Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Thursday, July 4, 2013

Final Piala FA ~Kelantan vs JDT~

Views
  
Selamat Tengahari semua. Hari ni aku rasa sejuk sangat. Mungkin kat luar tengah hujan kot. Mungkin jela. Yela, bila dah dok dalam ofis ni. Apa je yang nampak kan.

Okey, dipendekkan cerita......Apsal sekarang asyik dipendekkan cerita je ye. Dah malas nak update blog ek? Mungkin la. Macam dah takde idea nak taip banyak2 tapi aku cuba la kan untuk entry kali ni.

29hb Jun 2013 hari tu telah berlangsungnya Final untuk Piala FA iaitu pertembungan pertama kali buat Johor Darul Takzim (JDT) & Kelantan. Pada pandangan aku, JDT mengambil peluang yang cepat apabila muncul di final untuk tahun pertama selepas kemunculan mereka semula. Bagus2. Aku rasa sekarang Bola Sepak Malaysia dah semakin ada kemajuan lebih2 lagi buat penyokong setiap pasukan. Hebat, sangat hebat! Tapi..haa masih ada tapinya tu. Mutu bermain masih ditakok yang sama. Aku tahu, aku bukanlah pemain bola yang hebat. Main pun tak pernah. Main bodoh2 tu ada la kan. Aku tahu, susah main bola ni tapi kalau dah terlatih bertahun2 takkan masih takde kemajuan, betul tak? Kita abaikan pasal tu dulu. Itu bukanlah topik utamanya.

Okey, walaupun aku berasal dari perak dan membesar di kedah. Sebelum ni pun aku ada bagitahu yang aku penyokong tegar pasukan Seladang & HijauKuning. Kali ini ada satu lagi pasukan yang mungkin akan ditambah dalam list aku. Kenapa JDT? Itulah soalan yang kebanyakkan diajukan kat aku. Jawapan mudah je. Dah sekarang aku stay johor, mestilah aku sokong JDT kan tapi bukan kerana pemain "star" dia tu tapi disebabkan penyokongnya. Penyokong? Motif?

Haha! Aku dapat lihat dengan mata kepala aku perbezaan diantara penyokong JDT dan kelantan pada malam tu. Siapa lagi hebat? Pastinya pujian itu aku lontarkan pada penyokong JDT. Ala dah sokong JDT, comfirm la puji diorang. Serius, bukan. Niat aku datang stadium bukan untuk tengok game sangat pun tapi aura para penyokong membuatkan hati terikut 'excited' nak join. Tak percaya? Terpulang.







*****

Di sini, disediakan dua bas untuk bawa para penyokong ke stadium. Bertolak dalam pukul10 dan sampai lebih kurang pukul2.30 kot. Lupa. Masuk stadium pukul4. Awal? Yup, memang awal. Masa tu kerusi masih lagi kosong tapi sudah mula kedengaran sorakan. Itu geng B.O.S tak datang lagi tau. Masa terasa lambat berlalu. Jam seakan-akan tidak mahu berputar. Sorakan masih ada. Di tempat duduk pihak lawan sudah pun dipenuhi dengan warna merah. Hati mula resah. Mata masih lagi melekat pada tempat yang masih kosong. "orang johor datang last2 minute", terdengar bisikan sahabat. Nak sedapkan hati? Mungkin. Akhirnya pada perlawanan bermula, stadium bergema menandakan perlawanan ingin dimulakan. Penuh! Iya, stadium sudah penuh. Sorakan masih belum berhenti sejak petang tadi. Terdetik di hati. "Tak penat ke diorang ni menyanyi?".

Stadium gamat. Pihak lawan sudah membolosi gawang gol. B.O.S masih lagi mengalunkan kata2 semangat walaupun pada saat itu pasukan mereka ketinggalan 1gol. Yang lain masih lagi resah, mengharapkan sesuatu yang menggembirakan. Kecewa tiap kali terlepas peluang. Mereka masih lagi bangkit menyokong hingga wisel penamat dibunyikan. Wajah sugul tapi tiada sedikit pun keluhan kedengaran. Hanya kedengaran, "takpe, ni baru first time. jadikan game ni sebagai pengajaran". Tersenyum tatkala itu. Semuanya bangun dan berlalu pergi tapi kaki terhenti tiba2. Sokongan masih lagi bergema walaupun pasukan mereka kalah sehingga pemenang diumumkan. Kaki kembali melangkah dan mengharapkan suatu hari, kemenangan akan jadi milik mereka.

*****



Cukuplah cerpen pendek aku tu untuk gambarkan suasana para penyokong di sana walaupun tak la uummpphh! sangat kan tapi aku harap korang boleh rasa apa yang aku rasa masa tu. Akhirnya kitaorang sampai rumah masa subuh. Subuh?!! Yup..hahaha!!

p/s : Tahniah buat kelantan. pemain anda bermain saat hebat kalau dibanding dengan pemain JDT. Yang paling best dorang pass bola hanya dengan 1touch pastu relax je kan. Terbaek kelantan! Kehandalan korang, aku tak boleh nak sangkalkan. Syabas kelantan. Buat JDT, belajar untuk faham rakan sepasukan anda. Kalau tiada persefahaman, jangan mimpikan kemenangan yang akan datang. Handal dan ada nama pun tak cukup. Support member tu yang penting. Cuba lagi ye.

Majulah sukan untuk negara.

No comments: