Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Monday, December 14, 2015

Susah, memang susah.

Views

Assalammualaikum. Selamat malam semua..

Malam ni ada benda yang menganggu fikiran aku jadi susah sikit la nak lelapkan mata. Bulan ni memang bulan paling mencabar bagi aku. Sebelum ni pun ada juga tapi boleh hadap lagi la kan tapi bulan ni memangggggg...haishh sampai aku sendiri pun tak tahu nak luahkan melalui perkataan macam mana.

Sebenarnya ianya salah satu ujian buat aku. Ujian untuk menguji ataupun balasan yang tanpa sedar, aku ada buat kesilapan. Itu memang aku tak boleh nak pastikan. Apa yang berlaku pasti ada sebabnya. Untuk makluman, semua orang ada masalah masing², itu tak dapat dinafikan lagi. Lain orang, lain la masalahnya. Tapi satu nasihat yang aku nak bagi, korang jangan mengharapkan orang lain nak faham masalah korang. Jangan sesekali mengharapkan apa² pun walaupun orang tu dah faham sangat situasi kau, maksud aku, dia dah nampak masalah kau tu tapi masih lagi buat² tak faham.

Aku sebenarnya tak rasa kecewa sangat bila berhadapan dengan orang macam ni. Kita sendiri pun tak tahu, mungkin dia pun ada masalah sendiri juga yang membuatkan dia tak boleh nak faham situasi kita. Kan kita ada masalah masing². Macam mana kau mengharapkan orang lain faham situasi kau, macam tu juga pengharapan orang tu terhadap kau. Kita tak akan tahu, betul tak? Kita cuma fikir, "kenapa la dorang ni tak boleh nak faham aku, padahal kawan baik". Tolong, korang jangan fikir macam tu. Bak kata orang puteh, "think positive". Korang kena fikir macam tu untuk kebaikan diri sendiri sebab kalau korang menghadapi masalah ni dengan kawan baik korang, trust me..korang mesti gaduh atau ada unsur² nak bermasam muka.

Macam mana nak "think positive" kalau kita betul² mengharapkan orang tu faham situasi kita? Macam mana kalau kita betul² tak ada pilihan lain selain itu?

Hm kejap, aku fikir jawapannya dulu...

Okey. Macam ni jela. Ada masalah yang korang tak boleh nak lalui tanpa perhatian dari orang lain. Ya, aku faham. Aku ada dua cara. Ini kira dari pandangan aku jela. Kalau korang ada pandangan sendiri, jangan risau. Anda boleh lakukannya juga. Anda bebas untuk memilih. Hehe. Okey, yang pertama. Kalau korang memang tak boleh tahan sangat sampai perlukan seseorang untuk faham situasi hanya dengan mendengar, anda boleh bercerita masalah anda dengan orang yang anda tidak begitu rapat. Kenal tapi tak rapat. Cuma kena pastikan dia seorang pendengar yang setia la kan. Hehe. Dan juga pastikan orang itu tidak berkait rapat dengan orang yang anda kenal atau dengan kawan baik anda. Jadi masa tula anda boleh luahkan apa saja yang terpendam di dalam hati. Hm itu dah dikira mengumpat ke? Haha.

Okey, yang kedua adalah bersabar dan pastinya ada jalan untuk orang yang sabar. Kadang² kita akan jadi cepat marah kalau orang tak cuba nak faham situasi kita. Tak apa, abaikan saja semua perasaan yang macam tu. Bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak nama kehidupan la kalau semuanya senang, pasti ada susahnya. InsyaAllah, kita kena sentiasa mendoakan agar segala kehidupan kita dipermudahkan. Jadi masalah kita pasti dapat diselesaikan dengan mudah walaupun melalui jalan yang susah. Kita tak akan rugi apa pun kalau buat macam tu. InsyaAllah, kalau kita lebih sabar. Allah akan kurniakan bantuan yang kita sendiri tidak akan menyangka.

Jadi kata akhir dari aku, berhati² dalam menjalani kehidupan seharian. Ianya mungkin tidak seindah drama akasia tapi insyaAllah, mungkin ianya secantik iman yang boleh membawa kita ke syurgawi.

p/s: terima kasih pada orang yang membantu aku tanpa tahu masalah yang aku hadapi saat ini. Sangat bersyukur sebenarnya. InsyaAllah, bantuan Allah itu sentiasa ada. Jadi, rajin² ingat Allah kerana itu mungkin salah satu teguran untuk kita yang tengah leka.

Tuesday, December 1, 2015

Masalah itu bukan beban.

Views

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, kita masih lagi mampu bernafas di bumi Allah ini dan dapat menambahkan lagi amal ibadah kita. Takziah buat keluarga Pak Yus (jambu) dan pelakon lagenda kita iaitu mariani yang telah pergi buat selama-lamanya. Pastinya pemergian yang mengejutkan semua. Al-Fatihah buat mereka.

Malam ni, perasaan suram mula menyelubungi hati dan juga fikiran. Hendak ke kanan tidak,hendak ke kiri pun tidak. Hanya membatu seribu bahasa sambil pandangan jauh dilemparkan ke hadapan. Keluhan demi keluhan mula kedengaran. Adakah aku mula menyalahkan keadaan? Entah. Adakah aku mula merungut dengan apa yang terjadi? Mungkin. Hurm...

Rakyat islam di syria, palestin dan sewaktu dengannya pasti tidak pernah mengeluh dengan apa yang terjadi terhadap mereka kerana mereka sentiasa berpegang teguh dengan iman. Iman yang tiada tandingannya. Kita yang sering kali dihujani dengan masalah sebesar kuman pun, tidak dapat selesaikannya dengan mudah. Apatah lagi mahu berhadapan dengan yang besar. Hancur rasanya badan. Mereka yang sering kali menangis duka, sering dihujani dengan peluru dan juga dihimpit kesejukkan tatkala cuba menyelamatkan diri di tengah lautan. Apakah kita sehebat mereka?

Malam ini juga buat pertama kali, aku menangis melepaskan apa saja yang terbuku di hati. Topeng yang aku pakai tidak kira di depan orang atau di depan diri sendiri, terlucut tanpa di pinta. Topeng yang seakan menunjukkan diri aku serba tabah padahal rapuh semata-mata. Tidak tahu pada siapa harus aku layangkan segala luahan yang sudah bertahun-tahun aku simpan. Ianya sangat menyesakkan diri sendiri. Sangat!

Melihatkan pada mereka yang seakan tidak pernah takut pada kematian sering buat aku terasa betapa kerdilnya aku. Mana taknya, aku yang punya masalah sekecil ini pun sudah mula berputus asa dan cuba mengaku kalah. Ah! Malunya. Allah itu sentiasa meletakkan ujian pada hambanya yang mampu untuk menanggungnya. Pastinya ujian itu sememang untuk aku kerna DIA tahu, aku mampu tanganinya walaupun ianya nampak sukar. Di situ letaknya kekuatan iman seseorang itu. Mahu meneruskan langkah ataupun berhenti dan berpatah kembali. Pilihan itu bukan pada DIA tapi kita.

Allahuakhbar!

Terasa leka buat sementara. Leka kerana memikirkan untuk kesenangan di dunia padahal di akhirat itu yang kekal. Allah.. moga Allah setiasa kuatkan hati dan iman aku kerana pastinya apa dilakukan bukan sekadar untuk diri sendiri tapi untuk DIA. InsyaAllah..

p/s: lega betul dapat menangis malam² macam ni 😢😢

Friday, November 6, 2015

Kenapakah wanita itu?

Views

Assalamualaikum semua. Rindu nak menaip jadi apa lagi menerjahlah aku ke sini. Hehe.

Hari ni aku sekadar mahu bercerita. Bercerita kisah yang entah realiti atau fantasi atau hanya aku je yang rasa. Kita selalu dengar, wanita itu lebih mudah matang dari lelaki. Kadang2 ada lelaki yang sudah berumur berpuluh tahun tapi masih bersikap kebudak-budakan. Hm jangan marah aku pula, ini sekadar pandangan sesetengah orang. Lain orang lain pandangannya. Betul? Hehe. Jadi aku pula bagaimana? Sudah matangkah? Belum kot. Haha! Cuma terasa selesa dengan kehidupan sekarang.

Ada seorang rakan sekerja pernah menegur aku, wanita jangan terlalu selesa dengan apa yang dia ada kerana dia tak akan memandang yang lain dan sekadar memfokuskan hidupnya tanpa fikir apa yang akan jadi pada masa hadapan. Aku pernah merasa selesa dan kadang2 hanya datang mainan perasaan takut tapi hanya sekejap. Kemudian lupa.

