Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Sunday, July 31, 2011

terlahirlah aku..huhu!

Views
happy birthday to me..happy birthday to me..(gaya usop wilcha time ats basikal)..hahahaha..

tanggal 30hb Julai 1988 telah lahir seorang bayi perempuan yang bernama Azean Musfirah binti Rahim..yeaaaa!!! that me..huhu!

rasa seronok sangat semalam walaupun aku tak celebrate pun besday aku tu..pape pn hepi dengan kehadiran member2 aku dan tak lupe jgk kpd yang post wish kat facebook aku..time kasih banyak2 yang tak terhingga sekali..luv u'll very much!!

Thursday, July 28, 2011

bila taring patah,ngauman jadi bisu dan belang pula hilang

Views
itulah yang tajuk entry aku kali ini bila menyaksikan tamatnya perlawanan timbal balik antara si harimau malaya dan singa..agak kecewa sebenarnya,kenapa ye? meh aku tunjukkan satu persatu...

entry aku sebelum ni ada bercerita pasal pemain kita ni suka sangat cakap lebih2 dan akhirnya takde apa pun kita dapat. bukan niat aku nak mengutuk ke apa tapi hanya sekadar teguran. takde salahnya kalau kita confident tapi janganlah terlalu over confident sampai kita mengeluarkan kata-kata semangat yang tak tentu lagi kita boleh buat atau pun tidak. perlu diingat bahawa pasukan kita ni baru je bangun dari tidur yang panjang dan masih lagi dalam keadaan mamai. perjalanan kita masih jauh lagi dan banyak benda kita perlu belajar.

komen aku tentang perlawanan tue? aku ni bukan la reti main bola sangat,perempuan la katakan..huhu...tapi itu tak bermakna aku xpernah main bola..yihuuu..ok la,pasal perlawanan tu banyak sebenarnya kelemahan. pemain dapat kelebihan apabila lawan di tempat sendiri dan dengan yakinnya dapat menjaringkan 2gol tapi ada perkara diluar jangkaan kita sendiri iaitu disebabkan perlawanan ini adalah penentu untuk malaysia menyebabkan semua penyokong memenuhi stadium bukan hanya memberi semangat tetapi meresahkan pemain kita. nak tahu sebab apa? sebab mereka tak nak mengecewakan kita semua....

kita sedia maklum sewaktu perlawanan di singapura beberapa hari lalu menampakkan kelemahan malaysia dari segi pertahanan. agak kecewa kerana tiada langsung peningkatan dari segi pertahanan dan penyerang pula hanya mengharapkan safee sali je. kesian plak aku tengok safee sali, berusaha sorang2 dan bila dapat bola takde sape pun yang nak tolong...kehilangan tonggak seperti safiq selaku kapten juga dirasai. begitu juga dengan pengeluaran aidil di separuh masa pertama akibat kecederaannya. malaysia harus kuatkan pertahanan kerana dengan mudahnya pemain singapura menyelinap masuk ke kotak penalti. nasib la malam ni khairul fahmi yang jadi goalkeeper,kalau sharbinee....eeeeiiiiii rasanya banyak kali dah singapura gol...hehehe

erm yang aku peliknye kenapa rajagopal tak masukkan pemain yang boleh dikatakan hebat la jugak seperti badrol ke ashaari ke...confius aku...terkejut bila rajagopal masukkan gurusamy dan sorang lagi tu nama sape ekk yang kena kad merah tue..gembira bila malaysia dapat 1gol tapi kecewa kembali sebab singapura dapat menyamakan mata. erm bukan senang nak kejar 2gol balik...

pape pun perlawanan pun dah tamat dan impian kita pun dah hancur, kalau aku celoteh banyak2 pun bukan leh rewind balik kan..so aku ucapkan tahniah untuk pasukan harimau malaya dan aku pasti ini pembukaan untuk pasukan bola kita untuk lebih maju ke hadapan. rasanya sekarang ni semua penyokong tertumpu pada pasukan harimau muda pula untuk olimpik...hehehe...

p/s : bangga sangat dengan pencapaian khairul fahmi sebab telah menyelamatkan gawang malaysia dari dibolosi oleh pemain singapura,memang hebat sangat...teruskan usaha lagi Apex!!

debaran hari khamis, 28/7/2011

Views
aku tak nafikan merasakan debaran perlawanan malam ni, harimau malaya bertemu dengan singa..tiap kali aku baca paper mesti ada kata-kata keyakinan dari pasukan kita tapi harus diingat,jangan sesekali pandai berkata-kata sahaja. kalau kita berkata tapi dalam hati ada perasaan riak,tak akan kemana nanti..

pape pun aku sentiasa doakan kejayaan harimau malaya kita,yihuuuuu...mengaumlah dikau wahai harimau melebihi singa ok..hahaha...tapi sedih sebab safiq tak boleh main malam ni,takpe safiq...InsyaAllah,semuanya pasti baik2 saja...jom ramai2 tengok bola malam nie..




                             VS

Tuesday, July 26, 2011

~bila harimau bertemu singa~

Views
agak laju jari aku menaip tiap patah perkataan apabila ianya melibatkan perlawanan bola pasukan kita iaitu harimau malaya. sebenarnya aku sedikit kecewa melihat perlawanan antara pasukan kita dengan singapura baru2 nie..memang jelas sangat tembok pertahanan pasukan kita lemah sangat dan senang dibolosi. aku pun tak nafikan rasa kagum dengan kepantasan safee sali menjaringkan gol yang pertama untuk malaysia tapi hampa selepas itu apabila singapura merusuh bertubi-tubi tembok pertahanan kita sehingga menjaring gol sebanyak 4-1 sampai tamat separuh masa pertama. dengan kemasukan hadi memeriahkan pasukan kita apabila 2gol terjaring dengan begitu pantas sekali. erm yang lagi satu gol tue tak pasti la siapa yang golkan,lupe..huhu..tapi pasukan kita begitu cepat leka dengan keselesaan yang baru saja dikecapi dihancurkan dengan satu gol dari pihak lawan menunjukkan 5-3 sehingga wisel tamat dibunyikan. penyerang kita memang hebat tapi malaysia terlalu yakin dan ia memusnahkan fokus mereka untuk bertahan ataupun menjaringkan gol. aku yakin harimau dapat mengaum mengalahkan ngauman singa tapi harimau kena ingat,jangan sesekali leka kerana satu kesilapan akan meranapkan terus impian kita rakyat malaysia..tak sabar menanti perlawanan seterusnya..harap malaysia terus-menerus usaha keras lagi. kami sebagai rakyat malaysia akan sentiasa menyokong...


perbaiki pertahan

p/s : walaupun kita sebagai rakyat sentiasa berbeza pendapat dalam segala hal tak kira la politik ataupun apa sahaja tapi aku gembira apabila tiba saat perlawanan bola,mereka lupa sebentar tentang perbezaan itu kerana satu saja tapak melangkah memasuki stadium pasti matlamatnya hanya satu..menyokong pasukan negara kita iaitu MALAYSIA!!

Friday, July 22, 2011

harga diriku-wali band

Views


tetiba dengar lagu ni dan ianya benar-benar mengimbau kenangan lalu yang aku langsung tak nak ingat. walaupun keputusan yang aku ambil ini akan memakan diri aku sendiri,aku redha jika itu ketentuanNya....terimalah wahai sahabat ku, perdengarkanlah lagu yang amat mengusik jiwa dan raga ku..agar dikau memahami gelora hati ini..

peace no war!! huhu...

Wednesday, July 20, 2011

Cerpen : KetentuanMu

Views
Nanti bila Mia dah besar. Mia nak jadi macam auntie Luna la”, petah anak kecil di hadapannya itu berkata-kata. Senyuman terukir di bibir, tangan masih lagi mengusap lembut kepala anak sahabatnya itu.

Aku tumpang gembira dan bangga dengan apa yang engkau usahakan sekarang ini. Aku harap sangat remaja di luar sana mengikut jejak langkah kau tu”, Luna berpaling sambil tersenyum melihat suzana keluar dari dapur sambil membawa minuman.

