Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, December 30, 2011

berakhirnya 2011

Views
Pejam celik pejam celik, tahun 2011 sudah pun sampai di penghujungnya. Tak sangka kan, begitu cepat masa berlalu dan bermacam2 jugak yang terjadi dalam tahun 2011 ni. Entry aku kali ni khas untuk aku imbau kembali kenangan 2011 ni. Actually tak banyak berubah pun...

Kalau dari segi kerja aku masih lagi bekerja di tempat yang sama, takde perubahan tapi sedih jugak la sebab masih lagi kempunan nak dapat kerja yang lebih baik lagi. Pape pun buat sementara ni aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni..

Dari segi keperluan pula, Alhamdulillah tahun ni aku dapat merealisasikan keinginan aku untuk memiliki sebuah kamera. Walaupun pun kamera tu tak la sehebat kamera orang yang profesional tapi ianya cukup membuatkan aku gembira...

Beberapa orang telah muncul dalam hidup aku dan tidak kurang juga orang yang meninggalkan aku. Dalam tahun ni (tak ingat buan bila), datuk sedara aku telah pun meninggal dunia. walaupun aku tak berapa rapat dengan dia tapi kehilangan dia amat aku rasai. kelahiran miqael azeem dalam keluarga aku,menceriakan lagi suasana...

Cinta? perpisahan dan pertemuan yang tidak disangka....

Kembalinya aku ke bumi jelapang padi yang amat aku rindui. zana, sahabat ku telah pun selamat melangsungkan perkahwinannya baru2 ni. harap dia sentiasa bahagia di sisi suami...asha pun dah bertunang sewaktu kita sibuk merayakan aidilfitri. moga sampai ke jinjang pelamin....abang anep dan kak nas pun telah melangsungkan perkahwinan mereka 26hb hari tu. mintak maaf sebab tak dapat hadirkan diri...

Berakhirnya kegembiraan aku melayari forum komuniti iluvislam. mengubati kekecewaan dengan kehadiran saffmuslim kemudian datangnya impian yang pernah di impikan dahulu kala, fikrahislam datang memberi peluang menjadikan aku seorang penulis. semuanya memberi peluang kepada aku untuk berkenalan dengan rakan2 maya sehingga menjadikan mereka sahabat sebenar....


kehidupan yang penuh dengan kesederhanaan membuatkan aku rasa bersyukur. tiap kesedihan yang aku alami diakhiri dengan kegembiraan. aku harapkan tahun 2012 akan lebih menggembirakan buat aku..aminnn..

Saturday, December 24, 2011

Yes!! (Cerpen : Hidayah)

Views
Akhirnya dapat jugak aku menatap wajah labtop setelah berbulan dan berhari2 mengadap samsung tab yang kecik tu..hehe.. actuallly setelah berhari jugak la aku tak post cerita kat FikrahIslam akhirnya dapat jugak aku idea pastu terus aku post. Idea betul2 spontan dan aku buat kat opis. Bukan senang nak buat kat opis tu, yela kan..ada je mata yang memandang dan aku ni jenis pemalu. aku tak boleh la bila orang tengok aku tengah mengarang. risau idea hilang..hehe..so meh aku tunjukkan cerpen untuk kali ni. ianya pengajaran untuk aku dan kita semua. harap semuanya boleh la terima cerita aku ni yer sebab yang pastinya, baik itu datang dari-NYA dan yang buruk tu datang dari aku..



HIDAYAH

Tepat pukul 9pagi, Aini bergegas memasuki bilik kemudian keluar kembali. Kali ini dia membawa bersama beg yang dipenuhi dengan pakaian. Hari ini dia akan kembali semula ke Kuala Lumpur apabila cutinya sudah berada dipenghujungnya. Puan Salmi hanya memandang anaknya sambil tersenyum. Anak bongsu yang paling dia sayangi dan yang paling dia hormati. Kenapa? Kerana anak bongsunya itu lain dari yang lain. Pendiriannya yang tinggi membuatkan anaknya itu berani untuk mengambil keputusan untuk berubah sedari umur 10 tahun. Dia juga terkejut dengan perubahan yang dilakukan oleh anaknya itu membuatkan dia termalu sendiri. Dia yang sudah bertahun-tahun hidup pun masih belum berubah ke tahap yang lebih baik.

“Cantik kalau mak pakai tudung macam ni, lebih sopan”, puji Aini apabila emaknya itu mengenakan tudung labuh yang dibelinya sempena hari jadi emaknya itu. Puan Salmi hanya tersenyum kelat, dia agak terasa dengan teguran seperti itu. Akhirnya tudung itu hanya dijadikan hiasan di dalam almarinya. Aini tidak berkecil hati dengan tindakan emaknya itu, dia tidak mahu memaksa.

