Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Thursday, November 21, 2013

Pabila masanya telah tiba.

Views
  



Selamat pagi semua. Apa khabar semua? Diharap semuanya dalam keadaan baik dan sihat walafiat. Amin. Memandang sekarang tengah hangat pasal pemergian seorang pelajar yang dengan tiba-tiba mengejutkan kita yang mungkin masih lagi dalam keadaan bermimpi di siang hari. Ahmad Ammar. Ya, aku pun tak kenal siapa dia dan aku pun tak boleh nak bercerita apa pun tentang dia. Apa yang aku boleh cakap sekarang adalah, aku sangat cemburu dengan dia. Ya, sangat cemburu. Dia sangat bertuah sebab dapat aturan hidup sebegitu rupa. Kita tak bertuah ke? Bertuah tapi kita tak gunakan peluang yang ada. Allah telah menggerakkan hatinya untuk keluar dari zon selesa  untuk menimba ilmu dan membantu saudara islam. Umur dia berapa? Ah! Baru 20 tahun. Bertambah cemburu aku.

Aku selalu fikir yang aku sedang dalam keadaan kesuntukan masa. Aku sentiasa nak buat sesuatu perkara jika peluang ada di depan mata tapi disebabkan ayat ini, "Ala kau jangan risau, kau muda lagi. Banyak lagi peluang kat luar sana". Mudah pemikiran mereka. Ya, memang perlu berfikiran terbuka dan positif tapi tahukah kita apa yang terjadi setiap minit selepas ini? *geleng kepala*. Kita tak boleh serahkan sebulat-bulatnya hanya kepada Allah. Di atas kain putih, kita yang akan corakkannya barulah Allah yang akan tentukan. Dimanakah usaha kita untuk melangkah ke hadapan? Nak tunggu tua baru usaha sehabis mungkin? Aku hanya pandai dalam berkata-kata bukan? Adakah aku juga bertindak? Aku juga seperti kalian, masih lagi dalam keadaan mamai. Masih lagi menunggu seseorang untuk *memukul* dan menyedarkan aku dari lena yang panjang dan masanya telah pun tiba. Mata yang hampir tertutup kini mulai celik-seceliknya.

Peluang itu sentiasa datang tanpa jemu tapi kita je yang nak taknak untuk menyambutnya. Rugikan kita? Tak cuba usaha untuk merebut peluang yang datang tanpa dicari. Bertuah kita sebenarnya tapi kita sendiri tak nampak. Kita nampak orang lain bertuah tapi kita sebenarnya yang lebih bertuah kerana peluang itu datang berkali-kali. Sayang benar Allah kepada kita. Tak gitu? Adik Ammar bertuah sebab merebut peluang dalam satu nafas dan terus bertekad. Kita? Masih lagi berfikir-fikir. Masih lagi ragu-ragu, bukan? Berubah secara perlahan itu lebih baik dari tak berubah langsung kan?

Jangan menyesal bila malam ni kita tidur dan keesokkan paginya pabila celik mata, kegelapan yang akan menyambut kita. Rasa takut tak? Mesti dalam hati menjerit, "aku taknak mati lagi". Sangat menggerunkan. Aku sebolehnya, setiap hari aku akan buat semua perkara dengan sebaik mungkin supaya di kemudian hari tiada penyesalan buat aku. Aku jadikan hari ni dan setiap hari adalah hari-hari terakhir aku sehingga aku dijemput oleh-Nya. Bukan aku meminta tapi aku cuba bersedia. Bersedia bertemu dengan Maha Pencipta dalam keadaan sebaik mungkin. Dulu aku takut bila sebut mati tapi rasanya sekarang ni tak dah kot. Berusaha buat yang terbaik moga tiba masanya, aku juga ingin tersenyum di akhirnya. InsyaAllah....


p/s : Al-Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Ammar dan takziah buat keluarga beliau. Moga dia ditempat dikalangan orang2 yang bertaqwa yang menuju ke syurga. Kagum dengan anak muda ini. Moga dia di jadikan inspirasi kepada anak muda zaman sekarang. Guna peluang yang ada dengan bijak. Jangan asyik pergi Villa Nabila je..huhu!

Monday, November 11, 2013

Ke'busy'an & Ke'tired'an

Views
  



Selamat hari isnin semua!! Hari yang dipenuhi dengan kebluran yang melampau sebenarnya. Bagi aku la kan yang dah lama sangat tak menapak kat dalam opis ni. Eh pergi mana? Baru-baru ni memang aku agak sibuk dengan aktiviti luar opis. Jadi meh la aku cerita aktiviti yang aku jalani dalam beberapa bulan ni. Cerita yang aku usaha pendekkan dan InsyaAllah tak ada yang tertinggal satu huruf pun. Complete dari A sampai Z. Yela, memandangkan labah-labah terover suka buat sarang kat blog aku ni, biar cerita aku kali ni nampak panjang skit. Jadi silalah rajinkan diri anda tu untuk membaca dengan penuh kesabaran ye. Haha!

Okey, pada 21hb September lepas telah berlangsungnya Konsert 20tahun Uni aku. Haa gempak gitu, siap ada konsert kan. Agak besar jugak perbelanjaan yang dikeluarkan dan bukan saja pada pandangan aku, korang pun akan kata benda yang sama kalau mendengar jumlah yang telah dihabiskan hanya dalam satu malam saja. Membazir. Yup, sangat membazir tapi apakan daya aku. Aku ni staf biasa je dan tak mampu nak memutuskan sebarang keputusan pun. Maafkan aku sebab aku tak boleh nak keluarkan jumlah tersebut. Bak kata orang, rahsia kerajaan. Haha! 

Malam tu ada persembahan hebat dari Orchestra NUS (National University of Singapore). Sangat hebat. Kagun aku, sampaikan aku 'ada hati' nak join orchestra padahal alat muzik pun tak reti nak main. Ada hati la sangat kan. Haha! Tapi itu bukanlah topik utamanya. Haa kehadiran Anuar Zain dan Alya yang menghangat pada malam tu. Jadi pastinya anda boleh bayangkan berapa banyak Uni aku dah berhabis pada malam tu jika melibatkan penyanyi tersohor tanahair. Tersohor ke? Teettttt!! 
 
 

Wednesday, September 18, 2013

Dah setahun?

Views
  



Selamat tengahari semua! Selamat menyambut Hari Malaysia walaupun dah lepas. Hehe. Seronok jugak bila dapat cuti direct ni. Sempat la aku jumpa family. Penat. Tak duduk diam aku, asyik berjalan je kerjanya.

Owh aku pun baru perasan yang aku dah lama tak hapdet aku punya blog. Biasa la, kemalasan sudah pun melanda. Aku tak mampu untuk menolaknya. Huahuahua. Apa yang dah setahun? Alhamdulillah, hari ni genaplah setahun aku menetap di bumi Batu Pahat, Johor. Rasa macam tak percaya plak. Masa berlalu tanpa aku sedar langsung. Walaupun setahun tu dengarnya macam pendek tapi dah banyak peristiwa terjadi. Sedih, gembira, gelisah, semuanya aku dah rasa. Itulah asam garam bila kat negeri orang kan? Aku pun tak banyak cerita sangat bila stay kat sini sebab tu aku biarkan labah-labah membuat sawang dengan sesuka hati mereka. Hanya cerita gempak je yang akan aku pamerkan, yang remeh-temeh tu aku rasa diketepikan dulu. Eh entri ni pun hal remeh-temeh jugak, apsal publish? Ekelleh, kecik hati aku. Haha.