Mungkin dengan sikap macam ni,ada wanita yang tidak suka membuang masa. Wanita yang kecewa dan perjalanan yang dianggap sia2 jadi dia putuskan untuk melangkah sendiri. Mungkin penat. Ada rakan seperjuangan berseloroh, "baru aku rasa kenapa ada wanita yang tidak mahu berkahwin. Ada 2kemungkinan. Pertama, dia sudah ada semuanya dan kedua, dia sudah penat untuk bercinta". Aku sekadar tersenyum.

Jadi jangan bermain dengan wanita yang sangat berdikari kerana dia banyak benda lain nak fikir selain lelaki. Aku dengar pun macam menakutkan. Haha. Kalau anda berhadapan dengan wanita ini, tunjukkanlah walau sikit kematangan anda itu kalau tak confirm dia rimas.

Apa yang aku merapu pun aku tak tahu. Takde benda nak buat,macam ni la. Jadi siapa yang baca mesti tak faham,apa yang aku cuba sampaikan. Entah la,aku pun pakai taip je. Kalau rajin,korang baca jela. Hilangkan bosan. Hehe. (Sebenarnya merehat otak ni). Segala apa yang aku tuliskan tu sekadar pandangan/pendapat aku sahaja. Tiada kena-mengena dengan yang mati ataupun hidup ye.

Peace,no war!

Sunday, October 4, 2015

Setapak lagi?

Views

Assalammualaikum semua!

Selamat pagi. Moga kita sentiasa sihat dikala jerebu seakan tidak mahu hilang dari menyelebungi kita setiap hari.

Mungkin kita tidak sedar yang sebenarnya ramai yang tidak mahu menghadap pancaroba yang sentiasa terjadi di dunia ni. Tiap ujian hanya akan diberikan pada orang yang mampu untuk menghadapinya tapi tidak semuanya. Pada mulanya seakan tabah tapi terkulai di akhirnya. Dan ada pula yang sangkakan dunia tidak pernah akan berakhir. Mereka buat sesuka hati tanpa memikirkan tentang orang lain. Apa yang penting mereka puas.

Pabila aku baring di atas katil. Benda pertama yang aku akan tenung adalah kipas yang berpusing laju tanpa henti. Dan pabila aku menutup suisnya,kipas yang laju tadi berhenti secara berlahan-lahan. Ya, kipas hanya berhenti jika kita ingin menutupnya. Masa itu beredar dengan cepat tanpa kita sedar. Adakah maut juga dapat dijangka seperti kipas tadi? Pastinya tidak. Maut itu datang dengan tiba-tiba tanpa jangkaan. Ianya umpama kipas berhenti secara tiba-tiba kerana elektrik terputus secara mengejut. Duduklah kita keseorangan dalam kegelapan tanpa dapat berbuat apa.

Aku sudah cukup melihat ragam manusia di dunia ni. Jika aku tidak dapat mengawal hati dan perasaan, aku mungkin ada harapan menjadi gila. Hehe. Mungkin. Kadang-kadang terasa penatnya tidak terkira. Matang itu sentiasa membuatkan aku belajar dari kesilapan. Kesilapan yang aku langsung tidak mahu diulangi. Tapi hampa bila, semakin banyak langkah aku pergi membuatkan aku tidak mahu melangkah lagi. Setiap langkah aku akan sentiasa berhati-hati. Setapak ku di hadapan, aku akan berhenti sebentar dan melihat sekeliling. Risau itu tidak pernah hilang dari kamus hidup aku. 

Aku ni boleh diumpamakan seperti lirik lagu dalam lagu mawi yang bertajuk Al-Nuraa..

Ku imbas kembali sepanjang berjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu,malu aku memikirkan pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan

Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham, masih juga tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diri ku ini
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya dan satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan

Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal tuhan

p/s: Moga aku lebih tabah lagi menjalani kehidupan di hadapan sana.

Saturday, July 11, 2015

Zahra oh zahra

Views

Assalammualaikum semua dan salam subuh. Haa pertama kali aku post di awal pagi macam ni. Hehe. Okey, kita straight to the point jela kan.