Sampai sahaja di perhentian bas, mereka sekeluarga meluru ke bas yang sudah sedia menunggu. Tiba-tiba telefon bimbit Aini berdering. Nama Haiza terpapar di skrin telefon membuatkan Aini tersenyum lebar terus menyambut panggilan kakak kesayangannya. Walaupun mereka berbeza pendapat dan pandangan, mereka tidak pernah berenggang ataupun bercakaran. Aini tetap menghormati kakaknya itu, begitu juga sebaliknya walaupun Haiza tidak dapat menerima perubahan adiknya itu.

“kau naik bas pukul berapa?” tanya Haiza apabila Aini baru saja menekan punat hijau.

“Assalammualaikum kak..Aini dah nak naik bas la ni. Akak jangan lupa ambil Aini tau”,

“Eerr wa’alaikummussalam..haa okey,nanti dah nak sampai bagitahu la ye”, Haiza agak terkejut dan malu dengan tindakannya tadi.

“Yela,nanti Aini bagitahu ye..assalammualaikum”,

“Wa’alaikummussalam”, talian terputus. Bukan sekali ini dia termalu dengan tindakannya tapi sudah banyak kali. Kadang-kadang dia berkecil hati dengan Aini yang sengaja mencari kesalahannya. Sesekali muncul rungutan di hatinya. Dia yang merasa garam dahulu sebelum Aini, dia yang mengenal dunia sebelum Aini dan dia juga mengenal huruf serta agama sebelum Aini jadi perlu ke adiknya itu mengingatkan semua perkara sedangkan dia sendiri sudah tahu tentang hal itu.

“Akak yang makan garam dulu. Apa yang kau tahu, akak dah pun tahu”, Aini hanya tersenyum apabila tegurannya mendapat tentangan dari Haiza.

“Kalau akak tahu, kenapa akak tak lakukannya?” terdiam Haiza buat seketika.

“Itu hak akak, tak perlu la kau nak ambil tahu. Berubah ataupun tidak, itu keputusan akak”, kata Haiza, agak keras bunyinya.

“Jika esok nyawa sudah tiada, adakah akak masih mempunyai hak untuk membuat keputusan?”, lidahnya kelu. Tidak dinafikan Aini sedang berusaha untuk mengubah cara hidup keluarganya tetapi entah kenapa dia langsung tidak dapat menerima langsung teguran adiknya itu. Adakah kerana dia lebih tua jadi tidak sepatutnya Aini yang lebih muda menegurnya?

Perlahan-lahan Aini melangkah menaiki tangga bas. Lambaian emak dari luar bas sangat menyayatkan hatinya. Bas bergerak perlahan, meninggalkan perhentian bas tersebut. Apabila bas sudah berada di atas highway, dia mengeluarkan alat pemain muzik. Diletakkan earphone dia telinganya dan menekan butang play. Alunan ayat-ayat Al-Quran amat meruntunkan hatinya sehingga dia memejamkan mata untuk menghayati tiap bait ayat tersebut. Mulutnya terkumat-kamit mengikut bacaan.

Baru saja Puan Salmi menjejakkan kaki di rumahnya, telefon rumahnya berdering. Pantas kakinya berlari untuk menyambut panggilan tersebut. Suara Aini lembut kedengaran di corong telefon. Senyumannya terukir.

“Kenapa sayang, ada barang tertinggal ke?” tanya Puan Salmi ingin kepastian.

“Bukan..bas yang Aini naik tadi kemalangan. Aini ada kat hospital ni, mak jangan la risau. Aini tak ada apa-apa, cuma luka sikit je”, terkejut Puan Salmi menerima khabar tersebut. Anaknya itu tidak menunjukkan dia dalam ketakutan tetapi hanya tenang menyampaikan berita tersebut.

“Mak datang sekarang ye” tanya Puan Salmi. Suaranya agak menggeletar, risau dengan keadaan anaknya itu. Dia bergegas ke hospital. Pada masa yang sama, telefon Haiza juga berdering. Haiza mengangkatnya tanpa melihat pemanggilnya.

“Akak, Aini kemalangan ni. Aini ada kat hospital ni. Akak jangan la risau, Aini tak ada apa-apa pun, cuma luka sikit je”, kali ini Haiza pula yang mendapat kejutan. Khabar yang tidak disangkakannya amat merisaukannya. Haiza juga bergegas pulang ke kampung untuk melihat keadaan adiknya itu.


*****

“Maaf cik..anak saya Aini, dia baru saja mengalami kemalangan pagi tadi. Dia bilik mana ye?” tanya Puan Salmi di kaunter pertanyaan.

“Sebentar ye puan”, jawab gadis itu. Puan Salmi hanya melihat telatah gadis itu berbicara dengan seorang doktor dan doktor itu kemudiannya menghampirinya.