Apa-apa pun tahniah buat pasukan Harimau Muda yang telah berjaya merangkul juara di Pesta Bola Merdeka dengan mengalahkan Myanmar 2-0. Hebat! Sangat Hebat. Kebetulan masa final tu aku kat rumah akak aku jadi boleh la aku ngadap bola di astro arena. Rugi la tak pergi Pahang erk. Hehe. Apa-apa pun Datuk Rajagopal patut tengok perlawanan malam tu. Jangan terlalu suka tonjol pemain hebat je, kadang-kadang pemain simpanan tak kurang hebatnya. Nak buat eskperimen pun pastikan ianya melibatkan semua ahli. Bukan sekadar pemain yang sudah ada nama tapi bila main, hampeh! Dia patut lebih bijak mengawal dan tahu di mana kelemahan para pemainnya. Jangan main terjah je. Eh eh..dah lari topik ni. Ops! Sorry......
 
Ni baru je setahun. Aku nak kena duduk sini sampai pencen tahu! Aisehmen terover plak. Hehe. Aku harap semua berjalan dengan lancar. Lepas ni makin banyak lagi komitmen yang aku kena fokuskan. Tiba-tiba terasa takde masa untuk aku meneropong siapakah "si dia" itu. InsyaAllah, moga Allah tunjukkan petanda buat aku. Tidak kira hadirnya itu dalam keadaan gopoh-gapah ataupun secara beradap-sopan. Ummi aku dah start buka topik tapi aku tak endahkan. Kalau orang lain risau dan sentiasa fikirkan tentang aku, inikan pula tuan empunya badan. Risau itu sentiasa ada tapi masanya belum lagi tiba. Doakan ye sahabat. 
 
Sampai di sini saja nukilan aku untuk kali ini. InsyaAllah, panjang umur pasti ketemu lagi. Peace, no war!!


Tuesday, September 3, 2013

Ada apa dengan 20sen?

Views
  
Selamat petang semua. Dah makan tengahari ke? Aku? Erm diet. Hahaha.....
Pastinya semalam ramai rakyat Malaysia khususnya orang dewasa (comfirm la orang dewasa kan,tak kan la budak2 kecik nak join skali kot) sakit hati, sakit jiwa, sakit jantung dan sewaktu dengannya bila PM kita baik hati dan pemurah tu umumkan minyak naik. Yeaaa!!! Semalam dah start pesta dengan besar-besaran di stesen minyak seluruh negara. Hebat PM kita. Grrrrrr........

Ada apa dengan 20sen? Ada orang marah-marah padahal 20sen je. Ada apa dengan 20sen? Kita yang kaya, berharta, ada kerja ni tak akan fikir pun pasal 20sen ni. Ala hal kecik jela. Kalau 20sen hilang pun buat tak tahu ataupun tak kisah. Betul kan? Tapi pernahkah kita fikir 20sen tu sangat berharga pada mereka yang tidak semampu kita, yang tidak setuah kita. Meh baca ayat ni. Aku rasa ni cantik sangat. Baca dan fahamilah tapi sorry la sebab aku pun kopi dan teh je kan. Hahaha....


Azlina Hasan

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

# akhirnya ada bicara yg luah apa aku rasa. terima kasih!
oh kesian pada yg mereka yg tak sudah bicara "bersyukurlah dgn keamanan yg Malaysia ada." heyyyyy, ko tahu tak bersyukur tu ape?! dan ko yakin sgt ke Malaysia ni aman even jenayah sini sana... tembak menembak mcm dah kat SIAM dah?! bukaklah mata... jgn bercakap pakai voucer BRIM!

Monday, September 2, 2013

Kita berkata. Mereka bertindak?

Views
  


Selamat pagi semua. Setelah beberapa minggu takde entri, akhirnya hari ni aku ambil keputusan untuk tulis sesuatu yang sangat menarik perhatian aku. Mungkin kita tidak perasaan tapi mungkin juga perasaan, atau mungkin kita tidak mahu ambil tahu. Nak tunjuk hebat? Mungkin. Tapi sebelum aku memulakan penulisan aku ni, aku minta maaf jika ada perkataan yang kasar atau mengguris pihak2 yang tertentu. Aku takde niat nak sakitkan hati sesiapa pun, cuma hairan dengan sikap sesetengah orang ni.
 

Seperti sebelum2 ni, isu Palestin, Syria, Rohingya dan terbaru Mesir tidak pernah malap dari pentas dunia. Bukan setakat Blog tapi MukaBuku dan Pengicau penuh dengan kata2 yang cuba melawan anasir2 yang jahat lagi kejam itu. Ayat yang sering diajukan adalah "Dimanakah saudara2 kita yang lain?". Ianya boleh dikatakan soalan wajib. Baru beberapa hari saja kita baru menyambut Hari Merdeka dan ia dikatakan pentas pertunjukkan "barang hiasan" kita. Kapal Selam pun dikatakan "stok" semata-mata. Jangan berbicara soal dahulu kala kerana tahap kehebatan kita tidak setaraf dengan mereka yang sanggup berjuang mati-matian walaupun dengan ahli yang sedikit untuk menyelamatkan islam yang satu. Ada apa dengan kehebatan kita? Hanya mampu berkata2 atau mengarang panjang2 di dalam blog saja (macam yang aku tengah buat sekarang ni). Update segala status yang ada ataupun share segala maklumat dan kita hanya mampu kata. Ya Allah, kejamnya mereka (perkara yang aku lakukan juga).

Thursday, August 15, 2013

Dugaan di hari raya

Views
  


Selamat pagi semua. Apa khabar,sihat? Aku? Alhamdulillah,sihat. Cuma hari raya kedua aku diserang sakit perut bertubi-tubi. Nak kata banyak makan sangat rasanya biasa2 je. Apa2 pun masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya semua! 

Dalam kegembiraan yang disambut oleh semua umat islam,kita dikhabarkan tentang pergolakan yang makin menjadi-jadi di Mesir. Aku tak mampu nak cakap apa,cuma doa saja yang aku sampaikan. Moga mereka sentiasa kuat dan tabah. Itulah yang dinamakan "menikam dari belakang". Ya,mereka hanya berani ketika 'berperang' dengan orang yang tidak bersenjata. Mereka patut malu. Menyerang ketika umat islam sedang khusyuk melakukan solat. Menyerang secara tersembunyi. Entah datang dari mana peluru yang tiba2 menembusi ruang kepala. Astaqfirullahhal'azim.........Tak mampu aku tengok mereka yang terkorban. Kejam!

