Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Thursday, November 3, 2011

Cerpen : Peringatan

Views
Sedari tadi mataku masih lagi menumpukan perhatian pada setiap kerja ku. Melihat masih ada kerja yang belum diselesaikan, aku mengeluh kecil. Pantas aku memandang keluar yang kebetulan meja ku bersebelahan dengan pintu kaca. Hujan masih lagi turun, mendinginkan lagi suasana. Aku memeluk tubuh, cuba menghangatkan tubuh. Pandangan ku lempar ke luar sepenuhnya tanpa sedar akan kehadiran Intan, rakan sekerja ku.

"Panjang menung kau?" , tegurnya mengejutkan aku. Lantas senyuman pantas terukir. Aku membetulkan kedudukan ku lalu berhadapan dengannya.

"Takde apa la, seronok plak tengok hujan turun. Rahmat Allah kan", kata ku sambil Intan turut memandang ke luar.

"Memang rahmat Allah dan juga bencana", lain benar bunyi nada Intan dipendengaran ku. Dahi ku kerutkan, kurang faham dengan maksudnya.

"Apa maksud dengan kata-kata kau tu?", tanya ku sepantas kilat. Risau aku akan diselubungi dengan pemikiran negatif.

"Rahmat Allah menurunkan hujan untuk memberikan air kepada tanaman dan juga keadaan yang dingin serta selesa ini tapi kita sebagai manusia kena sentiasa ingat dan takut. Setiap rahmat yang dia turunkan ada peringatannya", dahi ku makin dikerutkan. Masih tidak faham dengan maksud Intan itu. Intan hanya tergelak kecil melihat gelagat ku.

"Peringatan untuk kita bersyukur dengan setiap apa yang kita terima dari-Nya, jika tidak perkara yang kita terima akan menjadi bencana buat kita", aku mengangguk perlahan, mulai faham.

"Contoh?" , Intan memandangkan ku kemudian memandang hujan yang semakin lebat.

"Hujan tu, jika dipandang secara positif ianya hanya sekadar hujan yang memberi minuman pada tiap tumbuhan, haiwan dan manusia. Sentiasa sejuk dan mendung. Melembabkan bumi kita ni tapi pernah ke kita terfikir, air hujan yang kecil dan sejuk tu mampu membinasakan kita. Terjadilah banjir, tanah runtuh dan bermacam-macam lagi. Kenapa boleh jadi macam tu? Itu peringatan Allah untuk umatnya yang sedang leka dengan dunia", mataku yang terpaku agak lama pada wajah Intan dialihkan pada hujan yang sudah mulai reda. Terdetik di hatiku, adakah aku bersyukur? Adakah aku sentiasa beringat dengan setiap apa yang aku lihat? Hujan, angin , matahari dan tanah dalam sekelip mata, terjadinya banjir, ribut, kemarau dan gempa bumi. Ah! aku baru tersedar. Baru saja aku ingin membuka mulut untuk katakan sesuatu, Intan sudah tiada di tempatnya.

"oi sudah la termenung tu, jom balik", senyuman ku makin lebar apabila mendengar jeritan Intan. Aku hanya tersenyum, moga aku menjadi umat yang tabah supaya dapat aku harungi peringatan yang akan Allah berikan suatu hari nanti. Beranikah aku?


~TAMAT~

p/s : persediaan itu penting jadi bersedialah dan berjaga-jagalah, Allah akan sentiasa memberi peringatan kepada umatnya, cuma kita ni sedar tak sedar je..hehe..sebenarnya kita sedar tapi tak pernah nak ambil peduli. Bila dah kena barulah menyesal..:p
Post a Comment