Okey, aku pun tak pasti korang dah tengok ke belum video yang tengah viral kat facebook sekarang. Video luahan seorang graduan muda yang masih lagi tercari2 haluan hidup dia di hadapan timbalan perdana menteri kita. Apa yang aku boleh katakan, ucapan yang sangat baik untuk dilauhkan agar kerajaan tahu kepayahan generasi sekarang untuk hidup. Tapi....ada sesetengah orang yang tengok video tu dan salah faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh zahra.

Ya, memang zahra ada menyebut bahawa belajar tinggi itu tak akan membawa kita ke mana2. Bak kata orang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Aku sekarang ni pun mengalami hal yang sama. Punya pengalaman yang sama. Bertukar dari satu kerja ke satu kerja sehingga Allah memberi rezeki di akhir jalan. Aku berjaya mendapat pekerjaan selepas 3tahun tamat pengajian. Lama bukan? Ya, dalam tempoh itu pasti aku pernah kecewa dan juga hampir berputus asa tapi atas dorongan kedua ibu bapa, Alhamdulillah, rezeki itu akhirnya berpihak pada aku. Bila dah kerja, mula fikir pasal aset. Disebabkan aku kerja jauh dari keluarga, aku mula beli kereta. Sewa rumah pun Alhamdulillah, masih lagi ditakok "murah" apabila di kongsi 4orang.

Tahun kedua aku bekerja, ayah menyuruh aku melanjutkan pelajaran. Bermulanya kepayahan yang aku sendiri tak dapat untuk bayangkan. Mesti ada orang cakap, 'dah tahu tak cukup duit, kenapa nak sambung belajar?'. Benar. Disebabkan diploma dulu aku menggunakan pinjaman jadi bila sambung belajar kali ini, aku sekadar menggunakan duit gaji yang sedia ada. Keputusan yang aku buat membataskan aku untuk pulang ke kampung. Alhamdulillah, keluarga faham dan tidak pernah memaksa. Jadi berulang-alik la aku dari batu pahat ke uitm shah alam. Kenapa uitm shah alam? Sebab di situ sahaja subjek itu ditawarkan. Payah, memang payah. Perlu kuatkan hati dari mental dan fizikal. Nak fikir pasal makan lagi, duit minyak, tol dan belanja harian di rumah. Susahnya umpama, kita tak ada kerja langsung sebab ada satu saat, nak makan pun tak cukup duit. Jadi 'ikat perut' tu dah jadi kebiasaan bagi aku.

Hari berlalu satu demi satu. Perihal rumah mula menguasai ruang fikiran aku. Ah! Parah juga ni. Harga rumah seakan meningkat sehingga nak pengsan dibuatnya. Ya, aku cuma mementing aset dari segi keperluan. Harga rumah tidak setanding dengan gaji yang sepatutnya memudahkan golongan seperti aku untuk memiliki sebuah rumah. Ya, bukan mudah. Manja? Memang sesetangah 'orang melayu' dikalangan kita agak manja dan sekadar ingin disuap tanpa perlu usaha.

Untuk pengetahuan semua, bukan itu fokus utama yang diluahkan oleh zahra. Jangan salah faham. Dia cuba luahkan, jika kita yang bergaji ni pun tak cukup untuk menampung hidup dan memiliki aset, apatah lagi orang yang lebih jauh susah dari kita. Orang yang tidak pernah ada pendidikan yang tinggi. Orang yang tidak punya gaji yang besar. Orang yang sekadar tinggal di pondok di pinggir bandar. Bagaimana kehidupan mereka? Itu yang jadi titik noktahnya. Kita sedia maklum, harga barang semuanya naik. Bagaimana golongan ni hidup jika di tangan cuma ada beberapa ringgit sahaja? Aku yang kadang2 menghirup mee meggi pun dah cukup bersyukur, inikan pula mereka yang menelan air liur penuh dahaga dan lapar.

Itu yang perlu kerajaan memandang berat. Dari pandangan aku, PM cum nampak golongan macam kita je jadi dia rasa, dia tak kisah kalau naikkan harga padahal dia tak nampak. Ada orang langsung tak mampu untuk dapatkan itu semua. Macam orang yang viralkan perbezaan gaji part time kita dengan negara lain tu. Gaji sehari pun dapat beli macam2 dah. Gaji part time kat sini? Nak beli apa pun tak boleh. Hehe.

Kesimpulannya, aku faham dengan maksud ucapan zahra tu. Nasihat aku pada zahra, tidak semestinya apa yang kita belajar itu akan jadi penunjuk arah masa depan kita. Usaha dan laluinya dengan tenang tanpa mengharapkan impian kita akan tercapai. Cuma fikir, kita nak dapat kerja itu untuk apa? Untuk jadi kaya atau untuk menjalani hidup di dunia sementara ni? Sebab apa aki cakap macam tu? Sebab aku pun macam tu. Dulu aku ingat, aku akan bekerja dalam bidang yang aku ceburi tapi lain plak jadinya. Akhirnya aku kerja dalam bidang lain, yang tidak ada kena mengena langsung dengan bidang yang aku pelajari dulu. Sebelum senang, susah itu pasti kita akan ketemui dulu sebab tanpa pengalaman susah, kita tak akan hargai apa yang ada di hadapan mata.

Bagi pihak kerajaan pula. Luaskan pandangan mata anda. Jangan terlalu menghabiskan wang untuk ke arah 'kemajuan' sangat sebab kalau maju tapi rakyat miskin nak buat apa? Betul kata orang, yang kaya makin kaya. Yang miskin makin sempit hidupnya. Jangan menperjudikan nasib kami untuk puaskan dan mewahkan kehidupan anda yang sudah cukup makan dan pakai. Amanah dan jujurlah dala. Mentadbir negara supaya rakyat seiring gembira tanpa secalit duka.

Sebelum apa2, aku mohon maaf jika dalam tulisan aku ni ada terkasar bahasa atau menyinggung mana2 pihak. Aku cuma memberi pandangan dan pendapat sahaja. InsyaAllah, moga Allah sentiasa memberi kita cahaya hidayahnya dan juga petunjuk untuk kita terus hidup di bumi-Nya ini. Amin.

Thursday, July 9, 2015

Ramadhan tiba lagi.

Views

Assalammualaikum semua.

Alhamdulillah, ramadhan itu datang lagi. Setelah lama menyepikan diri, baru ada masa nak publish cerita baru dalam blog ni. Tahun ni, tahun kedua aku berpuasa di perantauan dan kali ni ada pengalaman baru aku dapat. Nak kata baru sangat tu tak la sangat sebab sebelum ni pun aku dah ada pengalaman yang sama tapi berbeza situasinya.

Sebelum aku kerja yang sekarang ni, aku pernah kerja kat parkson jadi cashier. Pengalaman kerja masa tu bila masa puasa pernah kena berbuka kat kaunter. Masa tu lengang tapi ada jugak la customer datang nak bayar. Ada sekali tu, aku yang tapau mcd masa tu, tengah seronok makan burger kat kaunter. Tiba2 datang pasangan cina ni datang nak bayar. Diorang jadi serba salah sebab nampak aku tengah berbuka masa tu. Bila nampak diorang datang, aku stop makan tapi diorang kata, "eh takpe, you makan dulu". Aku cuma jawab, "xpe" sambil senyum. Terus dia datang kat aku dan bayar. Jadi bila dah kerja shif macam sekarang aku tak kisah sangat sebab aku pernah kerja kat parkson dari pukul9 sampai la kul11. Lagi penat dari sekarang tapi still rasa seronok.

Lepas aku berhenti kerja parkson, aku kerja kat klinik. Masih lagi kerja shif tapi tak susah macam kerja parkson yang terpaksa berbuka kat kaunter. Kalau kat klinik, waktu berbuka memang akan tutup kejap. Jadi pernah la merasa berbuka kat klinik. Hehe. Lepas tu aku dah dapat kerja opis hour jadi tak merasa la susah dah nak berbuka bagai ni.

Lama jugak la sebelum aku mula kerja kat sini lepas tu kena tukar unit. Dari situ, kembalinya rutin aku kerja shif balik. Hehe. Merasa la kerja shif di bulan puasa dan berbuka kat tempat kerja. Memang imbau kenangan betul. Rindu sangat masa dulu. Rindu kenangan manis la, pahit tu tak payah nak ingat la kan.

Apa2 pun yang penting, mari kita penuhkan amal ibadah kita di bulan yang penuh dengan barakhah ni. Moga segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.. InsyaAllah...

p/s: raya ke empat dah kena naik kerja. Hurm sedihnya 😢😢

Thursday, May 14, 2015

Muhasabah Diri

Views
 



Selamapt pagi semua. Alhamdulillah,kita masih lagi mampu menghirup udara untuk meneruskan hidup yang penuh dengan pancaroba ini. Semalam adalah hari yang mencabar mental dan fizikal aku. Semalam aku kehilangan dompet dan ianya adalah kali pertama terjadi dalam hidup aku. Pernah terjadi pada diri anda sendiri? Agak2 apa yang kita rasa macam tu? Takut, terkejut, semua ada.

Disebabkan ini kejadian pertama buat aku,aku menangis tak terhingga semalam. Meluahkan perasaan pada Ummi dan Ayah. Betapa kecewanya aku pada kelalaian dan kecuaian sendiri. Menangis? Perlu ke nak menangis? Haha. Aku pun malu nak mengaku tapi itulah yang terjadi. Kalau kaya, hilang duit sikit apa la sangat kan. Aku sejenis orang yang mengambil berat dalam semua hal. Aku tahu, dalam dunia ni mana nak cari orang ikhlas. Mungkin hanya dua, tiga orang je dalam dunia ni macam tu.

Dalam masa yang sama,aku masih bersyukur. Ada orang yang menjumpai dompet aku. Alhamdulillah,barang penting semuanya masih ada cuma duit saja tiada. Hm bukan rezeki aku agaknya kerana kebetulan aku baru saja dapat duit agihan atas kemenangan kumpulan aku jadi memang takde rezeki aku untuk guna duit tu. Aku redha. 

Bila difikirkan semula,ujian Allah untuk aku belajar bersabar dan menenangkan hati. Cuba berfikiran waras dan positif. Alhamdulillah,akhirnya Allah berikan kesenangan kepada aku dengan sedikit ujian juga supaya aku sentiasa tidak berprasangka buruk pada orang lain dan bersyukur dengan apa yang aku perolehi. Biasa la,kadang2 kita sebagai manusia ni. Lupa dengan apa yang dia buat sehingga kesannya kembali kat kita balik. Ada orang belajar dari ikhtibar dan ada orang hanya lepas tangan. Apa yang penting,apa yang dia nak sudah berada di depan mata.

Kepada orang tersebut, fikirkanlah apa akibat korang ambil duit tu? Korang tak fikir takut sebab korang tak tahu apa yang akan jadi kat korang pada masa hadapan nanti. Kalaulah kita boleh nampak apa balasan yang kita dapat,comfirm korang nak buat jahat sikit pun korang tak berani tau. Aku pun tak tahu nak halalkan ke atau tak sebab benda ni terjadi pun sebab dari kecuaian aku sendiri. Biarlah Allah je yang tentukan dan aku harap sangat orang tu,kalau dah sedar. Cepat2lah bertaubat. InsyaAllah, Allah Maha Pengampun.

Monday, March 16, 2015

Memaafkan orang itu lebih baik

Views

Assalammualaikum..

Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah s.w.t keran masih memberi kita peluang bernafas di buminya ini. Moga kita sentiasa membuat kebaikan selagi peluang yang diberi masih ada.

Dalam beberapa hari ni,aku mengalami gangguan hati yang aku rasa dah lama dibendung. Bertahun-tahun lamanya. Aku ingat aku dah cukup lega sebelum ni tapi tak sangka,benda yang dah terjadi masih lagi diulang kembali. Betul kata orang,bila kita tidak mempunyai perasaan malu,kita tak akan kisah apa yang kita buat dekat orang lain. Marah tu tetap ada tapi bila aku fikir balik,sampai bila aku nak marah macam ni. Aku sepatutnya terus melangkah tanpa fikir apa yang terjadi. Lagipun aku kan dah biasa mengadap benda2 macam ni. Bukan sekali dua tapi dah terlampau banyak sampai tak cukup jari nak kira.

Aku bukan la seorang pendendam tapi jangan disebabkan aku lembut hati sampai orang sanggup fikir aku ni macam tunggul kayu yang takde perasaan. Aku boleh maafkan atas apa yang dah terjadi tapi bila dah melibatkan keluarga,aku jadi marah. Dah macam takde pendirian plak. Entah la,aku sendiri pun tak tahu apa yang difikirkannya.