“Puan mari ikut saya”, kata doktor tersebut. Puan Salmi agak pelik dengan situasi tersebut tetapi tidak pula bertanya. Dia hanya mengikuti langkah doktor tersebut. Suasana ruangan yang dia lalui amatlah meresahkan hatinya, degupan jantungnya berdegup agak pantas.

“Bilik mayat? Eeerrr doktor, ni bilik mayat. Doktor silap ni, anak saya kata dia hanya cedera ringan”, doktor hanya mendiamkan diri dan mempersilakan Puan Salmi memasuki bilik tersebut. Angin sejuk terus menerpa ke seluruh anggota badannya. Meremang bulu romanya buat seketika. Dari jauh dia nampak sebujur tubuh yang ditutupi kain putih, hatinya makin berdebar. Persoalan yang berlegar di fikirannya tadi hilang entah ke mana, persoalan yang timbul sekarang adalah mayat siapakah itu. Doktor menyelak kain tersebut perlahan. Kaki menggeletar dengan tiba-tiba, jantung hampir luruh apabila melihat mayat itu adalah anaknya iaitu Aini.

“Tak mungkin doktor. Dia sempat telefon saya tadi yang dia tak apa-apa,cuma luka ringan saja. Macam mana boleh jadi macam ni?” diajunya soalan yang membuatkan dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang.

“Dia telefon? untuk pengetahuan puan, Aini meninggal di tempat kejadian jadi mustahil dia boleh membuat panggilan”, sekali lagi Puan Salmi terkejut dengan perkhabaran itu. Apa yang sudah terjadi? Dia yakin, Ainilah yang membuat panggilan tadi.

“Apa, Aini meninggal! macam mana boleh jadi macam tu. Tadi Aini ada call, dia cakap dia okey je”, Haiza yang sedang memandu terdiam apabila emaknya memberitahu bahawa Aini telah meninggal dunia di tempat kejadian. Haiza tidak percaya, dia membelek kembali handphonenya dan melihat kembali waktu Aini membuat panggilan tetapi tidak dijumpainya. Apa sudah jadi ni? Dia jadi hairan, Aini memang ada membuat panggilan tapi kenapa tiada di dalam handphonenya. Tanpa Haiza sedari kereta di hadapannya memberhentikan kereta dengan tiba-tiba mengejutkannya tetapi segalanya sudah terlambat. Dia tersepit dan terkulai di stereng keretanya. Orang ramai mula menghampirinya untuk memberi bantuan. Matanya mulai kabur.

“Jika esok nyawa sudah tiada, adakah akak masih mempunyai hak untuk membuat keputusan?”, suara adiknya kedengaran. Airmatanya mengalir.

“Ya Allah”, itu saja yang mampu diungkapkannya.



“Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Mahamulia lagi Maha Pengampun” (QS Al-Mulk [67]:1-2).1


nak "like" atau "share"..sila klik DISINI

p/s :  bak kata orang,malang tidak berbau jadi janganlah jadikan usia atau pengalaman itu sebagai satu cara untuk kita berlagak atau menidakkan nasihat/teguran orang lain. kita sesama islam ni sentiasa la kena tegur-menegur,tak kira usia. yang tua janganlah cepat melenting bila yang muda menegur dan yang muda pula jangan menegur dengan cara yang kasar. Allah tidak pernah menyusahkan umatnya jadi carilah jalan untuk memudahkan kemudahan yang telah Allah berikan yer..peace no war!!

Thursday, December 22, 2011

Rindu

Views
Assalammualaikum semua!!

Rindu sangat aku nak update blog comey aku neh tapi tak kesampaian lagi sebab labtop masih rosak lagi dan aku asyik update guna samsung tab ni je. Tak puas aku nak mengarang,yela kecik sangat kot..hehe.. Sebenarnya banyak benda aku nak update tapi tunggu jela ye. Insyallah nanti aku akan update apa yang patut..

Penutup tahun 2011 sudah hampir di kemuncaknya. Kalau ikut kalendar islam kita sudah pun menyambut tahun baru kan. Nanti aku update apa yang jadi kat diri aku selama berada di tahun 2011 ni,macam2 jugak la kan..hehe

So tunggu jela ye..

Monday, December 12, 2011

kecewa?

Views
Assalammualaikum semua.. Selamat petang..!!

Hari ni dah masuk hari keempat aku berada di Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman. Rindu sangat dengan negeri tempat aku dibesarkan. Banyak kenangan tersimpan rapi di setiap daerah yang aku singgahi dari kecil sampai besar tapi saat ni aku rasa kecewa sangat, tak tahu kenapa. Aku dapat rasakan yang aku berada kat negeri yang sama, tiada perubahan. Tempat yang aku rindui telah mengecewakan aku 100%. Sedih sangat....

