Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Saturday, December 24, 2011

Yes!! (Cerpen : Hidayah)

Views
Akhirnya dapat jugak aku menatap wajah labtop setelah berbulan dan berhari2 mengadap samsung tab yang kecik tu..hehe.. actuallly setelah berhari jugak la aku tak post cerita kat FikrahIslam akhirnya dapat jugak aku idea pastu terus aku post. Idea betul2 spontan dan aku buat kat opis. Bukan senang nak buat kat opis tu, yela kan..ada je mata yang memandang dan aku ni jenis pemalu. aku tak boleh la bila orang tengok aku tengah mengarang. risau idea hilang..hehe..so meh aku tunjukkan cerpen untuk kali ni. ianya pengajaran untuk aku dan kita semua. harap semuanya boleh la terima cerita aku ni yer sebab yang pastinya, baik itu datang dari-NYA dan yang buruk tu datang dari aku..



HIDAYAH

Tepat pukul 9pagi, Aini bergegas memasuki bilik kemudian keluar kembali. Kali ini dia membawa bersama beg yang dipenuhi dengan pakaian. Hari ini dia akan kembali semula ke Kuala Lumpur apabila cutinya sudah berada dipenghujungnya. Puan Salmi hanya memandang anaknya sambil tersenyum. Anak bongsu yang paling dia sayangi dan yang paling dia hormati. Kenapa? Kerana anak bongsunya itu lain dari yang lain. Pendiriannya yang tinggi membuatkan anaknya itu berani untuk mengambil keputusan untuk berubah sedari umur 10 tahun. Dia juga terkejut dengan perubahan yang dilakukan oleh anaknya itu membuatkan dia termalu sendiri. Dia yang sudah bertahun-tahun hidup pun masih belum berubah ke tahap yang lebih baik.

“Cantik kalau mak pakai tudung macam ni, lebih sopan”, puji Aini apabila emaknya itu mengenakan tudung labuh yang dibelinya sempena hari jadi emaknya itu. Puan Salmi hanya tersenyum kelat, dia agak terasa dengan teguran seperti itu. Akhirnya tudung itu hanya dijadikan hiasan di dalam almarinya. Aini tidak berkecil hati dengan tindakan emaknya itu, dia tidak mahu memaksa.

Sampai sahaja di perhentian bas, mereka sekeluarga meluru ke bas yang sudah sedia menunggu. Tiba-tiba telefon bimbit Aini berdering. Nama Haiza terpapar di skrin telefon membuatkan Aini tersenyum lebar terus menyambut panggilan kakak kesayangannya. Walaupun mereka berbeza pendapat dan pandangan, mereka tidak pernah berenggang ataupun bercakaran. Aini tetap menghormati kakaknya itu, begitu juga sebaliknya walaupun Haiza tidak dapat menerima perubahan adiknya itu.

“kau naik bas pukul berapa?” tanya Haiza apabila Aini baru saja menekan punat hijau.

“Assalammualaikum kak..Aini dah nak naik bas la ni. Akak jangan lupa ambil Aini tau”,

“Eerr wa’alaikummussalam..haa okey,nanti dah nak sampai bagitahu la ye”, Haiza agak terkejut dan malu dengan tindakannya tadi.

“Yela,nanti Aini bagitahu ye..assalammualaikum”,

“Wa’alaikummussalam”, talian terputus. Bukan sekali ini dia termalu dengan tindakannya tapi sudah banyak kali. Kadang-kadang dia berkecil hati dengan Aini yang sengaja mencari kesalahannya. Sesekali muncul rungutan di hatinya. Dia yang merasa garam dahulu sebelum Aini, dia yang mengenal dunia sebelum Aini dan dia juga mengenal huruf serta agama sebelum Aini jadi perlu ke adiknya itu mengingatkan semua perkara sedangkan dia sendiri sudah tahu tentang hal itu.

“Akak yang makan garam dulu. Apa yang kau tahu, akak dah pun tahu”, Aini hanya tersenyum apabila tegurannya mendapat tentangan dari Haiza.

“Kalau akak tahu, kenapa akak tak lakukannya?” terdiam Haiza buat seketika.

“Itu hak akak, tak perlu la kau nak ambil tahu. Berubah ataupun tidak, itu keputusan akak”, kata Haiza, agak keras bunyinya.

“Jika esok nyawa sudah tiada, adakah akak masih mempunyai hak untuk membuat keputusan?”, lidahnya kelu. Tidak dinafikan Aini sedang berusaha untuk mengubah cara hidup keluarganya tetapi entah kenapa dia langsung tidak dapat menerima langsung teguran adiknya itu. Adakah kerana dia lebih tua jadi tidak sepatutnya Aini yang lebih muda menegurnya?

Perlahan-lahan Aini melangkah menaiki tangga bas. Lambaian emak dari luar bas sangat menyayatkan hatinya. Bas bergerak perlahan, meninggalkan perhentian bas tersebut. Apabila bas sudah berada di atas highway, dia mengeluarkan alat pemain muzik. Diletakkan earphone dia telinganya dan menekan butang play. Alunan ayat-ayat Al-Quran amat meruntunkan hatinya sehingga dia memejamkan mata untuk menghayati tiap bait ayat tersebut. Mulutnya terkumat-kamit mengikut bacaan.