Dalam pada itu juga aku juga dikhabarkan tentang tahap kesihatan seorang sahabat aku. Dia baru saja melahirkan seorang bayi lelaki tetapi masih belum cukup bulan jadi bayinya masih lagi di bawah pengawasan doktor. Sudah la bayinya masih lagi di tahap bahaya, dia pula disahkan mempunyai tumor di kepala dan dikenhendaki melakukan pembedahan dengan secepat mungkin. Ya,aku tergamam sebentar ketika berita itu disampaikan. Siapa sangka,seorang gadis kecil dan ceria tiba2 menghidapi penyakit tersebut. Malam tadi tidak henti2 kami berbalas mesej. Tiap kali mesej dia muncul,tiada ayat yang mampu untuk aku menenangkannya. Ya,aku hanya mampu berkata tapi dia yang menanggung. Rasa macam tak layak langsung untuk bagi dia semanga.
 
Dua berita yang sangat meruntunkan hati dan perasaan aku tatkala yang lain tengah seronok melayari Syawal yang diraikan selama 'sebulan' ini. Ajal dan maut tu sentiasa ada di hadapan mata cuma tunggu masa dan waktunya saja. Jika sudah tiba,menyesal pun tidak berguna dan masa tidak mungkin berpatah kembali.
 
 
Mari tingkatkan iman dalam diri. InsyaAllah,bukan untuk anda saja tapi diri ini juga kerana sering alpa dan juga terleka. Terleka dengan dunia yang sementara.
 
p/s : Takutnya aku pada kematian. Ada apa pada kematian? Kematian yang akan menentukan kita akan menduduki syurga ataupun neraka. Itu saja? Tidak. Moga kita jadi kesayangan-Nya. Kesayangan siapa? Kesayangan Allah S.W.T.. Amin.......

Tuesday, July 30, 2013

Selamat Hari Jadi!

Views
        
 
 
Hari ni 30 Julai 2013 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1434. Alhamdulillah,aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-Nya ini. Segala kesyukuran aku panjatkan kepada-Nya. Moga diampunkan dosa dan sentiasakan tetapkan hati aku untuk sentiasa beristiqomah menuju ke jalan-Nya. Terima kasih pada yang wish kat aku. Sayang korang sangat2. Aku harap hari2 yang mendatang lebih menggembirakan aku. Moga aku akan jadi anak dan hamba yang solehah. Doakan aku. Mohon diberi ketabahan dan kesabaran dalam menjalani segala ujian-Mu. Moga ketemu dengan seseorang yang dapat memeriahkan lagi keluarga ku. InsyaAllah......


Monday, July 22, 2013

Yang Terakhir kali

Views
   





Selamat pagi semua. Alhamdulillah,syukur kerana masih lagi bernafas dan dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketenangan. Jangan lupa, doakan saudara2 kita yang berada di sana. Moga mereka kuat dan terus tabah. InsyaAllah, doa kita pasti akan mengiringi mereka berjuang untuk menegakkan agama yang suci ini.

Sekarang ni aku menaip dalam keadaan yang tidak tentu arah. Aku pun malas nak imbau kenangan lama sebab kenangan tu telah dihapuskan begitu saja tanpa berfikir terlebih dahulu. Kenangan yang sering menyakitkan hati bila difikirkan. Mungkin ini kali terakhir untuk aku bicarakan soal ini.

Komuniti ILuvIslam. Setelah lama nama itu tidak meniti di bibir aku, kali ini aku cuba kuatkan hati untuk menyebutnya. Terasa sakit hati tatkala berbicara soal ini. Apa yang dia fikirkan selama ini? Apa yang cuba dia tonjolkan? Apa sebenarnya niat dia? Sekadar mempermainkan perasaan orang? Hebat! Itu saja yang mampu aku katakan. Lepas satu, satu tindakan yang dia lakukan. Kalau rasa tidak yakin dengan apa yang dilakukan, jangan lakukan langsung. Tahukah dia, beratus-ratus harapan musnah hanya dengan sekelip mata? Gembirakah dia? Mari kita bertepuk tangan. Marah? Tidak. Mungkin kecewa. Kecewa dengan sikap yang langsung tiada hormat dan tidak profesional. Dia dah berjaya. Ya, Allah mengizinkannya berjaya. Kerana apa? Kerana adanya kami. Kerana adanya niat untuk mengubah generasi baru. Apa akhirnya? Dia sendiri yang keluarkan cahaya dan dia sendiri menggelapkannya. Tepuk tangan lagi sekali. Ingin saja aku memerlinya. Ingin saja aku ajukan bermacam-macam soalan di MukaBukunya. Kenapa? Mengapa?

Kejayaan apakah yang dia pegang sekarang ini? Kejayaan apa! Astaqfirullah'alzim. Ya, aku sudah melampaui batas. Kenapa? Tanyakan padanya kenapa? Pasti dia juga tiada jawapannya. Benar. Tiada jawapannya. Aku berterima kasih kerana Allah telah menjadikan dia sebagai orang tengah untuk aku menuju ke jalan-Nya. Dulu, doaku hanya untuk dia. Dan kali ini, aku harap dia dapat bergerak dengan doa yang mungkin dapat mencelikkan matanya yang mungkin hampir buta. Pergi! Jika kejayaan itu yang kau cari. Aku di sini akan sentiasa akan berdiri di sini, menantikan jika suatu hari nanti kau kembali sambil menghulurkan tangan. Tangan yang akan menyambut dengan penuh kemaafan. Kemaafan yang penuh dengan tulus ikhlas. Sedarlah wahai tuan, sedarlah wahai sahabat, sedarlah wahai hamba Allah. Berharap kau bertemu jalan yang engkau cari.


p/s : Mungkin ramai yang tak faham dengan entri aku kali. Tak mengapa sebab hanya orang yang terlibat je yang faham. Di sini aku selitkan post yang aku publish semasa gembiranya aku dengan kehadiran Komuniti ILuvIslam ni kat sini dan kesedihan yang aku alami ketika kejatuhan forum ini kat sini. Peristiwa ni aku jadikan pengajaran yang tidak ternilainya buat aku. Pengajaran tentang keikhlasan kerana Allah atau sebaliknya. Waallahu'alam...

Maaf, jika post ini agak keterlaluan. Astaqfirullahhal'azim. Aku hamba yang berdosa.


Friday, July 19, 2013

Imbau #6 : Siapa Yutaka Tani?

Views
   
Selamat pagi semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana kita masih lagi mampu untuk berpuasa pada hari ni. Moga kita dapat berpuasa lagi pada esok hari, amin.

Okey, sebelum ni aku asyik buat entry #Imbaun ni pasal nahas, tragedi la dan kisah ngeri je. Hari ni aku nak ubah skit. Jom kita cuba #Imbau sejarah negara kita iaitu Malaysia yang mungkin ramai di kalangan kita pun tak tahu tentang kisah ni. Kisah ni memang ambil masa juga aku cari sebab aku lupa namanya tapi akhirnya aku dapat juga. Sorry la, aku terpaksa kopi dan teh (copy dan paste) je artikel ni sebab aku rasa penulisan dia lagi mudah untuk di fahami. Tak payah la aku susah2 nak fikir buat ayat. Hehe.

Siapa Yutaka Tani? Korang tak tahu? Serius? Jom, kita pergi ke era ketika Perang Dunia Kedua.


Wednesday, July 17, 2013

Berbuka

Views
  



Selamat pagi semua. Apa macam puasa hari ni, okey? Aku buat masa sekarang ni okey je, takde masalah apa2 lagi dan diharapkan ianya berterusan, InsyaAllah. Aku rasa topik aku hari ni sebenarnya tak elok publish masa pepagi buta ni kan tapi memandangkan semangat nak menaip tu tinggi jadi korang terima la seadanya ye. Mohon kuatkan iman anda. Hehe.
 
Hari minggu lepas, aku bertolak balik rumah kakak aku disebabkan kehadiran orang penting dan orang yang tersayang. Siapa? Mesti la Ummi dan Ayah aku. Dorang siap bawa sekali dengan si kecik ni.


Yeaa!! Zafar ada....

Walaupun dua orang lagi tu takde (si kakak & abang), takpe la. Dapat tengok adik pun cukup la. Tu pun dah buat rindu aku terubat. So kembali semula ke topik asal. Hari yang dorang sampai tu, aku cepat2 buat plan. Kononnya nak berbuka kat luar. Sebenarnya dah lama tak makan kat luar dengan family. Yela, jumpa pun sekali dua je. Itu pun aku memerap kat rumah je sebab aku lebih suka macam tu. Terasa dekat dengan family. Daripada aku keluar dengan kawan2, lebih baik aku tengok muka Ummi dan Ayah puas2. Lepas rindu katanya. Cerita macam2 bila dah jumpa. Hehe. Akhirnya, kita orang pilih berbuka kat Awea Seafood kat area Sungai Merab, Bangi. Haa kalau ada sesiapa yang stay sana, korang mesti tahu kan kedai makan kat atas bukit depan petronas tu. Kat situ la aku dan family berbuka. Seronok sangat!


walaupun menu simple tapi sangat bermakna

Itu kisah kali pertama aku berbuka. Semalam adalah kali kedua aku berbuka kat luar dengan kawan opis aku. Memandangkan ni kali pertama aku sambut Ramadhan kat johor jadi secara automatiknya ni jugak kali pertama aku berbuka dengan diorang. Pilihan kitaorang kat Kluang. Amboi, jauh sungguh berbukanya sebab aku stay area Parit Raja jadi jauh la jugak Kluang tu. Kitaorang makan kat My BBQ, dalam Kluang Mall. Hm boleh la,aku rasa macam biasa je tapi udang dia memang sodap. Manis sangat!! dan........aku masih tak puas makan. Mungkin tak kena selera aku kot masa tu. Entah. Apa2 pun memang terbaik la.


Sebelum
Selepas

Nampak tak kerangkusan kami? Haha. Apa2 pun Syukur, Alhamdulillah. Allah beri peluang untuk aku makan semua tu. Yang lawaknya, bila balik kitaorang sesat. Yela, masing2 jarang pergi Kluang tu. Maunya tak sesat. Hehe. Kalau korang yang tak pernah cuba tapi nak cuba, sila2 kan la. Comfirm koran puas hati.


Setakat ni jela aku berceloteh pasal makanan ni. Iman aku plak yang tak kuat. Haha. Haa air liur korang dah keluar dah tu. Cepat lap, nanti orang nampak malu je. Jangan marah. Huhu!

p/s : Salam Ramadhan.

Tuesday, July 16, 2013

Imbau #5 : Tragedi feri karam Sungai Kerian

Views
     
 
 
Selamat tengahari semua! Dah lama aku tak buat entry #Imbau ni. Setelah berhempas-pulas cari kenangan yang best dan tragik, akhirnya mata aku ni tertumpu pada kisah ini. Kisah ni di 'publish' oleh The Malaysian Insider pada tahu lepas (2012) jadi masuk tahun ni, kisah ni dah berlaku 41tahun dulu. Sebenarnya aku cuba sedaya upaya cari kisah kat area perak dan kisah Sungai Kerian nila jadi pilihan aku. Mari kita hayati kesedihan mereka saat itu.
 


Mengingati mangsa feri karam Sungai Kerian


14 SEPT — 13 September mungkin seperti hari-hari lain yang berlalu, tetapi pada tahun 1972, hari ini adalah satu tragedi yang telah melumpuhkan seluruh Parit Buntar kerana peristiwa feri karam yang membawa pada kematian 27 orang di mana 25 daripadanya adalah pelajar sekolah. Sungai Kerian menjadi saksi kejadian tersebut dan lebih menyedihkan kedengaran tagisan dan jeritan budak sekolah yang terperangkap dalam van sedikit demi sedikit hilang ditelan arus deras dalam peristiwa feri karam 40 tahun yang lalu seolah-olah baru berlaku.

Hari ini Bandar Bharu (Kedah) dan Parit Buntar (Perak) dipisahkan dengan Sungai Kerian, bezanya 40 tahun yang lalu perhubungan antara dua pekan kecil ini ialah melalui feri tarik yang diikat dengan sistem pulley dan ditunda oleh bot kecil dari belakang. Kesibukan feri ini selalunya ialah pada waktu anak-anak ke sekolah kerana itu sahaja yang menghubungkan antara Bandar Bharu dan Pekan Parit Buntar. Semasa peristiwa itu berlaku hari ini, hujan dikatakan lebat dan arus sungainya deras sehingga salah satu tali yang memastikan keselamatan supaya feri tidak dipukul arus putus. Semasa itulah muncung feri mula tercuram sedikit demi sedikit sehingga bas yang berada di atas feri secara perlahan-perlahan menjunam ditelan arus deras. Kisah van yang terkunci dan tidak dapat dikeluarkan mereka yang berada di dalam sedangkan orang lain yang berada di kedua belah sungai hanya dapat melihat dari jauh menambahkan kepiluan kisah ini.

Masihkah ada masa untuk kita?

Views
  
 
 
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

  •   Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

  •   Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

  •   Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

  •   Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

  •   Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

  •   Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

  •   Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

  • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

  •   Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

  • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

Monday, July 15, 2013

Berita Gembira!

Views
  
Salam Ramadhan semua!! Puasa tak hari ni? Aku baru perasan yang post aku untuk bulan ni hanya 1 je!! Nampak sangat aku dah tak berapa rajin untuk taip-menaip. Bukan malas tapi takde benda yang menyeronokkan untuk aku kongsikan. Haa tapi hari lain sikit. Ada berita yang sangat menggembirakan aku. Sangat!

Benda ni baru je terjadi pagi tadi, mengenai seorang sahabat masa sekolah dulu, merangkap best friend aku. Aku yang tengah takde buat apa tadi, memandangkan kerja aku dah tak berlambak jadi aku gunakan kesempatan ini untuk bersenang-lenang kejap. Hehe. Jangan marah bos.

Tiba2 dia ber' WeChat dengan aku. Terkejut jugak la kan sebab sebelum ni aku je yang selalu cari dia. Ehem, nampak sangat aku ni banyak masalah kan. Huhu! Eh takde la, bukan masalah terok sangat pun tapi aku ni memang seorang pelupa sikit. Kalau ada kawan yang add facebook aku tapi aku tak kenal, dialah tempat rujukan aku. Dia pun dah faham perangai aku, memang senang lupa. Walaupun kawan satu kelas. Adehh! Nak buat macam mana kan, bukan kehendak aku pun tapi memang ramai yang kenal aku. Aku je yang tak kenal diorang. Kecik hati diorang kan. Hehe.

Thursday, July 4, 2013

Final Piala FA ~Kelantan vs JDT~

Views
  
Selamat Tengahari semua. Hari ni aku rasa sejuk sangat. Mungkin kat luar tengah hujan kot. Mungkin jela. Yela, bila dah dok dalam ofis ni. Apa je yang nampak kan.