Perlu ke aku nak emosional over sangat macam ni? Tak perlu kot. Aku just taknak berprasangka buruk dengan orang sebab tu aku suka buat perancangan dengan lebih awal. Aku tak suka sesuatu terjadi dalam keadaan kebetulan, serius aku tak suka! "ala nak buat macam, benda tu kita tak boleh nak elak"..Yup, memang kita tak boleh nak elak jadi bersedia dengan lebih awal. Aku tak suka menunggu untuk tahu apa yang akan jadi "nanti".

Aku memang cuba nak kawal kemarahan aku bila aku fikir yang aku perlu beri ruang tapi macam mana dengan aku? "dalam dilemma?" Tolong la jangan rasa macam sebab aku rasa aku dah tanya kepastian dengan lebih awal lagi sebab aku pasti perkara macam ni memang akan jadi. Aku rasa macam nak balik kl malam ni jugak!

Disebabkan terlalu tension, jom kita layan lagu anuar zain ni dulu..kita layan jiwang ok..huhu!


Tuesday, December 6, 2011

Fuhhhh lega!!!

Views
Selamat malam semua!! Apsal happy lain macam je malam ni? Pelik? Aii nak happy sikit pun tak boleh ke..huhu!! Actually hari ni datang kerja dengan hati yang tak tenang dan serabut giler la kan. Tak boleh nak fokus kat kerja langsung dan tetiba inbox aku ada emel dari seseorang. Siapa tu? Semestinya si jantung hati aku Cik Misbah..hahahaha!!!

Hari ni aku cite macam2 benda kat dia. Bak kata orang,permata tiba2 datang bergolek. Tunggu apa lagi kan..hehe..last2 aku lega sangat sebab semua benda terluah. Thanks sesangat kat dia sebab bagi semangat kat aku dan membuatkan aku tersenyum2 baca dia punya emel.

Thanks Mis,aku hargai sangat. Aku tak tau la kau baca ke tak blog aku ni tapi kalau kau baca,apa yang aku boleh cakap..aku gembira sebab kau kawan aku dan janganlah jemu untuk bagi semangat kat aku macam tu lagi yer. Aku amat perlukannya. Sayang kau..(harap2 dia tak baca,malu kot..hahahaha)

Aku harap apa yang dia impikan selama ni termakbul..aminnn!!!

Monday, December 5, 2011

Pabila ujian datang, aku rebah

Views
Assalammualaikum semua, kita sudah semakin hampir dengan kemuncak pengakhiran tahun 2011. Erm macam mana dengan azam tahun ni, dah settle semua ke? ada yang tak settle lagi? bawa ke tahun depan la jawabnya yer..hehe..

Actually tahun ni banyak sangat dugaan aku perlu tempuhi. Itu satu kelebihan buat aku kerana aku terpilih untuk diberikan ujian seumpama itu dan tidak aku nafikan pernah terlintas difikiran untuk berputus asa tanpa mencuba atau berusaha. Kadang-kadang sampai satu saat, ujian yang datang membuatkan aku hampir rebah dan tak mampu untuk berdiri lagi. Dari mana aku dapat kekuatan? Dari saat tulisan aku ni, aku tidak mempunyai seorang kawan untuk mengadu. Ya, pastinya Allah sering jadi tempat mengadu ku tapi dalam masa yang sama perlukan sokongan dari seseorang amat penting juga. Jadi dari mana aku dapat sokongan tu? Dari fikiran positif aku. Biar betul??

Dari segi luaran, aku dapat mengawalnya melalui berfikiran positif setiap masa. Cuba menyembunyikan masalah dengan teknik "gembirakan hati sendiri" supaya ianya tidak nampak ketara di pandangan orang lain. Dalaman pula? Maaf, aku langsung tidak dapat mengawalnya. Kenapa? Mungkin tiada siapa yang cuba mengambil peduli. Kau sedih? Tidak, aku tidak pernah sedih dengan keadaan ini. Cuma risau keadaan aku makin parah jika aku memendam rasa terlalu lama.

Kau mengalami kemurungan? Benarkah? Tidak pernah terlintas di fikiran untuk aku akhiri nyawa ku yang amat berharga ini. Mungkin aku hanya sekadar memerlukan teman untuk berbicara. Dimanakah semua sahabatmu??

........


........

.......

........

.......


..........


.........


.........


..........



...........


Maaf, aku tiada jawapan untuk itu

:'(

p/s : tolong, jangan gunakan perkataan " sabarlah, mungkin semuanya ada hikmah disebaliknya @ sabar itu separuh dari iman ". Bak kata orang, berkata2 itu lebih mudah dari melakukan.