Bila dah pendam lama2 macam ni,rasa macam nak luah je semua tapi ye,aku perlu jaga aib orang so cukup la aku luah sikit ni je. Aku bersyukur sangat sebab ada keluarga yang betul2 faham aku. Aku tahu dorang kecewa terutama ummi aku. Terima kasih juga dekat kawan2 aku yang selalu support aku. Bukan senang aku nak hadap sorang2 benda ni. Bak kata orang,luaran nampak okey dalam hati hanya Allah je yang tahu.

InsyaAllah,aku akan terus melangkah ke hadapan tanpa toleh ke belakang lagi. Benda lepas biarlah lepas. Disebabkan benda yang sama jadi,aku dah tak kisah sangat. Aku cuma harap orang tersebut bertaubat la. Kau dah sakitkan hati orang lain dan aku harap kau mohon ampun dari Allah. Aku tak mintak pun kau minta maaf kat aku tapi tula kan,aku harap kau sedar dan jadi matang. Sebab kalau kau masih lagi macam ni,sampai bila2 kau tak akan berubah.

Terima kasih Allah kerana jauhkan aku dari orang yang tidak sepatutnya. Alhamdulillah..😊😊

Friday, February 27, 2015

Kita Juga Manusia

Views
  


Selamat pagi semua! Alhamdulillah, kita masih lagi mampu bernafas di muka bumi ini. Moga kita sentiasa mendapat manfaat dari isi alam dunia yang diciptakan oleh-Nya. InsyaAllah.

Sebenarnya mata aku ni mengantuk sangat. Aku baru je sampai rumah pagi ni dari membawa misi untuk pulihkan pusat sumber Sek. Keb. Limau Kasturi 1 di Gua Musang, Kelantan. Tiga hari aku berada di sana untuk membina kembali pusat sumber yang telah ranap ditenggelami banjir lumpur yang melanda Negeri Kelantan pada akhir tahun lepas. Sedih. Itu saja perkataan yang mampu aku ungkapkan. Melihat rumah yang masih lagi mempunyai kesan lupur pada dinding rumah yang menunjukkan rumah tersebut seratus peratus ditenggelami air.

Friday, January 2, 2015

Bumi turut bersedih

Views
  


Selamat malam semua. Alhamdulillah, kita sudah berada di tahun baru yang penuh dengan sesak nafas, air mata, debaran, perasaan tertanya-tanya dan bla bla bla. Tahun yang baru kita tinggalkan, penuh dengan suka duka yang kita tidak pernah sangka atau jangkakan. Ya, ujian buat kita semua rakyat Malaysia terutamanya.

2014. Tahun yang suram buat kita. Permulaan tahun yang dikejutkan dengan berita kehilangan MH370 yang dalam perjalan dari Kuala Lumpur-Beijing yang masih lagi menjadi tanda tanya hingga sekarang. Disusuli pula dengan berita sedih apabila MH17 yang dalam perjalan dari Amsterdam-Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine. Semua penumpang dan anak kapal maut. Puting beliung sudah sering kelihatan di kedah. Cameron Highland dilanda banjir lumpur. Banjir besar berlaku mengakibatkan kehilangan harta benda dan juga tempat tinggal terutama di kelantan, manik urai, kuala kangsar dan juga johor. Tidak lupa juga penutup tirai kita, iaitu kehilangan pesawat QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya-Singapura telah terjawab apabila pesawat itu terhempas dan semua penumpang dan anak kapal maut.

Sedih? Ya, sangat sedih bila mengenangkannya kembali. Selepas satu, satu musibah menimpa kita. Ujian buat kita. Ambil pengajaran dalam setiap ujian yang kita hadapi. Jangan pandang setiap ujian itu dengan sebelah mata sahaja. Kita yang masih hidup ini hendaklah sentiasa bersyukur. Kembali kepada paksi yang asal. Jika tergelincir, anda masih ada masa untuk memperbetulkannya kembali. Jangan menyesal dikesudahan hari.

Ucapan takziah untuk keluarga yang ditimpa musibah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Moga mereka tabah dalam menjalani kehidupan seterusnya. Dan sentiasalah kita panjatkan doa moga negara tercinta kita ini dijauhkan dari hasat dengki orang dan musibah yang mungkin boleh memberi padah pada negara kita. InsyaAllah...

Selamat Tahun Baru 2015. 
Moga hari-hari yang mendatang memberi makna kepada kita semua. 
Amin...