Baru saja Puan Salmi menjejakkan kaki di rumahnya, telefon rumahnya berdering. Pantas kakinya berlari untuk menyambut panggilan tersebut. Suara Aini lembut kedengaran di corong telefon. Senyumannya terukir.

“Kenapa sayang, ada barang tertinggal ke?” tanya Puan Salmi ingin kepastian.

“Bukan..bas yang Aini naik tadi kemalangan. Aini ada kat hospital ni, mak jangan la risau. Aini tak ada apa-apa, cuma luka sikit je”, terkejut Puan Salmi menerima khabar tersebut. Anaknya itu tidak menunjukkan dia dalam ketakutan tetapi hanya tenang menyampaikan berita tersebut.

“Mak datang sekarang ye” tanya Puan Salmi. Suaranya agak menggeletar, risau dengan keadaan anaknya itu. Dia bergegas ke hospital. Pada masa yang sama, telefon Haiza juga berdering. Haiza mengangkatnya tanpa melihat pemanggilnya.

“Akak, Aini kemalangan ni. Aini ada kat hospital ni. Akak jangan la risau, Aini tak ada apa-apa pun, cuma luka sikit je”, kali ini Haiza pula yang mendapat kejutan. Khabar yang tidak disangkakannya amat merisaukannya. Haiza juga bergegas pulang ke kampung untuk melihat keadaan adiknya itu.


*****

“Maaf cik..anak saya Aini, dia baru saja mengalami kemalangan pagi tadi. Dia bilik mana ye?” tanya Puan Salmi di kaunter pertanyaan.

“Sebentar ye puan”, jawab gadis itu. Puan Salmi hanya melihat telatah gadis itu berbicara dengan seorang doktor dan doktor itu kemudiannya menghampirinya.

“Puan mari ikut saya”, kata doktor tersebut. Puan Salmi agak pelik dengan situasi tersebut tetapi tidak pula bertanya. Dia hanya mengikuti langkah doktor tersebut. Suasana ruangan yang dia lalui amatlah meresahkan hatinya, degupan jantungnya berdegup agak pantas.

“Bilik mayat? Eeerrr doktor, ni bilik mayat. Doktor silap ni, anak saya kata dia hanya cedera ringan”, doktor hanya mendiamkan diri dan mempersilakan Puan Salmi memasuki bilik tersebut. Angin sejuk terus menerpa ke seluruh anggota badannya. Meremang bulu romanya buat seketika. Dari jauh dia nampak sebujur tubuh yang ditutupi kain putih, hatinya makin berdebar. Persoalan yang berlegar di fikirannya tadi hilang entah ke mana, persoalan yang timbul sekarang adalah mayat siapakah itu. Doktor menyelak kain tersebut perlahan. Kaki menggeletar dengan tiba-tiba, jantung hampir luruh apabila melihat mayat itu adalah anaknya iaitu Aini.

“Tak mungkin doktor. Dia sempat telefon saya tadi yang dia tak apa-apa,cuma luka ringan saja. Macam mana boleh jadi macam ni?” diajunya soalan yang membuatkan dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang.

“Dia telefon? untuk pengetahuan puan, Aini meninggal di tempat kejadian jadi mustahil dia boleh membuat panggilan”, sekali lagi Puan Salmi terkejut dengan perkhabaran itu. Apa yang sudah terjadi? Dia yakin, Ainilah yang membuat panggilan tadi.

“Apa, Aini meninggal! macam mana boleh jadi macam tu. Tadi Aini ada call, dia cakap dia okey je”, Haiza yang sedang memandu terdiam apabila emaknya memberitahu bahawa Aini telah meninggal dunia di tempat kejadian. Haiza tidak percaya, dia membelek kembali handphonenya dan melihat kembali waktu Aini membuat panggilan tetapi tidak dijumpainya. Apa sudah jadi ni? Dia jadi hairan, Aini memang ada membuat panggilan tapi kenapa tiada di dalam handphonenya. Tanpa Haiza sedari kereta di hadapannya memberhentikan kereta dengan tiba-tiba mengejutkannya tetapi segalanya sudah terlambat. Dia tersepit dan terkulai di stereng keretanya. Orang ramai mula menghampirinya untuk memberi bantuan. Matanya mulai kabur.

“Jika esok nyawa sudah tiada, adakah akak masih mempunyai hak untuk membuat keputusan?”, suara adiknya kedengaran. Airmatanya mengalir.

“Ya Allah”, itu saja yang mampu diungkapkannya.



“Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Mahamulia lagi Maha Pengampun” (QS Al-Mulk [67]:1-2).1


nak "like" atau "share"..sila klik DISINI

p/s :  bak kata orang,malang tidak berbau jadi janganlah jadikan usia atau pengalaman itu sebagai satu cara untuk kita berlagak atau menidakkan nasihat/teguran orang lain. kita sesama islam ni sentiasa la kena tegur-menegur,tak kira usia. yang tua janganlah cepat melenting bila yang muda menegur dan yang muda pula jangan menegur dengan cara yang kasar. Allah tidak pernah menyusahkan umatnya jadi carilah jalan untuk memudahkan kemudahan yang telah Allah berikan yer..peace no war!!

No comments: