadap dirimu. Fikirkanlah sebelum terlambat.....

Awal Muharram

Views
Firstly, aku nak ucapkan selamat meyambut Awal Muharram dan Maal Hijrah. Moga di tahun yang baru ini kita akan mempertingkatkan lagi amal ibadat yang telah sedia ada kepada menjadi yang lebih baik lagi, InsyaAllah. Disebabkan aku dapat cuti 3hari, sekali lagi aku menapakkan diri di kampung yang tersangat la aman damai ni. Rindu rasanya walaupun baru je balik kan..hehe..bosan dengan suasana bandar (ala sama je busynye) jadi nak mengubah angin la sikit sempena menyambut tahun baru untuk umat islam.

Erm banyak ke kenduri yang korang kena pergi? Biasa la kan, cuti2 macam ni, ada je kenduri. Itulah salah satu aktiviti yang aku lakukan. Terpaksa menjadi ayu dengan pakaian kebaya labuh dan kasut tumit tinggi (3inci ok!), pergilah aku bersama ummi dan athirah menyusuri orang ramai yang berpusu2 kat dewan kuala kangsar. Habis je makan dan snap2 gambar skit terus balik (eerr tak balik pun) tapi sempat melencong pergi sungai siput. Dengan baju kebaya? biar betul?!! Yup, dengan baju kebaya tu jugak la aku pergi, nasib la bawa selipar jadi selamat la kaki aku ni dari kesakitan..huhu!

Sempena menyambut Awal Muharram ni, aku tujukan lagu ni untuk semua sahabat ku..semoga hari2 yang mendatang akan disinari dengan cahaya cinta Allah s.w.t....Amin....


p/s : Lagu dari kumpulan 6ixth sense feat saujana yang bertajuk Penerang Hati. Rindu kumpulan saujana..(^_^)

Wednesday, November 23, 2011

muka aku masuk paper?

Views
Eh aku masuk paper...?? Kenapa? Haa sebelum ni aku ada cite pengalaman pertama kali join Team Building yang diadakan oleh mpob bahagian TMKK. Cerita ni dah lama jadi agak lambat sikit la untuk aku publish cerita ni sebab mencari bukti untuk mengesahkannya. Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak Aku tak sangka program tu akan diselitkan dalam berita sawit (Berita Harian) hari sabtu, 5nov2011. Ni la keratan akhbar yang aku dapat..hehe


Haa nila keratan akhbar tu,sorry la sebab tak berapa nak jelas sebab ada kesilapan teknikal sikit..hehe..pape pun aku puas hati la kan. Asalkan gambar aku ni muncul kat skrin komputer/labtop korang tu kan..haha..kalau mata korang jelas dan terang, pandai-pandai la cari gambar aku yang mana satu erk..huhu!

Tuesday, November 22, 2011

Bila sang garuda tersungkur

Views
Assalammualaikum semua dan selamat pagi. Pagi ni rasa bersemangat dan bersyukur sebab pasukan Harimau Muda kita sekali lagi melakar sejarah memenangi pingat emas untuk sukan SEA buat kali kedua dan juga kejayaan kedua mengalahkan indonesia selepas Piala Suzuki.

Apa cerita menarik?

Sebenarnya aku rasa macam dah lama tak mengulas tentang bola ni kan, rindu plak..hehe..game kali ni dari sudut pandangan aku, kedua2 pasukan tersangatlah hebat. Pada permulaannya memang aku nak kemenangan berpihak kepada pasukan kita tapi memandangkan keletihan yang dialami oleh pemain kita, aku redha jela dan sanggup menerima apa jua keputusan tapi Harimau Muda tetap lawan walaupun langkah mereka semakin perlahan dan sukar untuk mengejar larian bertenaga dari pemain indonesia. Pujian harus diberikan....

Semuanya menjalankan tugas dengan baik tapi ada juga kelemahan yang dapat ditangkap oleh mata aku ni, sebagai penonton aku tetap nak komen walaupun kita dah menang. "eh apsal plak, kalau kalah sah2 kena komen..takkan la menang pun nak komen, apa punya rakyat malaysia la"..bukan niat aku nak komen ke apa tapi ada sesetengah pemain bermain sambil lewa di padang padahal rakan pasukan lain cuba menyelamatkan keadaan. Seperti Tamil arisu yang terlalu membawa masalah di dalam padang. Muslim banyak kali terleka tetapi dalam masa yang sama pantas menyelamatkan bola.aku tak berapa berkenan dengan corak mainan yang ditunjukkan oleh fakri walaupun dia adalah penyumbang gol semasa pasukan kita berhadapan dengan Myanmar. "jangan pandai komen jela, ko bukan tahu situasi dalam padang tu macam mana..dorang semua tension tau"...

Sepakan penalti

Tahniah untuk khairul fahmi sebab berjaya menyelamat gawang kita sebanyak dua kali walaupun dia sekarang ni dihimpit dengan kontroversi (pandai2 la kau jawab bro). Sekalung tahniah jugak buat kapten pasukan Badrol bahtiar. Dari sudut pandangan aku, tendangan badrol bernasib baik sebenarnya sebab penjaga gol indonesia terlepas bola tersebut tapi yang aku hairan, siapa punya idea suruh si fakri tu buat tendangan..adehh! aku dah agak, dia tak boleh buat tendangan tu..(masin mulut aku)


Walaupun aku komen tentang pasukan ni tak bermakna aku tak suka ok. Aku suka dan gembira sekali. Semalam jantung aku berdebar kuat dan hampir luruh sebab risau tengok game tu. Terlalu menakutkan..hehe..Tahniah untuk semua pemain dan juga pastinya untuk jurulatihnya, Ong kim swee.


p/s : suka plak kat badrol kan..huhu! si safee sali still nak main dengan geng indonesia lagi ke lepas ni..hurm..thanks jugak kat fakri sebab telah melayakkan pasukan kita ke final...I Love Malaysia..!!

p/s : penyokong indonesia kena lebih profesional dan menghormati pasukan Malaysia. Jangan terlalu over sangat ye. Aku pun fanatik jugak tapi tindakan aku takde la melampau sangat so kepada penyokong malaysia, kita relax jela yer..peace no war..

Saturday, November 19, 2011

hari yang bosan

Views
Hari sabtu yang agak membosankan!! Actually aku betul2 takde plan nak pegi mana2 pun. Bosan giler kot. Biasa la kan,hidup sorang2 kan..huhu..poyo je kn..

Jadi rutin aku hari ni kemas bilik,basuh baju dan masak so rasa hilang skit la bosan aku tuh! Aku nak je pergi keluar pastu snap2 gambar apa yang patut kan. Dah lama tak pegang camera ni..

So apa tunggu lagi,jom kita buat apa yang patut..huhu..selamat berhujung minggu..

Wednesday, November 16, 2011

Vlog?

Views
Apa tu Vlog? Vlog tu adalah gabungan Vlogging (betul ke? hentam je tu) so entry aku kali ni nak cite la sikit pasal Vlog ni kan. Diantara korang ni ada ke yang suka mana2 geng Vlog? Aku? Semestinya la ada kan..huhu! Pada pandangan orang lain mungkin geng2 Vlog ni suka buat video mengarut je kan tapi aku tabik spring la kat geng Vlog macam matluthfi, anwarhadi, mentol pecah (Niman & Mozek) dan aman wan. Dorang buat video bukan sebarangan video tapi ada mesej di sebalik video yang dipaparkan. Mungkin cara kita berbeza, ada orang suka menyampaikan mesej melalui tulisan ataupun hujah2 tapi dorang memberi pendekatan baru untuk menyampaikan hujah melalui video tapi apa yang menyeronokkan tentang geng2 ni dorang suka buat lawak spontan giler dan idea dorang memang best sangat.

"Ala apa yang best sangat Vlog ni,takde kebaikan pun"...ok,kita ni manusia dan macam2 pandangan. Aku mengakui semua video yang dorang buat tu kebanyakkan berunsurkan lawak tapi kita sebagai manusia kena pandai fikir luar dari kotak fikiran kita. Cuba kita tengok video yang dorang hasilkan dan kita tengok secara teliti dan serius,ada mesej yang terselit kat situ. Macam matluthfi,dia banyak idea dan selalu buat video yang kita sendiri fikir.."eh kita pun ada buat macam tu jugak or kita pun pernah alami benda tu"..anwarhadi salah seorang yang hebat jugak sebab pernah menang award. Mentol pecah pula,suka sangat dengan lawak bersahaja dorang. Lebih2 lagi mozek,cute giler kot bila dia buat lawak..haha..dan last sekali, aman wan. My favourite la ni..huhu! Dia bukan tumpu pada Vlog semata-mata tapi dia ada buat iklan, short filem n macam2 lagi. Haa korang pernah tak tengok iklan gengster? dia la yang buat iklan tu, muka seakan-akan aaron aziz tau..hehe..

Pape pun terkejut gak bila dapat tahu Niman (mentol pecah) dengan aman wan bersiaran langsung kat tv al-hijrah. Aku tak tengok pun,juz tengok kat youtube jela. Wish gudluck kat dorang,harap usaha dorang tak akan berhenti kat sini je. Bertuah dorang sebab dah mula dikenali ramai dan gunakanlah landasan yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

Ni aku ada sertakan list channel dorang kat youtube,harap korang pun suka..enjoy!!
1. Aman Wan
2. Mentol Pecah
3. AnwarHadi
4. Matluthfi

Monday, November 14, 2011

Bila ada masalah..

Views
Haa nak tanya la kan,bila ada masalah apa yang korang buat? Mesti korang akan cuba sedaya upaya untuk settlekan masalah tu kan..tak kisah la masalah kecil ataupun besar. Lepas tu apa yang korang buat lagi,berdoa? Actually dengan cara tu pun memang berkesan. Yelakan,bila kita ada masalah semestinya kita akan rasa tension dan dalam masa yang sama tak boleh fikir dengan baik. Solat,berdoa dan membaca Al-quran adalah salah satu cara untuk menenangkan hati dan akal untuk lebih berfikiran waras dan membuat keputusan tanpa ikut emosi.

Betul ke dengan cara tu berkesan? Memang berkesan,kalau tak percaya cuba try test..hehe..tapi ingat,jangan serahkan semuanya kepada Allah sebab bak kata orang,takde benda yang datang bergolek kat kita macam tu je jadi kita kena la usaha. Jangan sesekali mengharapkan keajaiban sebab tak semua keajaiban tu menggembirakan kita. Kita solat,berdoa,berserah dan dalam masa yang sama kita kena la usaha untuk selesaikan masalah tu. InsyaAllah, Allah akan memudahkan proses itu supaya masalah kita tu selesai tanpa menyerabutkan kepala otak kita ni..hehe

Ada juga yang bila susah baru ingat Allah kan? Eh kenapa aku terasa..Yihu!! Jangan la jadi manusia macam tu ye. Bila susah baru nak ingat,bila senang ingat2 lupa plak kan. Walaupun aku takde kawan untuk luahkan segalanya tapi Allahmdulillah,aku boleh settlekan benda tu dengan baik.

Macam mana plak nak handle masalah kecik yang tetiba jadi masalah besar? Huuuuu...susah jugak tu. Kadang2 kita kena hati2 sebab masalah kecik tula yang akan jadi masalah besar buat kita so korang kena bertolak ansur ataupun runtuhkan la ego korang tu buat sementara waktu. Jangan la terlalu ikutkan sangat perangai degil korang tu dan cubalah menjadi manusia yang suka beralah. Bukan selalu,kena ikut keadaan jugak la kan. Selesaikan masalah yang tengah kecik tu sebelum masalah tu jadi masalah besar. Jangan korang tambah masalah sudah la,cuba elakkan ok..