Aku ni hanya manusia biasa, banyak perkara lagi yang perlu aku pelajari”, matanya kembali memandang wajah Mia.

Orang zaman sekarang ni mana ada nak bela atau bantu orang susah ni. Sudah banyak orang kau selamatkan kehidupannya, bukankah itu dikatakan mulia?” sekali lagi Luna tersenyum, tidak berminat untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh sahabatnya itu. Baginya, itu adalah tanggungjawabnya untuk membantu saudara sesama islam.

Kalaulah mak dan ayah kau masih ada, tentu mereka bangga dengan kau”, tersentak Luna seketika apabila soal itu ditimbulkan kembali. Nafasnya sudah tidak seirama seperti tadi, lidahnya kelu serta-merta.

Mari minum, nanti sejuk pula air ni”, ajak Suzana sambil menuangkan air ke dalam gelas. Suzana berpaling memandang Luna apabila tiada tindak balas darinya. Dia menjadi serba salah melihat wajah Luna yang kelihatan pucat.

Eerr Luna, maafkan aku kalau kata-kata aku tadi mengingatkan kau tentang mak dan ayah kau. Aku tak ada niat apa-apa pun”, Luna tersedar apabila Suzana menyentuh lembut bahunya. Lantas dia memaksa dirinya untuk tersenyum walaupun sedikit hambar.

aku okey je, tak marah pun sebab apa yang kau cakap tu semuanya betul”, kata Luna mematikan terus senyuman di bibirnya.


*****

Abang…abang…”, suara Alisya bergema tetapi bayang abangnya masih lagi belum kelihatan. Langkahnya terhenti apabila melintasi pintu ke halaman rumah. Dengan jelas, telinganya dapat menangkap bunyi air yang sedang mengalir. Pantas langkahnya menuju ke halaman rumah. Dari jauh dia dapat melihat susuk tubuh abangnya yang sedang menyiram pokok bunga. Terukir senyuman di bibirnya.

Dari tadi asyik senyum je ni, ada berita baik ke?” Syahid agak terkejut dengan sergahan Alisya itu. Syahid tidak terus menjawab tapi senyuman masih belum lekang dari bibirnya. Alisya bertambah hairan dengan gelagat abangnya pagi ini.

Abang tak nak kongsi dengan Alisya ke?” kata Alisya perlahan, terasa hati dengan sikap Syahid yang cuba merahsiakan sesuatu darinya. Syahid memandang adiknya itu dengan hati yang berbunga.

Adik..abang dah…”, belum sempat Syahid menghabiskan ayatnya itu, kedengaran sayup-sayup suara ummi memanggilnya. Dia memandang Alisya sekilas kemudian bergegas memasuki rumah. Air yang sedang mengalir tetap terus mengalir membasahi rumput di tanah. Pabila ada seseorang yang memulas pilinya, air yang sedang laju mengalir terhenti dengan tiba-tiba. Begitulah perasaan Alisya sekarang yang penuh dengan tanda tanya dan hanya seorang sahaja yang dapat menghentikannya.


Abang nak kahwin!?” terkejut Alisya dengan perkhabaran itu yang sepatutnya mengembirakan tetapi tidak. Perasaan takut mula menjalar di dalam diri membuatkan airmatanya hampir menitis. Senyuman manis terukir untuk dikongsi kini tawar dengan sendirinya. Syahid tergamam apabila Alisya melarikan diri memasuki bilik. Syahid masih lagi kaku berdiri di situ, tidak pula dia mengejar Alisya. Masih lagi keliru dengan apa yang sedang terjadi.

Alisya”, itu saja yang mampu keluar dari mulut Syahid. Dia tahu, Alisya berkecil hati dengannya. Syahid menyentuh tombol pintu bilik adiknya itu, terasa lemah dan tidak mampu untuk memulasnya. Tiba-tiba pintu terbuka membuatkan Syahid mengundur setapak, kelihatan Alisya muncul dengan wajah yang sunggul. Syahid menarik nafas lega.

adik marah abang?” pantas Alisya menggelengkan kepala. Buaian dihayun perlahan, angin menyapa mengikut rentak suasana.

Alisya cuma terkejut. Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat sekali”, Syahid hanya membisu, memberi ruang sepenuhnya kepada Alisya untuk meluahkan rasa.

Alisya tahu sudah tiba masanya untuk abang berumahtangga tapi Alisya tak bersedia lagi untuk berjauhan dengan abang. Alisya masih perlukan tunjuk ajar abang”, Syahid sekadar tersenyum, dia tidak akan sesekali lupa tanggungjawabnya sebagai seorang abang.

Kak Yaya kan ada?” Syahid cuba menduga. Alisya hanya mencebik bila membayangkan kakaknya yang sudah lama tidak pulang ke tanahair, sibuk dengan pembelajarannya di luar negara.

Entah bila dia nak balik sini”, mendengar saja kata-kata Alisya itu membuatkan dia ingin ketawa. Mereka pantang berjumpa,pasti ada saja perkara yang tidak kena. Bagaikan anjing dan kucing bila bertemu.

abang janji abang tak akan lupa tanggungjawab abang sebagai ketua keluarga. Abang akan jaga adik-adik abang”, Alisya memandang Syahid, mata mereka bertemu. Dia cuba mencari kepastian dari sinar mata abangnya itu, perasaan risau tidak pernah hilang semenjak tadi. Dia tahu abangnya telah mendidiknya dengan baik sekali selepas ayah meninggalkan mereka sekeluarga tetapi sanggupkah dia kehilangan orang yang amat bermakna buat dirinya. Alisya mengeluh kecil.

adik percayakan abang tapi abang jangan sesekali mungkir janji ye” Syahid hanya mengangguk gembira kerana akhirnya Alisya menerima keputusannya untuk membina keluarga baru yang pasti memberi lebih banyak lagi kebahagiaan buat dirinya dan sekeluarga,itu harapannya.


*****

abang kenalkan, Luna”, kata Syahid pendek, memperkenalkan Luna kepada Alisya pada suatu petang. Alisya begitu beriya-iya untuk berkenalan dengan bunga yang telah menarik perhatian abangnya. Cantik dan lemah lembut orangnya tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan Luna pada pandangan Alisya. Terus dia hilangkan pujiannya sebentar tadi. Matanya masih lagi tajam memandang wajah ayu yang mungkin dapat menawan sesiapa sahaja yang memandang.

Alisya”, tegur Syahid lembut. Menyedari gelagat adiknya itu yang merenung tajam ke arah Luna membuatkan Luna duduk serba tidak kena. Alisya yang tersedar dengan teguran Syahid cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan terus mengukirkan senyuman. Hari itu tidak banyak yang dibualkan oleh mereka bertiga. Alisya lebih banyak memberi ruang kepada Syahid dan Luna untuk membincangkan soal pekerjaan mereka tetapi dalam diam,segala pergerakan Luna diperhatikan oleh Alisya yang penuh dengan perasaan was-was.



kenapa adik cakap macam tu,tak elok berprasangka buruk dengan orang”, kata Syahid lembut tapi tegas. Dia cuba mengawal emosi dan nadanya, dia tidak mahu kemarahan menguasai dirinya. Minuman petang pada hari itu tidak langsung menarik perhatian Syahid padahal itulah minuman kegemarannya.

percayalah cakap adik, dia ada sembunyikan sesuatu dari kita”, agak keras bunyinya membuatkan Syahid bangun dari tempat duduknya dan berjalan mundar-mandir di hadapan Alisya.

macam mana adik tahu, adik baru jumpa dia sekali”, Alisya mengeluh kecil, sukar untuk mendapatkan kepercayaan abangnya dalam hal ini.

abang jumpa dia selalu pun tak bermakna abang kenal dia luar dan dalam”, langkah Syahid terhenti. Dia meraup wajahnya dan berpaling memandang adiknya yang cuba menyakinkan sesuatu yang dia sendiri pun tidak pasti.

ini soal hidup abang, biar abang tentukan”, kata Syahid sambil berlalu.
abang kena ingat, kita hanya merancang tuhan yang tentukan”, Syahid tidak mempedulikan kata-kata adiknya itu, dia tetap meneruskan langkahnya meninggalkan Alisya keseorangan di halaman.


*****

kau nak beli barang tak?” tanya Suzana sambil memandang jam di pergelangan tangannya, dia harus pulang awal kerana perlu mengambil Mia dari rumah Makcik Pah. Luna hanya menggelengkan kepalanya. Langkah mereka laju untuk keluar dari gedung pusat membeli-belah menuju ke arah tempat letak kereta. Saat Luna ingin membuka pitu kereta, ada seseorang yang menyapanya dari belakang.

Eh! Luna, kau buat apa sekarang? Lama tak jumpa kau. Kau dah tak nak balik Pahang ke?” Luna tergamam melihat individu yang menegurnya. Seseorang yang dia kenali sewaktu dulu, dia mula gelisah apabila Suzana menghampiri mereka.

Assalammualaikum, apa khabar?” tegur Suzana sambil menghulurkan salam perkenalan. Ayu menjawab dan menyambut salam sambil tersenyum.

kenal Luna ke?” Ayu mengangguk pantas tetapi pelik kerana Luna langsung tidak menunjukkan reaksi gembira apabila bertemu dengannya.

mestilah saya kenal. Luna ni kawan baik saya semasa sekolah dulu”, Suzana hanya mengangguk tanda faham. Dia kurang tahu tentang latar belakang Luna jadi tidak hairanlah kalau dia tidak kenal dengan sahabat Luna walaupun sudah bertahun-tahun mereka bersahabat.

kenapa kau dah lama tak balik Pahang?” soal Ayu apabila melihat Luna hanya mendiamkan diri. Luna melarikan wajahnya, cuba menyembunyikan rasa gelisahnya.

aku busy la,tak sempat nak balik. Aku…..”, tak sempat Luna menghabiskan kata-katanya Suzana cepat memotong. “Ala kalau dia balik pun bukan ada siapa-siapa kat kampung tu kan”,

Eh mak dia kan ada. Balik la Luna,kesian mak kau sorang-sorang je kat rumah tu”, terkejut Suzana dengan apa yang dikatakan oleh Ayu. Dia berpaling memandang Luna, minta penjelasan. Luna hanya mendiamkan diri dan terus memasuki kereta. Ayu yang mahu meneruskan kata terus terdiam melihat tindakan Luna memasuki kereta dengan tiba-tiba.

saya balik dulu. InsyaAllah, nanti kita jumpa lagi ye”, kata Suzana sambil bersalaman dengan Ayu. Ayu yang tidak faham dengan situasi itu hanya mengangguk pantas.



lebih baik kau berterus-terang dengan Syahid”, nasihat Suzana apabila mereka sampai di rumah. Luna hanya menundukkan wajahnya, takut untuk memandang reaksi sahabatnya itu. Suzana cuba mengawal perasaan kecewanya apabila Luna menipunya tentang hidup dan mati ibunya sendiri.

maafkan aku”, itu saja yang mampu diungkapkan oleh Luna. Airmatanya mulai jatuh membasahi pipi.

kenapa kau tipu aku, kenapa Luna!?” keras pertanyaan Suzana. Kecewa kerana kepercayaan yang sudah lama ditanam di dalam hati, dirobek dengan begitu mudah sekali.

aku terpaksa zana. Aku malu dengan taraf keluarga aku sendiri. Aku takut orang akan memandang serong terhadap aku bila tahu mak aku pernah rosak suatu ketika dahulu”, airmatanya deras mengalir cuba memujuk Suzana supaya memahami perasaannya.

walau seteruk mana pun dia, dia tetap jaga kau sampai kau dapat apa yang kau ada sekarang ini tau”, Luna terdiam sambil menahan esakkannya apabila mendengar kata-kata Suzana.

kau tak akan faham perasaan aku tatkala itu. Aku hanyalah kanak-kanak biasa yang ingin ke sekolah dan bermain dengan kawan-kawan tapi aku tak dapat semuanya dengan begitu mudah. Aku perlu menebalkan muka menuju ke sekolah. Ramai orang yang jauhkan anak-anak mereka dari berkawan dengan aku. Apa salah aku sampai balasannya aku yang terima?” Suzana kaget. Dia terkejut dengan apa yang dia nampak sekarang ini. Walaupun wajah Luna dibasahi dengan airmata tetapi ianya tidak dapat menutup dendam yang sudah lama terpendam di dalam dirinya. Dia bagaikan sudah tidak kenal dengan individu yang berada di hadapannya itu.

jadi kau mengharapkan balasan seperti ini? Dapat kekayaan, orang memandang kau mulia, mendapat pangkat dan perhatian..begitu?” Suzana cuba menduga. Luna hanya tersenyum sinis.

itulah balasan yang sempurna untuk orang macam aku kerana telah melalui kemarau yang amat panjang sehingga hujan turun membasahi”, Suzana hanya menggelengkan kepalanya. Dia lupa, Luna hanya manusia biasa yang mudah tersesat. Apakah semua yang dilakukannya hanya lakonan semata-mata?, bermacam-macam persoalan muncul di benaknya.

kau lupa sesuatu. Seburuk-buruk dia, syurga kau masih lagi terletak di bawah telapak kakinya. Mungkin kau akan dapat balasan yang baik di dunia ini tapi kau kena ingat, pabila di akhirat kelak pintu syurga akan tertutup untuk orang seperti kau”, Suzana terus berlalu. Luna memandang langkah Suzana hingga hilang dari pandangannya. Dengan pantas Luna mencapai kunci keretanya dan menuju ke kereta untuk pulang. Dibuangnya peristiwa yang baru saja terjadi kerana apa yang dia inginkan sudah tercapai.


*****

sabarlah Syahid, mungkin Allah nak tunjukkan pada kau bahawa dia bukanlah jodoh yang sesuai untuk kau”, Syahid hanya mendiamkan diri. Alisya bingkas bangun dan bersalaman dengan Suzana.

Akak balik dulu ye”, Alisya hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia agak terkejut dengan apa yang telah terjadi. Sukar untuk dia percaya dengan apa yang diceritakan oleh Suzana beberapa hari sebelum itu. Alisya memandang abangnya yang masih lagi duduk di sisi kubur. Perlahan-lahan dia menyentuh bahu Syahid.

mungkin betul kata Suzana, dia bukanlah jodoh yang sesuai untuk abang. Abang redha dan maafkan abang ye dik sebab tak yakin dengan apa yang adik cakap sebelum ni”, kata Syahid sambil mendongak memandang adiknya itu, dia menyesal. Luna telah mengalami kemalangan selepas dia keluar dari rumah Suzana untuk pulang. Sesuatu kejadian yang berada di luar jangkaan kita sebagai manusia. Tidak kira di dunia atau akhirat, pembalasan pasti diterima setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan.


senyum je pagi ni, hai tak kan la ada bunga baru kot”, gurau Alisya apabila melihat abangnya melakukan rutin hariannya itu. Syahid berpaling sambil tersenyum mendengar gurauan adiknya itu. Peristiwa itu sudah hampir lupus dari ingatannya walaupun baru beberapa bulan saja kejadian itu berlaku tetapi dia harus teruskan hidup. Dia tidak mahu kejadian itu membayangi kehidupannya.

mana ada, senyuman itukan satu sedekah”, Alisya hanya ketawa walaupun dia tahu Syahid agak terkilan dengan apa yang telah terjadi tapi dia tahu, abangnya itu kuat orangnya.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : “Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.” jadi abang janganlah risau ye, pasti ada yang lebih baik tengah menunggu abang”, Syahid membelai kepala adiknya dengan lembut dan penuh kasih sayang.

terima kasih adik…eeerrr tapi kan adik, abang ni kira baik la ye?” soal Syahid sambil tersenyum nakal.

Eh! Siapa pula yang kata abang baik, adik tak kata pun”, kata-kata Alisya itu memecahkan tawa Syahid. Alisya hanya tersenyum bahagia dan bersyukur kerana Allah sentiasa melindungi keluarganya dari sesuatu yang tidak diingini berlaku.

"Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”"

P/S : kalau "like" ataupun "share"..sila klik DISINI