Okey, dipendekkan cerita......Apsal sekarang asyik dipendekkan cerita je ye. Dah malas nak update blog ek? Mungkin la. Macam dah takde idea nak taip banyak2 tapi aku cuba la kan untuk entry kali ni.

29hb Jun 2013 hari tu telah berlangsungnya Final untuk Piala FA iaitu pertembungan pertama kali buat Johor Darul Takzim (JDT) & Kelantan. Pada pandangan aku, JDT mengambil peluang yang cepat apabila muncul di final untuk tahun pertama selepas kemunculan mereka semula. Bagus2. Aku rasa sekarang Bola Sepak Malaysia dah semakin ada kemajuan lebih2 lagi buat penyokong setiap pasukan. Hebat, sangat hebat! Tapi..haa masih ada tapinya tu. Mutu bermain masih ditakok yang sama. Aku tahu, aku bukanlah pemain bola yang hebat. Main pun tak pernah. Main bodoh2 tu ada la kan. Aku tahu, susah main bola ni tapi kalau dah terlatih bertahun2 takkan masih takde kemajuan, betul tak? Kita abaikan pasal tu dulu. Itu bukanlah topik utamanya.

Okey, walaupun aku berasal dari perak dan membesar di kedah. Sebelum ni pun aku ada bagitahu yang aku penyokong tegar pasukan Seladang & HijauKuning. Kali ini ada satu lagi pasukan yang mungkin akan ditambah dalam list aku. Kenapa JDT? Itulah soalan yang kebanyakkan diajukan kat aku. Jawapan mudah je. Dah sekarang aku stay johor, mestilah aku sokong JDT kan tapi bukan kerana pemain "star" dia tu tapi disebabkan penyokongnya. Penyokong? Motif?

Haha! Aku dapat lihat dengan mata kepala aku perbezaan diantara penyokong JDT dan kelantan pada malam tu. Siapa lagi hebat? Pastinya pujian itu aku lontarkan pada penyokong JDT. Ala dah sokong JDT, comfirm la puji diorang. Serius, bukan. Niat aku datang stadium bukan untuk tengok game sangat pun tapi aura para penyokong membuatkan hati terikut 'excited' nak join. Tak percaya? Terpulang.



Friday, June 28, 2013

Debaran bola

Views



  


Salam Jumaat semua! Aku tahu, para Adam semuanya sedang berkejar-kejaran ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Haa dengar khutbah tu betul2..hehe

Sebenarnya aku dah lama tak buat entry pasal bola. Kalau korang rajin tengok entry aku sebelum ni, memang banyak pasal bola. Semuanya cerita pasal Kedah, Perak dan pasukan Malaysia iaitu Harimau Malaya. Aku rasa lepas ni pasukan JDT (johor darul takzim) akan selalu la muncul dalam blog aku. Sebab apa? Haa ni yang lawaknya.

Semalam berlangsungnya perjumpaan di antara ahli kelab penyokong JDT ni. Kebetulan aku memang pergi tengok game JDT vs Kelantan esok jadi aku pun pergi la perjumpaan tu. Ingatkan diorang nak bagitahu maklumat penting atau nak bincang pasal perjalanan untuk ke Bukit Jalil esok. Selepas sesi bergambar dengan Datuk NC (Naib Canselor UTHM), tiba2 diorang cakap nak buat sesi pemilihan ahli jawatankuasa untuk Kelab tu. Eh? Takde AJK lagi ke? Mula2 tu aku tak gelabah mana pun disebabkan ramai staf yang tak kenal aku tapi bila nama aku kena sebut, aku dah mula gelabah. Sangat gelabah. Diorang salah pilih orang ni. Untuk pengetahuan korang, aku antara peminat setia pasukan HijauKuning (Kedah) & Seladang (Perak). Macam mana kalau lepas ni ada game di antara johor dengan pasukan aku. Hilangkan diri? Haha..

Akhirnya aku terima jugak kenyataan yang aku dah jadi sebahagian keluarga johor ni. Nak buat macam mana kan, alang2 aku ada jugak pengalaman. Nasib la jawatan yang aku pegang tu biasa je. Apa2 pun excited jugak aku nak tengok game esok. Harap2 perjalanan kami semua ke sana baik2 saja dan harap tiada peristiwa yang tidak diingini terjadi. Risau jugak.

Dah keluar berita tentang hadiah yang akan dimenangi oleh dua orang ahli pasukan yang bermain dengan baik malam esok. Bertuahlah pasukan JDT sebab ada TMJ di sisi mereka. Moga Kelantan jugak memberi saingan yang hebat esok. Janganlah maki-memaki semua ni. Kita pergi stadium dengan niat yang sama iaitu menyokong pasukan masing2 jadi jaga mulut dan perbuatan korang semua. Tidak kira la dari pasukan johor mahupun kelantan.

Majulah sukan untuk negara.

p/s : oh! sebelum terlupa. Aku berasal dari perak. Rasa pelik jugak bila aku jadi AJK untuk Kelab JDT kan? haha.....
 
 

AhliJawatanKuasa Kelab Penyokong Johor Darul Takzim UTHM




Monday, June 17, 2013

Kembara #4 : Pulau Kukup

Views
  
Selamat pagi semua. Haa ni entry yang dah berabuk skit. Aku baru je nak publish. Sebelum ni aku terlupa nak publish. Ala lambat2 pun apa salahnya, tak best la on time sangat kan..huhu!

Disebabkan aku nampak satu entry best yang menarik perhatian aku kat blog Cik Pipah kita ni pasal Pulau Kukup. Kebetulan sebelum tu aku ada pergi Tanjung Piai tapi tak pergi pun Pulau Kukup ni. Jadi dipendekkan cerita, aku pun cepat2 inform housemate aku dan kitaorang pun terus terjah je. Padahal masa tu tengah "sosak"..haha! Hentam jela labu.

Alkisahnya kitaorang main pusing2 kat situ sebab tak tahu mana letaknya Pulau Kukup tu sebab aku pun tak perasaan kat blog cik pipah ada sebut pasal bot atau tak. Lupa..haha! Jadi bila dah sibuk melilau ke sana ke mari akhirnya tanya orang dan sampailah kitaorang kat Jeti untuk naik bot. Yeaaa!! Naik bot rm5 pergi balik. Masuk Paya Bakau tu pun rm5 jugak. Jom kita layan gambar yang sempat aku snap masa tu....

Thursday, June 13, 2013

Majlis Pemasyhuran & exam!

Views
  



Selamat pagi semua. Apa khabar? Aku rasa aku busy sangat dalam seminggu dua ni. Kebetulan aku ada majlis yang besar untuk diuruskan dan aku plak dibawah kumpulan jemputan. Group aku ni yang bertanggungjawab dalam jemputan luar (pustakawan di setiap universiti) jadi aku asyik mengadap fax dan pos surat. Sangat letih okey. Lepas tu masa kejadian aku kena jemput orang kat airport Senai. First time sampai kat sana..huhu!
 
 So aku pun malas nak bercerita panjang. Pada 11hb Jun 2013, telah berlakunya peristiwa Pemasyhuran Perpustakaan UTHM yang telah diberi nama, Perpustakaan Tunku Tun Aminah sempena nama anak perempuan sultan johor. Ni first time aku terlibat dengan majlis yang besar dan melibatkan kerabat diraja ni. Fuhhh! Sangat gelabah sebab risau majlis ada masalah. Haa yang paling best sekali, masa tula aku nak gunakan skill aku untuk snap picture. Banyak dugaan sebenarnya. Yela, kena pandai cari tempat, kena cepat lepas tu kena ada stamina yang tinggi. Asyik mengejar je kerja..hehe! Kalau kita tangkap gambar kahwin senang sebab si pengantin dengar arahan kita tapi kalau majlis semacam ini memang susah la kalau kita snap picture ikut citarasa kita kan. Pakai snap jela. Apa2 pun aku happy sangat dengan semua picture yang aku ambil. Boleh la kan. So tak payah cerita panjang, meh kita layan gambar jela ye.....

Thursday, June 6, 2013

Tolong kejap..

Views
  



Selamat petang semua...

Okey, petang ni aku nak buat entry pendek sependek pendeknya. Haa nampak tak aku betul-betul nak buat entry pendek hari ni. Bila aku usha aku punya dashboard aku (tengok list entry yang korang buat), tiba-tiba aku nampak benda alah ni...
 
 

 


 
Macam mana korang boleh tukar benda tu jadi noreply@blogger.com tu? Dan apa fungsi sebenarnya? Aku harap siapa yang tahu boleh jelaskan tak kat aku. Kalau boleh tolong ajarkan aku macam mana nak tukar benda alah tu.
 
Lagi satu masalah. Disebabkan aku dah tukar comment google jadi aku punya kiraan comment dah tak muncul. Jadi macam susah untuk aku tahu berapa orang yang comment walaupun pada hakikatnya just ada 2,3 comment je..huhu!
 

dah takde kiraan untuk comment
 
 
Jadi, bila lama-lama aku fikir. Macam mana aku nak tahu berapa orang yang komen untuk tiap post aku tu. Belek punya belek, rupanya kat sini. Mungkin la. Aku pun main agak je...


haa tengok kat sini.

Aku rasa kebanyakkan blog masih guna comment yang sedia ada. Rasa macam aku sorang je guna comment google ni. Hmm lantak la kan tapi apa-apa pun, sesiapa yang tahu kaedah untuk wujudkan benda alah ni. Tolong tunjuk ajar aku kejap.

Tunjuk ajar ku sifu..

p/s : Hm aku rasa macam entry panjang jugak ni. Aku rasa la kan..Wihu!
 

Tuesday, June 4, 2013

Rindu

Views

Assalammualaikum dan selamat malam semua.

Hm dah berapa hari ye aku tak update blog? 2,3 hari je kot. Buat masa sekarang ni aku memang tak sempat langsung nak update blog. Eh ni yang kau update ni apa benda? Hehe.. Ni sampingan je sebab aku update guna handphone. Lagipun, bukan senang aku nak karang blog memalam ni..huhu!

Okey la, aku pun malas nak memanjangkan cerita. Tadi aku ada kerja luar sebab nak hantar kad jemputan untuk majlis perasmian. Kitaorang keluar dalam 4orang termasuk aku. Tengah makan tengahari tu, tiba-tiba terbuka kisah Allahyarhamah mak member opis aku ni. Mak dia dah meninggal tapi aku lupa plak bulan berapa. Bila dia cerita macam tu, aku mula teringat kat mak aku. Rindu tu datang membuak-buak. Macam ayah dia cakap kat mak dia, ayat tu jugak la yang terlintas kat hati aku. Kalau nak ikutkan, biarlah aku pergi dulu sebelum mak. Aku rasa, aku tak mampu nak hadapi saat tu nanti. Serius. Tapi siapalah aku untuk menidakkan ketentuan Allah. Ajal dan maut di tangan-Nya kan?

Tadi aku cek baki kredit handphone, ada la dalam 50sen. Untuk pengetahuan korang, aku memang dah lama tak topup sebab aku jarang guna. Guna pun untuk call family or mesej benda2 penting je kat member. Jadi dipendekkan cerita, aku terus call mak aku. Sebenarnya aku nak cakap yang aku rindu kat dia tapi macam berat je mulut. Aku ni jenis tak reti nak tunjuk sayang tapi aku akan tunjuk tanpa aku sedari. Korang nak tahu, aku jarang tangkap gambar mak aku. Sebab apa? Sebab aku takut sebenarnya. Takut? Nak takut apa? Pasal tu, biar aku je yang tahu. Kalau korang rapat sangat dengan mak korang, comfirm korang akan buat perkara yang sama.

Tiba-tiba kredit habis plak, jadi aku tak sempat cakap yang aku rindu kat dia. Mungkin malu. Poyo! Bila suara dia dah takde, aku pandang handphone dengan perasaan sepi. Cewahhh..ni macam nak karang cerpen la plak..huhu! Bila jadi macam tu, menyesal pun datang. Nak cakap benda lain, benda lain plak aku cakap. Ada dulu member aku pernah cakap yang aku bertuah sebab tak stay dengan family. Bebas je, padahal dia tiap-tiap hari terkongkong dengan family. Aku minta tolong sangat, jangan sesekali cakap macam tu. Kau sangat bertuah, tahu tak? Sebab family kau ada depan mata dan kau boleh balas jasa dorang 24jam, tahu tak? Gunakan kesempatan yang ada depan mata. Jangan nanti di kemudian hari, korang menyesal. Sebab tu kalau balik rumah, aku ikutkan je apa yang mak aku nak. Aku tak berani nak bantah. Sebab mana nak tahu, dengan bantahan tula yang buat aku menyesal nanti.

Nasihat aku la kan. Korang buat baik la kat mak ayah bila tengah sempat ni. Aku tak kahwin lagi jadi syurga aku tetap di bawah telapak kaki dia. Jangan sakitkan hati dia. Jangan buat dia kecewa. Jangan buat dia menangis disebabkan kita. Kalau menangis gembira tu lain ceritakan la kan. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab kebanyakkan member aku yang dah kehilangan mak mesti akan cakap, "aku menyesal sebab....". Kadang2 kita butakan mata dengan perkara yang remeh@kecil semasa mak kita hidup tapi bila dia dah takde, baru kita celikkan mata dan sedar bahawa benda kecil itulah perkara paling besar buat kita.

Jom, katakan sayang pada mak kita..

p/s : waktu kat dalam kereta tadi, aku perasan yang member aku tengah menangis tapi tak sampai hati nak tegur. Aku tahu dia tak mampu nak tahan sedih. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah..

Thursday, May 30, 2013

Respek!

Views
  
 
 
 


Kenapa sebelah sayap? Ianya umpama tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bukan mudah untuk berubah. Ya, aku sendiri tidak nafikan hal itu sebab sekarang masih lagi mengalami perasaan sebegitu. Memang, kalau nak berubah kena kuatkan hati dan berani. Teruskan berusaha dan berusaha. Ya, mungkin satu saat kita akan rasa berputus asa tapi tolonglah, abaikan saja perasaan sebegitu rupa. Itu sekadar permainan perasaan yang kadangkala terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak senang dengan perubahan kita. Saat itu anda hanya perlu, butakan mata, pekakkan telinga, dan hilangkan deria rasa, hati dan perasaan anda. InsyaAllah, anda terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

Tuesday, May 28, 2013

Filem..

Views
   
 
 
Selamat pagi semua. Aku buat entry ni cuma nak menghilangkan mengantuk aku je. Kebetulan plak, masa aku buat entry yang sebelum ni, aku terlupa plak nak letak lagi satu aktiviti yang aku buat.

Sebenarnya sampai je rumah akak hari tu, kitaorang terus pergi tengok wayang. Kononnya akak aku ni nak buat eksperimen. Yela, nak tengok anak dia boleh duduk diam ataupun tak. Kalau nak bawa si kecik tu semestinya la kena tengok cerita kartun. Ala aku tak kisah sebab family aku ni memang jenis suka tengok kartun kecuali mak aku. Hm tiap kali dia tengok mesti dia akan kata dia pening kepala sebab tak faham.

Cerita apa yang aku tengok? Tajuknya EPIC. Semenjak aku stay sini aku dah jarang  tengok wayang sebenarnya. Last tengok pun cerita...hmm cerita...pembunuh vampire. Ala yang adik-beradik tu. Apa ke tajuknya, aku pun dah lupa. Itu pun idea housemate aku. Aku ni kira bantai jela, tak kisah. Boleh tahan la ceritanya.







Haa ni la cerita yang aku tengok tu. Mula2 tu macam bosan skit. Ayahnya pun macam lawak tak lawak je. Bila nak pertengahan tu baru lawak sebab ada si siput tu. Kalau takde siput tu comfirm tak best. Aku kagum cara lukisan dan warnanya. Memang hebat. Part yang paling menarik adalah masa orang jahat menyamar jadi kulit pokok pastu dorang keluar beramai-ramai. Memang epic la. Time tu comfirm korang akan kata, "WOW" tapi still cerita ni macam ada kelemahannya juga.



Sinopsis :

Mengisahkan seorang gadis bernama Mary Katherine (MK) tinggal bersama ayahnya, Profesor Bomba. Profesor punya penelitian khusus tentang prajurit penjaga kelestarian di hutan. Untuk keperluan itu, dia sering pergi ke hutan. Namun, suatu hari Prof. Bomba tidak kembali MK pun segera mencarinya ke dalam hutan.
Dari sinilah genre action-adventure yang dilabelkan pada film ini mulai terlihat. MK tak sengaja menangkap sebuah cahaya dari kelopak bunga. Dia pun menyusut menjadi manusia kecil, dan segera memasuki Leaf Men World pimpinan Queen Tara. Dia berhasil menjadi salah seorang daripada mereka, namun selalu dicurigai oleh Nod, salah satu anggota Leaf Men. Bukan sahaja tidak dapat mencari ayahnya, MK malah diminta menghadapi serangan kelompok Boggans pimpinan Mandrake. Dia pun harus ikut berperang. Misi pencarian menjadi tertunda dengan petualangan yang begitu menegangkan dan melelahkan. Sanggupkah MK menyelesaikan semua itu?

Kalau korang nak tahu kesudahannya, korang try la tengok cerita ni. Masa aku tengah beratur nak beli tiket dengan akak aku, tiba-tiba nampak iklan untuk cerita yang akan datang. Jalan cerita sebijik macam cerita Nang Nak. Korang pernah tak tengok cerita seram thailand tu? Tak pernah? Ish3x sangat rugi (sambil geleng kepala). Kalau korang belum tengok lagi, baik korang pergi tengok. Comfirm korang tak boleh tidur malam. Cerita seram yang paling aku suka. Betul2 seram. Rupa2nya cerita tu versi baru. Jalan cerita sama tapi dorang olah lain skit jela. Pelakon pun lain tapi aku lebih suka cerita dulu punya. Mau meremang bulu roma derrr....


Cerita Nang Nak versi dulu
Cerita Nang Nak versi sekarang


p/s : aku tengah tunggu cerita KIL ni. Suka dengan Redza Minhat..

Monday, May 27, 2013

Hari Minggu ku..

Views
  
 
 
Selamat pagi semua..eeerrr maksud aku selamat tengahari? hehe..Sibuk sangat buat kerja sampai tak perasan jam sudah pun menunjukkan angka 1. Saja nak tunjuk aku ni pekerja yang sangat rajin..Muahahaha!!

Selamat hari Wesak semua walaupun dah lepas. Macam mana cuti korang? Mesti perut korang kenyang asyik makan nasi kenduri je kan. Haa sebut je pasal kenduri, kat sini aku nak ucapkanlah Selamat Pengantin Baru kat kawan2 tak kira la jauh mahupun dekat. Korang dah tukar status dan aku harap hubungan korang kekal la sampai bila2. Maaf sebab aku tak dapat nak hadir. Tahniah buat Hyun, firah, waida, tiqah, rose yang buat kenduri kat kedah. Jauh nun ha,ceq memang tak leh nak p. Tahniah jugak buat kawan opis aku, si asuwat. Walaupun kenduri kat segamat je tapi aku tetap tak boleh pergi. Sorry bro, tengok gambar jela..huihuihui..
 
Bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Kenapa aku tak boleh pergi semua kenduri tu? Kenapa? Kenapa? Jeng..Jeng..Jeng..Sebenarnya aku terpaksa balik rumah kakak aku sebab dia ada masuk game Celebrity Race. Disebabkan takde siapa nak jaga anak dia, akulah yang jadi mak sanggup untuk jaga anak dia. Ah! Baiknya aku. Nasib la mood budak tu okey je masa tu. Kalau tak susah jugak aku nak jaga. Itu pun jenuh aku lari dari satu tempat ke tempat lain sebab bila dia nampak mama & papa nya mula dia merengek jadi terpaksa la aku follow je bontot akak tu ha sambil pujuk dia. Yela, nak mandi sungai. Oh lupa plak nak bagitahu tempatnya. Di Hulu Yam gitu.

Friday, May 17, 2013

Quato Jumaat : Puasa Sunat Rejab

Views
  



Rejab boleh dikatakan sebagai bulan yang ditunggu kebanyakan umat Islam kerana sesiapa yang berpuasa dipercayai mendapat fadilat yang sangat besar.Jadi, dalam artikel minggu ini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai bulan Rejab dan berharap sedikit sebanyak ia dapat menjawab persoalan individu yang bertanyakan kepada saya mengenai kelebihan bulan ini.Dengan penjelasan ini juga, saya harap kita sama-sama dapat melaksanakan ibadah dengan baik dan paling penting tahu mengenai apa yang kita laksanakan.

Pertamanya, elok jika saya bawakan dalil al-Quran mengenai keistimewaan bulan Rejab ini. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 36, 

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (demikian) di dalam Kitab Allah, sejak hari Dia menjadikan semua langit dan bumi. Daripadanya adalah empat yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu pada bulan-bulan itu…”
 
Prof Dr Hamka dalam Tafsir Al-Azhar menafsirkan ayat ini yang bermaksud: 

“Maka setelah bangsa Arab memeluk agama Tauhid, agama Hanif, yang dikenali sebagai Islam, yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail, diadakan empat bulan yang dihormati. Dihormati itu kerana pada keempat-empat bulan itu tidak boleh berperang dan tidak boleh balas dendam. Empat bulan itu ialah Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. tiga berturut-turut, dan yang satu lagi ialah bulan Rejab (bulan ketujuh).”

 
Dengan penerangan yang diberikan oleh Prof Dr Hamka, keistimewaan bulan Rejab sama saja dengan tiga bulan yang lain iaitu Zulkaedah iaitu bulan untuk mempersiapkan diri untuk pergi menunaikan haji dan pada bulan seterusnya iaitu Zulhijjah. Kemudian, bermulalah bulan Muharam sebagai pembuka tahun baru dalam kalendar Islam yang sinonim dengan peristiwa Hijrah Nabi SAW dari Makkah ke Madinah.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya beliau berkata: 

“Rasulullah SAW apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda SAW berdoa; Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadan. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabarani) 

Malah, Abu Daud meriwayatkan bahawa Al Allamah Ibnu Hajar dalam tulisannya menyatakan Baginda SAW ‘memandubkan’ (sunat) berpuasa di bulan Haram. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tidak ada satupun hadis sahih membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab, akan mendapat ganjaran istimewa.

Ahli panel fatwa Islam-Online, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai adakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bidaah, menyatakan bahawasanya berpuasa di dalam bulan Rejab adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat), ke atas semua perkara. Tetapi Rasulullah SAW tidak berpuasa satu bulan penuh melainkan hanya pada bulan Ramadan.Malah, walaupun Baginda SAW banyak berpuasa di dalam bulan Syaaban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya.

Dalam hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud menyatakan bahawasanya: 

“Baginda SAW berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, Baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa.” Al-Qaradawi tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram termasuklah bulan Rejab tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Syaaban kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW mahupun para sahabat.

 
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Syarawi dalam fatwanya menjawab persoalan mengenai puasa sunat menyenaraikan lapan jenis puasa yang beliau sifat sebagai ‘puasa yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah’ iaitu: 

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Views
  



Selamat pagi semua! Dah sarapan ke?

Di pagi yang mendung hari ni, ingin aku ucapkan selamat menyambut Hari Guru pada seluruh cikgu di dunia ni. Di kesempatan ni juga aku nak ucapkan terima kasih pada semua cikgu yang mengajar/tidak di sekolah :-

  • Tadika An-Nur, Kota Tinggi, Johor.
  • Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Kota Tinggi, Johor.
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi, Kuala Nerang, Kedah.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar, Pendang, Kedah.
  • Kolej Pusat Teknologi Pengurusan dan Lanjutan (PTPL), Sungai Petani, Kedah.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semuanya yang terlibat ataupun tidak. Terima kasih sebab tunjuk ajar aku dan tahan dengan kerenah dan kenakalan aku masa sekolah dulu. Yela, malas buat kerja sekolah la. Buat bising la. Tak tumpu perhatian dan macam-macam lagi. (hishh nakalnya aku dulu).

Apa-apa pun tidak aku nafikan yang zaman budak sekolah sekarang dengan budak sekolah zaman dulu sangat berbeza. Cikgu dipandang tinggi dan sangat dihormati juga digeruni. Siapa yang tak takut cikgu dulu. Lebih-lebih lagi cikgu disiplin yang 24jam asyik pegang rotan je kerjanya dan suara dia jela yang selalu kedengaran kat sekolah sebab tengah "menghambat" budak-budak yang tengah merokok, ponteng sekolah, melepak. Zaman sekang ni cikgu plak yang kena takut dengan pelajar. Yela, kena jentik sikit pun dah mak bapak datang sekolah.

Aku tak lupa dulu masa sekolah rendah, teacher (cikgu bahasa inggeris) aku ada rotan panjang yang halus. Dia selalu bagi soalan, kalau tak boleh jawab kena rotan kat tangan. Ada satu hari dia terlupa bawa rotan tu. Kitaorang semua lega sangat tapi kejap je. Boleh plak masa tu dia dapat idea pukul tepi pembaris dekat tulang jari. Ala susah plak aku nak olah. Rasa-rasa korang boleh bayang tak? Betapa sakitnya tapi yang peliknya takde sorang pun yang menangis.

Tapi Alhamdulillah, selama aku sekolah aku tak pernah ada masalah sampai kena panggil ayah aku sebab ayah aku kat rumah pun dah cukup garang. Tak sanggup aku nak cari masalah kat sekolah..hehe. Alhamdulillah, sekarang aku boleh kata yang aku dah berjaya walaupun kejayaan tu lambat aku capai. Bak kata orang, InsyaAllah setiap kesulitan tu pasti Allah hadiahkan hikmah yang sangat bermakna.

Selamat Hari Guru semua......

p/s : teringin nak jumpa kawan masa kat sekolah kebangsaan sri setia jaya. Dah lama aku tinggalkan sekolah tu sampaikan aku tak ingat sorang pun. Aku harap sangat dapat jumpa dorang balik. #Rindu



Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday

Views
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s : Kejadian ni terjadi betul-betul depan UTHM semalam. Masa tu kitaorang tengah sibuk dengan senaman pagi. Tak sangka plak kejadian tu melibatkan sebuah bas sebab kitaorang perasaan blozo (errrr macam mana nak eja ye..haha) tu je yang terbalik.














Monday, May 13, 2013

Hari minggu ku...

Views
  
Selamat petang semua! Dah lunch ke? Makan apa? Aku? Eh banyak plak penggunaan "?" ni erk. Okeylah, aku pun malas nak cerita panjang lebar sangat. Kita pendekkan jela apa yang patut yer.

Hari khamis, 9hb 5, 2013 aku telah dilamar. Apa!! Dilamar! Siapa yang melamar? Doktor, peguam? Hah siapa!? STOP. Udah-udah la tu. Poyo je lebih. Ada hati nak buat drama tengahari buta ni. Aku bukannya dilamar pun tapi diminta bantuan untuk tolong Majlis Konvo Pusat Pendidikan Berterusan (CEC). Haa nampak tak intro yang sangat over aku tu? hahaha. Kawan kepada kawan aku ni terpaksa minta tolong sebab ada ahli jawatankuasa dorang dah tarik diri last minute. Jadi disebabkan hari minggu aku takde plan apa, aku setuju jela sebab kerjanya senang je. Jadi pemandu graduan je. Nampak je senang. Yang leceh tu asyik kena berdiri je. Lenguh kaki aku.

Firstday (hari sabtu), dengan semangat aku datang tepat pukul8 tapi aku tak nampak siapa pun. Marah tu dah start nak datang. Untuk redakan kemarahan tu lebih baik aku duduk. Kan kalau kita tengah marah semasa berdiri kita kena duduk, dan kalau kita marah ketika duduk kita kena baring. Haa pernah dengar tak? Jadi aku pun duduk la sambil belek-belek handphone aku. Nasib ada handphone jadi aku main la game dulu lepas tu baru ada orang datang.


tengok, takde siapa pun lagi. Sedih!

Jadi bila semua dah ada, kitaorang pun start buat raptai untuk Majlis Konvo esok (ahad). Meh aku bercerita melalui gambar jela ye. Sorry kalau gambar tak memuaskan. Kamera biasa jeeee....


lap-lap apa yang patut