So kesimpulannya,berhati-hatilah di jalan raya..yihu!! (gurau je k)

Sunday, November 13, 2011

hari yang letih

Views
Actually dah 3hari berturut2 aku kena berstandby kat opis untuk settlekan barang untuk PIPOC..apa itu pipoc?pipoc tu adalah palm oil international congres..macam jauh sangatkan maksud pipoc tu kan..hehe..so apa motif arini (sabtu,12hb) aku ada kat opis. Arghhhh tidak!!!! Hari yang sepatutnya aku berehat di rumah digunakan untuk bertungkus-lumus di opis untuk siapkan semua barang yang diperlukan. Letih jugak sebab dari pagi sampai malam kena angkat dan pack barang. Walaupun penat,rasa seronok jugak la kan (padahal aku takde kena mengena pun ngn pipoc tu) tapi tak kisah la kan,aku tolong jela kan. Akhirnya macam berbaloi jugak la kan sebab bos belanja pizza..huhu!!! Akhirnya barang sebanyak seribu dapat disiapkan dalam masa 3hari..fuhhh!!!

Sunday, November 6, 2011

Salam aidilAdha

Views
Di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya korban. Moga kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail dijadikan teladan yang baik buat kita. Actually, raya tahun ni aku sambut dalam keadaan demam. Alahai tak bestnya tapi apa2 pun aku masih boleh gagahkan diri bawa ummi pergi kubur dan beraya di rumah opah. AidilAdha tahun ni bermakna jugak sebab semalam (5hb), aku dapat menjejakkan kaki di negeri jelapang padi yang amat aku rindui selalu. Kebanyakkan jalan aku dah banyak lupa walaupun baru 3tahun aku tinggalkan negeri tu dan tak pasal2 kehadiran aku saat itu mengundang kenangan yang aku rasa aku tak akan lupakan. Pernah ke korang terpaksa panjat pagar di depan khalayak ramai? Niat aku pergi ke taman jubli emas masa tu hanya sekadar untuk melepak je. Actually tak pernah pergi pun selama ni so itu first time la aku jejakkan kaki tu. siapa yang pernah pergi, korang mesti tahu ada tembok besar yang ada tengkolok kat atas. Aku masuk kawasan tu melalui pagar yang terbuka, bila dah lama lepak dalam tu tiba2 bila nak keluar pintu pagar terkunci, siap bermangga plak tu. Nak dijadikan cerita aku terperangkap dan pak guard takde kunci spare. Time tu memang menguji kesabaran aku jugak la kan...last2 terpaksa aku panjat untuk keluar. Kelakar jugak time sebab aku gelabah sangat nak panjat pagar tu. Tinggi kot...kalau nak terjun pun, sah2 leh patah kaki. Apa2 pun aku tak akan lupa kenangan tu sampai bila2..hehe..

Ketiadaan ayah semasa raya ni amat terasa jugak. Dia ada call dan dengar suara dia teruk sangat. Dia batuk dan selesema. Kat Mekah cuaca agak panas dan aku tahu ayah kuat untuk jalani ibadat dengan sempurna. Harap ayah balik dalam keadaan yang selamat..Yan Rindu Ayah..(^_~)

Thursday, November 3, 2011

Cerpen : Peringatan

Views
Sedari tadi mataku masih lagi menumpukan perhatian pada setiap kerja ku. Melihat masih ada kerja yang belum diselesaikan, aku mengeluh kecil. Pantas aku memandang keluar yang kebetulan meja ku bersebelahan dengan pintu kaca. Hujan masih lagi turun, mendinginkan lagi suasana. Aku memeluk tubuh, cuba menghangatkan tubuh. Pandangan ku lempar ke luar sepenuhnya tanpa sedar akan kehadiran Intan, rakan sekerja ku.

"Panjang menung kau?" , tegurnya mengejutkan aku. Lantas senyuman pantas terukir. Aku membetulkan kedudukan ku lalu berhadapan dengannya.

"Takde apa la, seronok plak tengok hujan turun. Rahmat Allah kan", kata ku sambil Intan turut memandang ke luar.

"Memang rahmat Allah dan juga bencana", lain benar bunyi nada Intan dipendengaran ku. Dahi ku kerutkan, kurang faham dengan maksudnya.

"Apa maksud dengan kata-kata kau tu?", tanya ku sepantas kilat. Risau aku akan diselubungi dengan pemikiran negatif.

"Rahmat Allah menurunkan hujan untuk memberikan air kepada tanaman dan juga keadaan yang dingin serta selesa ini tapi kita sebagai manusia kena sentiasa ingat dan takut. Setiap rahmat yang dia turunkan ada peringatannya", dahi ku makin dikerutkan. Masih tidak faham dengan maksud Intan itu. Intan hanya tergelak kecil melihat gelagat ku.

"Peringatan untuk kita bersyukur dengan setiap apa yang kita terima dari-Nya, jika tidak perkara yang kita terima akan menjadi bencana buat kita", aku mengangguk perlahan, mulai faham.

"Contoh?" , Intan memandangkan ku kemudian memandang hujan yang semakin lebat.

"Hujan tu, jika dipandang secara positif ianya hanya sekadar hujan yang memberi minuman pada tiap tumbuhan, haiwan dan manusia. Sentiasa sejuk dan mendung. Melembabkan bumi kita ni tapi pernah ke kita terfikir, air hujan yang kecil dan sejuk tu mampu membinasakan kita. Terjadilah banjir, tanah runtuh dan bermacam-macam lagi. Kenapa boleh jadi macam tu? Itu peringatan Allah untuk umatnya yang sedang leka dengan dunia", mataku yang terpaku agak lama pada wajah Intan dialihkan pada hujan yang sudah mulai reda. Terdetik di hatiku, adakah aku bersyukur? Adakah aku sentiasa beringat dengan setiap apa yang aku lihat? Hujan, angin , matahari dan tanah dalam sekelip mata, terjadinya banjir, ribut, kemarau dan gempa bumi. Ah! aku baru tersedar. Baru saja aku ingin membuka mulut untuk katakan sesuatu, Intan sudah tiada di tempatnya.

"oi sudah la termenung tu, jom balik", senyuman ku makin lebar apabila mendengar jeritan Intan. Aku hanya tersenyum, moga aku menjadi umat yang tabah supaya dapat aku harungi peringatan yang akan Allah berikan suatu hari nanti. Beranikah aku?


~TAMAT~

p/s : persediaan itu penting jadi bersedialah dan berjaga-jagalah, Allah akan sentiasa memberi peringatan kepada umatnya, cuma kita ni sedar tak sedar je..hehe..sebenarnya kita sedar tapi tak pernah nak ambil peduli. Bila dah kena barulah menyesal..:p

Tuesday, November 1, 2011

Bila salah dia jadi salah kita - 2x5

Views
Tak faham? Itulah yang berlegar kat fikiran korang saat ni kan. Apa maksud tajuk entry aku kali ni. Actually baru je dapat idea (dapat ilham melalui FB) dan tanpa berlengah lagi jari-jari aku ni pantas je menari di atas keyboard supaya idea tidak hilang begitu saja. Jom baca dialog kat bawah ni..

Situasi : Order makanan dan minuman di kedai mamak....

A : Saya nak nasi goreng ayam dan air limau suam...
B : Saya plak nak mee goreng dan air teh o ais...

mamak mengangguk lalu menyediakan apa yang dipesan dan apabila dia datang kembali membawa makanan yang disediakan,si A terkejut....

A : Eh ni nasi goreng kampung. Aku minta nasi goreng ayam. Apa kau ni, pekak ke!? (B terkejut dengan jerkahan A lalu  si B ni suruh la si A ni sabar)
B : Ala relax la weh, tak elok marah-marah macam tu. Malu la orang tengok. Kau mintak tukar dah la,habis cerita. (kata B sambil mengambil makanan dia dan dia juga terkejut)

B : oi oi..aku mintak mee goreng la bukan meggie goreng. Aku punya la cakap kuat-kuat, itu pun kau tak dengar ke hah! (kali ni A plak yang terkejut dengan jerkahan B, lalu berkata)
A : kau ni apa hal. Tadi baik punya bagi nasihat kat aku, last2 kau pun sama juga.


Apa yang korang leh simpulkan dari dialog kat atas. Bila kita nampak kesalahan orang lain, alih2 kita pun buat benda yang sama. Malu kan? Ish ish ish...Jadi jangan suka2 hati je menyalahkan orang lain bila kesalahan tu kita juga pernah buat dalam sedar ataupun tidak. Sebab itu dalam apa jua perkara kita jangan terlalu menunjuk dengan apa yang kita ada kerana ianya akan membuahkan sifat takbur dan mula menyombong diri. Kita kena pandai jaga segala pancarindera yang telah Allah s.w.t. anugerahkan kepada kita, tidak kira dalam ataupun luar sebab kita sebagai manusia ni mudah lupa. Nampak kesalahan orang lain tapi kita nampak ke kesalahan kita sendiri? (sambil geleng2 kepala). Jadi aku nasihatkan, korang berdiri la depan cermin lama2 skit dan muhasabah diri. Jangan suka menyalahkan orang lain kerana kita juga bukanlah manusia yang sempurna.

p/s : orang yang bijak, pandai dan penuh ilmunya kadang2 tewas juga bila syaitan menguasai, lebih2 lagi bila kita yang masih belum cukup bijak, pandai dan penuh dengan ilmu, lagi la mudah tewas. Jadi yang baik jadi tauladan, yang jahat jadi sempadan..

Monday, October 31, 2011

apa pandangan masyarakat?

Views
Pandangan masyarakat? Apa yang korang leh ulas tentang tajuk aku kali ni. Actually kita sebagai manusia yang lemah dan sentiasa buat kesilapan, Kadang2 kita sedar kesilapan tu tapi kita tetap buat jugak tapi bukan itu yang aku nak ulaskan.

Anda pernah mengalami peristiwa pabila salah seorang ahli keluarga anda membuat kesilapan sehingga dituduh sebagai "penjenayah'?. Masalah berat kn? Apa yang anda rasa saat itu? marah? malu? Kadang-kadang perkara macam tula membuatkan kita lupa untuk memberi peluang kedua kepada si pesalah dengan menghukumnya dengan cara.."buang dia daripada keluarga anda sampaikan tak mengaku 'dia' adalah anak, mak, ayah ataupun sedara" Kejam?

"ala kalau kita maafkan dia bukannya dia sedar pun. comfirm mesti dia buat lagi"..itulah pemikiran kita sekiranya kita bertanyakan soal itu. Pernah kita terfikir untuk memberi peluang dan cuba berusaha untuk mengubahnya? "mereka tak akan berubah"...

Sesetengah orang, lagi kita cuba ubah seseorang tu semakin dia memberontak. Ada je yang tak kena. Mungkin cara kita yang tidak kena pada tempatnya. "owh salahkan kita plak ke?"...hehe...maksud aku bukan macam tu. Kadang2 cara kita agak keras sedikit. Kalau nak pancing ikan kenalah gunakan joran yang kuat dan umpan yang baik, baru ikan akan makan, betul tak?..itu perumpaan jela kan..

Kesimpulannya, jangan kita takut dengan pandangan orang lain sampaikan kita nak buang darah daging kita sendiri. Itu adalah paling memalukan kalau dibandingkan malu dengan masyarakat luar. Maaf itu lebih baik kn? InsyaAllah, kalau kita maafkan seseorang dengan ikhlas, dengan izin Allah..dia pasti akan berubah. Kalau tak berubah jugak? kalau tak berubah jugak, kita tawakal jela dan terus berusaha lagi. Kita akan dapat hikmah disebaliknya...Wallahu'alam...





Friday, October 28, 2011

berita baik dan buruk

Views
Assalammualaikum semua (yang membaca la kan)..actually hari ni (semalam), khamis bersamaan 26hb oktober 2011 adalah hari kegembiraan untuk aku dan tidak lupa juga hari kesedihan aku. Kenapa?

Berita baik

Sebelum ni telah aku khabarkan berita tentang keberangkatan ayah ke Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah, tadi aku dapat panggilan ayah dari sana dan memberitahu dia sudah selamat sampai ke Mekah (senyum puas). Yang lawaknya, sebelum ni ayah dah dibekalkan simcard untuk digunakan di Mekah sebab panggilan tidak boleh dibuat menggunakan nombor malaysia jadi nak dijadikan cerita la kan. Apabila ayah dah selamat sampai, dia nak tukar simcard tu kat handphone dia, tiba-tiba plak simcard tu leh jatuh dalam longkang..hahaha..dugaan pertama untuk ayah tapi akhirnya ada orang bagi simcard baru untuk dia secara percuma. Aku tergelak jugak la time tue, rindu dengan jenaka ayah..

ini aku titipkan beberapa gambar semasa keberangkatan ayah hari ni..(semalam)..

 
muka mengantok je..hehe







muka ayah tengah nervous














Sebelum keberangkatan ayah semalam, ayah berusaha menemankan aku untuk mendapatkan sesuatu yang aku inginkan. Rasa terkejut dan gembira sangat bila ayah cakap.."ala takpe, permintaan anak ayah mestilah ayah tunaikan tapi..." tapi apa? actually ada perjanjian antara aku dan ayah saat itu. Jangan risau, anak mu ini tak akan mensia2kan kepercayaan ayah ok! pape pun Yan sentiasa sayang Ayah!!


Berita Buruk

Dan pada hari yang sama juga aku mendapat berita yang amat menyedihkan iaitu pemergian datuk sedara aku, Tok Teh (sepupu atok). Walaupun aku tak berapa nak kenal tapi aku tetap sedih dengan pemergian dia sebab waktu aku kecik, aku selalu pergi rumah Nyang aku kat ampang. Tempat tu pun dah jadi tempat permainan aku bila kuala lumpur menjadi destinasi keluarga aku. Nampak muka tok tam semalam pun sedih sangat. Ingatkan sempat melawat jenazah tapi tak sempat jugak sebab jenazah dikebumi awal jadi melawat sepupu atok yang lain je. Aku juga mendapat perkhabaran, dua orang cucu tok teh hilang tempat bergantung selepas kehilangan kedua ibu bapa mereka tak lama dulu akibat batuk kering dan dijaga oleh tok teh. Selepas pemergian tok teh, penjagaan mungkin diserahkan kepada besan tok teh. Sedih bila mengenangkan cucu tok teh yang baru saja menjengah umur 3 dan 4 tahun. Anak kecil yang masih belum mengenal erti dunia, moga mereka menjadi insan berguna suatu hari yang telah diberi ujian di awal usia...aminnnn...

p/s : Al-Fatihah untuk Tok Teh...

Monday, October 24, 2011

Kemalangan tragik - Motogp Sepang

Views
Dunia sukan permotoran dikejutkan dengan kehilangan satu nama besar dalam sukan ini iaitu Marco Simoncelli. Lebih dikenali sebagai The Sic dan begitu akrap bersama The Doctor (Rossi). Dianggap sebagai adik dan abang. Menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 24 tahun pada 4.56 Petang pada 23 Oktober 2011 di Sepang International Circuit (SIC). Adakah ini kebetulan ataupun suratan? The SIC maut di SIC?


The Sic ataupun Marco Simoncelli antara pelumba yang digemari ramai kerana sikapnya yang mudah mesra dengan peminat-peminatnya termasuk peminat-peminatnya di Malaysia

Juga dikenali sebagai Afro Boy kerana gaya rambutnya yang unik.

Video : Situasi semasa kemalangan The Sic berlaku.
Kedudukan The Sic dibawah motor Rossi dan Edwards
Keadaan racing suit The Sic selepas kemalangan

Keadaan motor The Sic selepas kemalangan
SIC terjatuh ketika diangkat oleh Marshall SIC?
Rossi kelihatan bersedih diatas kehilangan rakan yang dianggap sebagai pewaris dan adiknya itu.
Gambar kenangan antara Rossi dan mendiang Simon.

Jika diperhatikan melalui video yang sempat dirakamkan ketika kemalangan tersebut, kemungkinan The Sic jatuh pengsan ketika mengambil selekoh ke 11 di Sepang International Circuit dan kemudian terjatuh ke motor Edwards dan Rossi. Edwards yang turut kemalangan tidak mengalami kecederaan serius. Selain dari itu helmet The Sic turut tercabut ketika kemalangan maut itu. Mendiang kemungkinan pengsan disebabkan keadaan suhu Malaysia yang panas. Apa pun, satu nama besar dalam sukan permotoran ini telah menjadi lagenda di hati peminatnya di Malaysia.


Sumber : Expect the Unexpected

p/s : tak salah aku kan, baru-baru ni ada pameran pasal motoGP ni kat KLCC..kalau tak salah aku la kan,rasanye dia pun ada..tapi aku tak bape kisah sangat, yela aku tak kenal..hehe..

Penantian..

Views
Bak kata orang penantian tu suatu penyeksaan. Yup, setuju sangat la kan. Aku tengah menanti apa ni? Syukur Alhamdulillah, tak lama lagi ayah akan berangkat ke bumi Mekah. Bumi yang penuh dengan rahmat. "Owhhh seronok yer ayah takde". Eh bukan macam tu, tahun lepas nak lepaskan ummi memang senang walaupun hujan turun lebat time tue (nangis) tapi bila nak tunggu dia balik, tak senang duduk dibuatnya. Asyik resah gelisah je, buat itu tak kena buat ini tak kena. Kalau nak ikutkan tiap-tiap hari nak call, rindu sangat. Macam mana nak lepaskan ayah nanti, InsyaAllah harap-harap semuanya baik-baik aja...

Haa penantian apa lagi ni? Ni berita gembira yang aku rasa aku tunggu selama ni la kan. Aku akan kembali menjejakkan kaki kat negeri Jelapang Padi ku..Yihu!!! Kedah i'm coming..!!! actually lambat lagi tapi debaran tu aku tak dapat nak sembunyikan, terlalu excited la katakan...Tak salah aku la kan, dah nak dekat 3tahun aku tinggalkan negeri yang telah membesarkan aku tu. Terlalu rindukan ladang getah, sawah padi dan segalanya! kepada member-member aku kat sana, InsyaAllah jika diizinkan aku akan sampai kat depan ampa so tunggu sat la noh..hehe..

p/s : kepada sahabat ku, Naim ....rindu nak speaking kedah...hahaha!!

Tuesday, October 18, 2011

Jodoh?

Views
Assalammualaikum, salam 1Malaysia semua....

Entry aku kali ini agak unik sedikit. Unik, kenapa? Eerrr...takde la unik sangat tapi ianya diluahkan buat pertama kali di dalam hidup aku ni. Pasal apa? haa ni yang aku nak cerita...huhu!

Actually, semalam ummi ada meluahkan kegusaran kat aku sebab aku tak pernah pun tunjuk kat dia calon2.....(ala phm2 sendiri la kn). Time tu aku gelak je, tak cakap apa-apa pun. "Ala orang muda lagi la", jawapan tu jela yang terkeluar....hahahaha!!

Buat masa sekarang, aku masih belum fikir ke arah itu lagi. Banyak benda aku nak kejar dan capai. Baru-baru ni Chik Misbah ada la mengajak aku sambung study tapi aku rasa takde rezeki lagi kot aku nak sambung belajar. Memang nak sangat, siapa la yang tak nak sambung kan tapi tu la....kedudukan aku tak stabil lagi buat masa sekarang ni so impian tu dibiarkan jadi angan-angan la dulu....

Ada orang suka kawen awal-awal, dah makin ramai takut nak kawen lambat ni. Kenapa? Takut tak laku? Aku tak pernah takut pun sebab apa yang terjadi tu pasti ada hikmahnya. Mungkin sesiapa yang tak dapat cinta di dunia pasti ada cinta yang menanti di akhirat sana. Benda ni pun bukanlah perkara yang main-main, kenalah serius dan fikir sedalam-dalamnya jika nak berumahtangga. Macam susah je? Sebenarnya takde la susah tapi kadang-kadang kita sendiri buat benda tu jadi susah. Itulah pentingnya perancangan awal. "Ala kalau buat perancangan pun masalah datang juga!" Jadi, takut ke untuk menghadapi situasi tu?

Tetapkan hati dan iman, pastinya kita dapat harunginya walaupun payah. Meh aku bagi contoh skit. Kita hidup sekarang ni pun dengan family yang penuh dengan pelbagai perangai, lebih-lebih lagi yang ramai adik-beradik. Lagi la bermacam-macam perangai kan tapi kenapa kita boleh handle? macam mana kita boleh hidup dengan orang tu padahal bukan kita yang tentukan sendiri nak hidup dalam keluarga yang mana satu, boleh faham? tapi bila kita yang tentukan sendiri untuk hidup dengan seseorang tu, bermacam masalah yang timbul. Tak kisah la dari perangai ke apa ke,dua orang je pun....sebab apa? itulah yang dikatakan nafsu melebihi akal fikiran. Dapat?

Allah tak akan mengubah hidup seseorang itu jika orang itu sendiri tidak mahu mengubahnya. Jadi apa yang kita faham dari ayat ni, jika anda yakin orang itu tidak akan membahagiakan anda. Carilah kebahagiaan lain jika itu yang anda inginkan tetapi jangan la sampai nak curang pula kan. Itu la gunanya bincang dan tolak ansur....Ada pasangan yang hidup bersama hingga hujung nyawa dan ada juga di pertengahan nyawa. Pastinya jodoh itu ditangan Allah tapi kita boleh mengubahnya....

"yang ko cakap lebih2 ni, ko dh kawen ke?".....Eeeerrrr.....ala sekadar nasihat dan juga pandangan aku. Yang baiknya dari Allah, yang buruknya pasti la dari aku so minta maaf kalau aku terlanjur kata atau mengguris hati mana-mana pihak. Actually benda ni pun dari sudut pandangan aku je, harap diterima la kan...


p/s : kpd followers aku, tak kisah sesiapa pun kan...doakan yang terbaik untuk aku yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup. Begitu juga dengan anda semua, moga kehidupan yang akan datang penuh dengan rahmat dan keredhaanNya..aminnnn....

Friday, October 14, 2011

Berkecil Hati?

Views
~ sekadar perkongsian bersama ~

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

... I'm so confused ...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?


Ayah : Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia,
           kita juga berdosa tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak : Uuuiikk.... tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah : Kerana orang yang menghina kita tu adalah peringatan dari Allah.
Anak : *Blurr...
Ayah : Kenapa kita dihina orang tu? Kerana itu ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan ujian itu?
           Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati
           dengan orang tersebut, bermakna kita redha dengan ujian yang Allah turunkan.
           Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tapi kecil hati dengan Allah.
Anak : Ooooo...ok2...
Ayah : Lagi parah kalau kita cerita pada kawan-kawan. " dia dah banyak buat aku macam ni,
           macam tu..." dan sebagainya. Kawan-kawan kita akan bercerita pula pada kawan-kawan
           lain. "Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..."
           Jadi keredhaan kita terhadap ujian terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak : *termakan cili....


so, the conclusion is....jangan mudah terasa hati....
Maknanya kita tak redha dengan Allah.....
Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na'uzubillah...

p/s : "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaqfirullah al-a'zim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah s.w.t. telah menutup aib dan kelemahan kamu"












Thursday, October 13, 2011

mengira detik dan waktu

Views
Assalammualaikum semua...

Hari ini dapat aku rasakn debaran yang aku sendiri pun tak tahu macam mana nak luahkan tapi ianya lebih kepada debaran kegembiraan. Kenapa? Biarlah Allah s.w.t. saja yang tahu bagaimana gembiranya perasaan ini. Apa yang boleh aku katakan hanyalah ucap syukur kepada Allah s.w.t. kerana telah menghadiahkan kegembiraan buat aku....

Alhamdulillah...

Wednesday, October 12, 2011

perlu ke marah?

Views
kalau nak ikutkan aku nak tamatkan entry bola dalam blog aku ni tapi bila ada pihak yang cuba nak salahkan negeri kelahiran aku,aku rasa macam tak puas hati je...aku ingat lagi entry .. BILA SANG KENARI TERBANG RENDAH ..yang membicarakan soal kekalahan kedah saat itu tapi aku langsung tak berpihak pada mana-mana pasukan pun. aku sendiri pun boleh fikir dan tengok salah siapa sebenarnya. Bukan niat aku nak tunjuk salah siapa tapi penyokong kedah bertubi-tubi menyalahkan pasukan perak. Ya, aku tak menafikan pasukan kedah bersorak girang bila perak kalah di tangan selangor baru-baru ni. kali ni aku agak emosi sedikit sebab pertelagahan ini berlaku diantara dua pasukan yang aku sokong selama ni. sedih? hurm sikit la..aku tahu,perak pun tak mintak nak menang dengan cara macam tu...benda ni membuatkan aku memarahi seseorang di laman FB penyokong hijau kuning...(huishhhh garangnya aku..huhu!)

eh sudah la tu,asyik pasal bola jerk.....

okla,aku stop jela pasal bola ni..(eh dah tak nak sokong ke?) bukan macam tu tapi lebih baik aku diamkan dulu pasal bola ni...takut ada yang membaca jadi jemu plak kan..huhu

Tuesday, October 11, 2011

tamatkan cerita bola?

Views
actually aku rasa blog aku ni dah jadi blog pasal bola je kan..maaf jika ianya agak menganggu konsentrasi anda pabila membacanya..yela,asyik2 bola..hehe..jadi izinkanlah aku mengulas untuk kali terakhir yer..

Kekalahan si seladang

Agak sedih sebenarnya sebab perak kalah pada pusingan pertama bertemu red giants tapi aku tahu para penyokong perak pasti akan memenuhi stadium perak ketika perlawanan timbal balik 14hb nanti tak salah aku la kan..pape pun tahniah untuk pasukan perak sebab dah berusaha..tingkatkan lagi usaha anda untuk tenggelamkan red giants ok!!

Pengadil main layang kad

Motif? aku sendiri pun tak tahu sebab aku tak tengok pun perlawanan antara kelantan vs terengganu ni. Agak terkejut jugak dengan layangan kad silih berganti untuk pasukan red warrior..mengikut maklumat yg aku dpt,tak salah aku 10 kad kunig dan 5 kad merah.Pecah rekod la sebab tak pernah dalam perlawanan bola sepak malaysia jadi macam tu..memang hampeh la..huhu!


p/s : tadi saja melawat laman FB penyokong hijau kuning..ada plak sorang mamat ni ngutuk baeekkk punya kat negeri kelahiran aku (perak)..hello der,kalau nak mengata tu tengok kanan kiri dulu tau,jangan main sergah ja..

Friday, October 7, 2011

jom kita main bola..Yihu!

Views
Actually, petang ni aku kena balik kampung so aku pun excited la nak balik...tetiba..tup tup tup..aku baca paper. Malaysia Vs Australia petang ni!!! giler r!! Apsal aku tak tahu pun pasal benda ni, aisehmen...jadi kesimpulan kepada kisah ini adalah pasukan Harimau Malaya, berusahalah bersungguh-sungguh!! kita lupakan dulu pasal game petang ni sebab comfirm aku tak boleh nak tengok la kan...

Apa yang penting?!! game 10hb ni di stadium shah alam. aku tak tahu la nak turun stadium ke tak tapi lepas je baca tajuk akhbar arini..Penyokong perak mahu serbu stadium shah alam ...dengan rasa penuh semangat, aku rasa aku nak turun stadium 10hb nanti. Semangatkan..huhu! tapikan ada ke orang nak temankan aku tengok game tue? erm lantak la kan,asalkan aku boleh tengok game tu secara live gitu. Nak menang ke kalah? disebabkan perak akan bertemu dengan pasukan selangor, pastikan kemenangan menjadi milik si seladang. berlagaknya....hish mana ada,salah pasukan ni. pasukan perak pasti akan menundukkan pasukan yang paling berlagak kot..ooppsss!! i'm sorry...hehe...pape pun, berusahalah seladang ku...kemenangan pasti jadi milik kita...^_^

Thursday, October 6, 2011

Cerpen : Nikmat Hidup

Views
Sudahkah kita bersyukur dengan apa yang kita ada? Masih lagi merungut? Mari kita sama-sama muhasabah diri, moga kita dapat menikmati nikmat yang Allah s.w.t berikan dengan penuh rasa kesyukuran..Aminnn...


*****


Perlahan aku menyedut air, membasahkan tekak yang sedang kekeringan. Mata meliar melihat gelagat manusia yang sedang lalu-lalang di warung Pak Man itu. Tiba-tiba mataku menangkap susuk tubuh yang amat aku kenali. Dengan pantas aku melambaikan tangan. Dari kejauhan dapat aku lihat senyuman manis terukir di bibir Syahidan. Syahidan menghampiri aku dan melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan ku. Senyumannya masih lagi terukir.

Aik lain macam je muka kau ni, kenapa?” , tanya Syahidan apabila dapat melihat perubahan pada wajah aku. Aku hanya ketawa kecil.

Mana ada la, aku ok jela. Eh order la air“, aku cuba mengelak. Syahidan hanya menggelengkan kepalanya.

Ala cakap je terus-terang, tak payah kau nak main rahsia dengan aku“, kali ini terhambur tawa ku melihat gelagat Syahidan yang dapat meneka apa yang sedang bersarang di fikiran ku. Tawa ku dihentikan dengan perlahan, keluhan mula kedengaran. Syahidan diam.

Aku dah bosan la kerja kat sini“, itu saja yang mampu aku ungkapkan.

Kenapa?” , soal Syahidan dengan nada yang serius. Pantas aku alihkan pandangan daripada bertentangan mata dengannya.

Dah berpuluh tahun aku kerja kat sini. Jangan kata pangkat, gaji pun tak pernah naik. Dah banyak pengorbanan yang aku buat tapi apa yang aku dapat? Maki hamun je“, terkejut Syahidan dengan kata-kata aku.

Sabar, kau tak boleh cakap macam tu. Kau kena bersyukur dengan rezeki yang kau dapat“, Syahidan terdiam seketika apabila Pak Man menghantar minuman kemudian dia menyambung kembali….

Kerja itu satu ibadah juga. Keikhlasan itu penting dengan setiap apa yang kau kerjakan. Pendek la fikiran kau tu“, aku tergamam. Syahidan menarik nafas panjang, dia sudah terlepas kata.

Maaf, aku….”,

tak apa, betul juga apa yang kau cakapkan tu“, kata ku perlahan, tidak mahu Syahidan merasa serba salah.

Baru saja Syahidan ingin membuka mulut, deringan telefon bimbit ku menghentikan perbincangan yang sudah menjadi agak dingin itu. Rupa-rupanya anak bongsu ku yang menelefon. Aku hanya mendiamkan diri, cuba meneliti perkara yang ingin disampaikan. Dalam beberapa minit, senyuman ku terukir. Aku menekan punat merah, lalu pantas mataku jatuh ke wajah sahabat ku. Dahi Syahidan mula berkerut, hairan dengan kelakuan ku.

Kenapa?” , soal Syahidan ingin tahu.

Anak aku dah dapat keputusan SPM. Alhamdulillah, semuanya lulus“, senyuman ku makin lebar apabila Syahidan mengucapkan tahniah. Senyuman ku yang sedari tadi lebar kini mulai kendur.

Kau tak gembira ke?” , soal aku apabila melihat Syahidan hanya merenungku tanpa kelipan.

Kau gembira?” , dia kembalikan soalan ku tadi. Aku mengangguk pantas.

Jika kau gembira, pastinya aku gembira tapi bukankah lebih gembira jika kita tahu bahawa segala penat lelah kita ini berbaloi“, tersentak aku, perbincangan tadi masih belum tamat lagi.

Maksud kau?” , Syahidan hanya tersenyum. Dia menyedut minuman yang hampir habis. Aku pula menanti dengan penuh tenang, aku tahu Syahidan suka berbahas sebegini.

Apakah kejayaan yang telah anak kau berikan?” , aku menghela nafas, tidak berpuas hati dengan pertanyaan Syahidan. Bukan ini yang aku tunggu, bisik hati aku.

Haikal, anak sulung aku dah kerja kat luar negara. Sham pula dah jadi pegawai tinggi kat sebuah syarikat swasta dan Zaharah pula baru saja tamat belajar. Kan tadi dia call bagitahu keputusan SPM dia“, akhirnya Syahidan tersenyum.

Haa itulah balasan Allah dengan pengorbanan dan keikhlasan kau bekerja selama ini. Mungkin nikmat tu tidak sampai kat tangan kau tapi diberikan pada setiap anak-anak kau. Kau patut lebih bersyukur, bukannya merungut“,

Kau sendiri yang cakap, haikal dah bekerja di luar negara. Dalam setahun, berapa kali kau melawat dia? Sham pula, dia yang besarkan rumah kau tu kan? dan Zaharah pula, tak lama lagi akan sambung belajar. Apa makna semua tu? Apa yang kau dapat sekarang adalah berlipat kali ganda dari apa yang kau nak selama ni. Kau tak perlu nak naik pangkat atau gaji sebab kau boleh dapatkan semua tu dari anak-anak kau“, kali ini mulut ku terkunci sepenuhnya. Aku tidak pernah menyangka tentang hal ini. Nikmat yang sebenar telah berada di depan mata ku dan juga telah merasainya tetapi disebabkan nafsu menguasai diri hingga aku terlupa untuk bersyukur dengan apa yang aku ada. Bagi Syahidan pula, dia risau jika aku terguris dengan kata-katanya itu tapi senyuman ku melegakan hatinya.

Aku terlalu leka dan sentiasa ingin mencapai harta dunia padahal harta di akhirat sana sentiasa mengelilingi aku dan boleh dicapai bila-bila masa saja. Betul kata kau, pendek sungguh fikiran aku ni sehingga lupa untuk mengucap syukur apabila mendapat nikmat dari Allah“,

Melayu mudah lupa kan“, pantas Syahidan memotong. Aku mengangguk tanda setuju.


 Dari Ibnu Abbas r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda: Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari). Marilah kita bersyukur dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan ini, agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi dan mendapat azab Allah s.w.t. “Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu : “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amat pedih”. (Quran Surah Ibrahim, 14: 7) Sementara kita masih hidup, rebutlah kesempatan dalam memperbaiki diri ke arah kebaikan. Daripada Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim). “Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu-bapaku, dan untuk mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai, serta berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepadaMu, dan sungguh aku adalah termasuk golongan orang-orang yang berserah diri.” (QS. Al-Ahqâf. 15).

p/s : klu nak "like" ataupun "share, sila klik DISINI