Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, January 2, 2015

Bumi turut bersedih

Views
  


Selamat malam semua. Alhamdulillah, kita sudah berada di tahun baru yang penuh dengan sesak nafas, air mata, debaran, perasaan tertanya-tanya dan bla bla bla. Tahun yang baru kita tinggalkan, penuh dengan suka duka yang kita tidak pernah sangka atau jangkakan. Ya, ujian buat kita semua rakyat Malaysia terutamanya.

2014. Tahun yang suram buat kita. Permulaan tahun yang dikejutkan dengan berita kehilangan MH370 yang dalam perjalan dari Kuala Lumpur-Beijing yang masih lagi menjadi tanda tanya hingga sekarang. Disusuli pula dengan berita sedih apabila MH17 yang dalam perjalan dari Amsterdam-Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine. Semua penumpang dan anak kapal maut. Puting beliung sudah sering kelihatan di kedah. Cameron Highland dilanda banjir lumpur. Banjir besar berlaku mengakibatkan kehilangan harta benda dan juga tempat tinggal terutama di kelantan, manik urai, kuala kangsar dan juga johor. Tidak lupa juga penutup tirai kita, iaitu kehilangan pesawat QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya-Singapura telah terjawab apabila pesawat itu terhempas dan semua penumpang dan anak kapal maut.

Sedih? Ya, sangat sedih bila mengenangkannya kembali. Selepas satu, satu musibah menimpa kita. Ujian buat kita. Ambil pengajaran dalam setiap ujian yang kita hadapi. Jangan pandang setiap ujian itu dengan sebelah mata sahaja. Kita yang masih hidup ini hendaklah sentiasa bersyukur. Kembali kepada paksi yang asal. Jika tergelincir, anda masih ada masa untuk memperbetulkannya kembali. Jangan menyesal dikesudahan hari.

Ucapan takziah untuk keluarga yang ditimpa musibah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Moga mereka tabah dalam menjalani kehidupan seterusnya. Dan sentiasalah kita panjatkan doa moga negara tercinta kita ini dijauhkan dari hasat dengki orang dan musibah yang mungkin boleh memberi padah pada negara kita. InsyaAllah...

Selamat Tahun Baru 2015. 
Moga hari-hari yang mendatang memberi makna kepada kita semua. 
Amin...