Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Thursday, October 6, 2011

Cerpen : Nikmat Hidup

Views
Sudahkah kita bersyukur dengan apa yang kita ada? Masih lagi merungut? Mari kita sama-sama muhasabah diri, moga kita dapat menikmati nikmat yang Allah s.w.t berikan dengan penuh rasa kesyukuran..Aminnn...


*****


Perlahan aku menyedut air, membasahkan tekak yang sedang kekeringan. Mata meliar melihat gelagat manusia yang sedang lalu-lalang di warung Pak Man itu. Tiba-tiba mataku menangkap susuk tubuh yang amat aku kenali. Dengan pantas aku melambaikan tangan. Dari kejauhan dapat aku lihat senyuman manis terukir di bibir Syahidan. Syahidan menghampiri aku dan melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan ku. Senyumannya masih lagi terukir.

Aik lain macam je muka kau ni, kenapa?” , tanya Syahidan apabila dapat melihat perubahan pada wajah aku. Aku hanya ketawa kecil.

Mana ada la, aku ok jela. Eh order la air“, aku cuba mengelak. Syahidan hanya menggelengkan kepalanya.

Ala cakap je terus-terang, tak payah kau nak main rahsia dengan aku“, kali ini terhambur tawa ku melihat gelagat Syahidan yang dapat meneka apa yang sedang bersarang di fikiran ku. Tawa ku dihentikan dengan perlahan, keluhan mula kedengaran. Syahidan diam.

Aku dah bosan la kerja kat sini“, itu saja yang mampu aku ungkapkan.

Kenapa?” , soal Syahidan dengan nada yang serius. Pantas aku alihkan pandangan daripada bertentangan mata dengannya.

Dah berpuluh tahun aku kerja kat sini. Jangan kata pangkat, gaji pun tak pernah naik. Dah banyak pengorbanan yang aku buat tapi apa yang aku dapat? Maki hamun je“, terkejut Syahidan dengan kata-kata aku.

Sabar, kau tak boleh cakap macam tu. Kau kena bersyukur dengan rezeki yang kau dapat“, Syahidan terdiam seketika apabila Pak Man menghantar minuman kemudian dia menyambung kembali….

Kerja itu satu ibadah juga. Keikhlasan itu penting dengan setiap apa yang kau kerjakan. Pendek la fikiran kau tu“, aku tergamam. Syahidan menarik nafas panjang, dia sudah terlepas kata.

Maaf, aku….”,

tak apa, betul juga apa yang kau cakapkan tu“, kata ku perlahan, tidak mahu Syahidan merasa serba salah.

Baru saja Syahidan ingin membuka mulut, deringan telefon bimbit ku menghentikan perbincangan yang sudah menjadi agak dingin itu. Rupa-rupanya anak bongsu ku yang menelefon. Aku hanya mendiamkan diri, cuba meneliti perkara yang ingin disampaikan. Dalam beberapa minit, senyuman ku terukir. Aku menekan punat merah, lalu pantas mataku jatuh ke wajah sahabat ku. Dahi Syahidan mula berkerut, hairan dengan kelakuan ku.

Kenapa?” , soal Syahidan ingin tahu.

Anak aku dah dapat keputusan SPM. Alhamdulillah, semuanya lulus“, senyuman ku makin lebar apabila Syahidan mengucapkan tahniah. Senyuman ku yang sedari tadi lebar kini mulai kendur.

Kau tak gembira ke?” , soal aku apabila melihat Syahidan hanya merenungku tanpa kelipan.

Kau gembira?” , dia kembalikan soalan ku tadi. Aku mengangguk pantas.

Jika kau gembira, pastinya aku gembira tapi bukankah lebih gembira jika kita tahu bahawa segala penat lelah kita ini berbaloi“, tersentak aku, perbincangan tadi masih belum tamat lagi.

Maksud kau?” , Syahidan hanya tersenyum. Dia menyedut minuman yang hampir habis. Aku pula menanti dengan penuh tenang, aku tahu Syahidan suka berbahas sebegini.

Apakah kejayaan yang telah anak kau berikan?” , aku menghela nafas, tidak berpuas hati dengan pertanyaan Syahidan. Bukan ini yang aku tunggu, bisik hati aku.

Haikal, anak sulung aku dah kerja kat luar negara. Sham pula dah jadi pegawai tinggi kat sebuah syarikat swasta dan Zaharah pula baru saja tamat belajar. Kan tadi dia call bagitahu keputusan SPM dia“, akhirnya Syahidan tersenyum.

Haa itulah balasan Allah dengan pengorbanan dan keikhlasan kau bekerja selama ini. Mungkin nikmat tu tidak sampai kat tangan kau tapi diberikan pada setiap anak-anak kau. Kau patut lebih bersyukur, bukannya merungut“,

Kau sendiri yang cakap, haikal dah bekerja di luar negara. Dalam setahun, berapa kali kau melawat dia? Sham pula, dia yang besarkan rumah kau tu kan? dan Zaharah pula, tak lama lagi akan sambung belajar. Apa makna semua tu? Apa yang kau dapat sekarang adalah berlipat kali ganda dari apa yang kau nak selama ni. Kau tak perlu nak naik pangkat atau gaji sebab kau boleh dapatkan semua tu dari anak-anak kau“, kali ini mulut ku terkunci sepenuhnya. Aku tidak pernah menyangka tentang hal ini. Nikmat yang sebenar telah berada di depan mata ku dan juga telah merasainya tetapi disebabkan nafsu menguasai diri hingga aku terlupa untuk bersyukur dengan apa yang aku ada. Bagi Syahidan pula, dia risau jika aku terguris dengan kata-katanya itu tapi senyuman ku melegakan hatinya.

Aku terlalu leka dan sentiasa ingin mencapai harta dunia padahal harta di akhirat sana sentiasa mengelilingi aku dan boleh dicapai bila-bila masa saja. Betul kata kau, pendek sungguh fikiran aku ni sehingga lupa untuk mengucap syukur apabila mendapat nikmat dari Allah“,

Melayu mudah lupa kan“, pantas Syahidan memotong. Aku mengangguk tanda setuju.


 Dari Ibnu Abbas r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda: Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari). Marilah kita bersyukur dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan ini, agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi dan mendapat azab Allah s.w.t. “Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu : “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amat pedih”. (Quran Surah Ibrahim, 14: 7) Sementara kita masih hidup, rebutlah kesempatan dalam memperbaiki diri ke arah kebaikan. Daripada Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim). “Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu-bapaku, dan untuk mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai, serta berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepadaMu, dan sungguh aku adalah termasuk golongan orang-orang yang berserah diri.” (QS. Al-Ahqâf. 15).

p/s : klu nak "like" ataupun "share, sila klik DISINI

No comments: