Selamat pagi semua. Setelah beberapa minggu takde entri, akhirnya hari ni aku ambil keputusan untuk tulis sesuatu yang sangat menarik perhatian aku. Mungkin kita tidak perasaan tapi mungkin juga perasaan, atau mungkin kita tidak mahu ambil tahu. Nak tunjuk hebat? Mungkin. Tapi sebelum aku memulakan penulisan aku ni, aku minta maaf jika ada perkataan yang kasar atau mengguris pihak2 yang tertentu. Aku takde niat nak sakitkan hati sesiapa pun, cuma hairan dengan sikap sesetengah orang ni.
Seperti sebelum2 ni, isu Palestin, Syria, Rohingya dan terbaru Mesir tidak pernah malap dari pentas dunia. Bukan setakat Blog tapi MukaBuku dan Pengicau penuh dengan kata2 yang cuba melawan anasir2 yang jahat lagi kejam itu. Ayat yang sering diajukan adalah "Dimanakah saudara2 kita yang lain?". Ianya boleh dikatakan soalan wajib. Baru beberapa hari saja kita baru menyambut Hari Merdeka dan ia dikatakan pentas pertunjukkan "barang hiasan" kita. Kapal Selam pun dikatakan "stok" semata-mata. Jangan berbicara soal dahulu kala kerana tahap kehebatan kita tidak setaraf dengan mereka yang sanggup berjuang mati-matian walaupun dengan ahli yang sedikit untuk menyelamatkan islam yang satu. Ada apa dengan kehebatan kita? Hanya mampu berkata2 atau mengarang panjang2 di dalam blog saja (macam yang aku tengah buat sekarang ni). Update segala status yang ada ataupun share segala maklumat dan kita hanya mampu kata. Ya Allah, kejamnya mereka (perkara yang aku lakukan juga).
Apa yang cuba aku sampaikan adalah....ada sesetengah pihak yang pom pam pom pam bagai nak rak dan di akhirnya ayat yang akan muncul "marilah sama2 kita berdoa semoga saudara kita selamat di sana". Ada yang cuba kata telahan aku ni salah? Tidak ada apa yang salah pun dengan ayat tu. Nak tahu apa yang salahnya? Kerana sebelum kita mendoakan mereka, kita terlebih dulu mengata atau dengan lebih tepat lagi, menyalahkan orang lain sebelum melihat kesalahan diri sendiri. Kenapa? Kita marah sebab ada negara islam yang kaya tapi masih membutakan mata dan memekakkan telinga. Kita geram bila PM kita sendiri diam seribu apabila Erdogan dengan hebatnya mempertikaikan kekejaman mereka. Berderau darah kita bila barang2 tentera hanya sekadar jadi hiasan tatkala hari kemerdekaan. (senyum sambil geleng kepala).
Apa yang kita lakukan untuk agama kita? Untuk saudara kita? Tiada? Kemudian pasti ada yang cakap, "macam mana nak pergi sana, jauh sangat". "kami tak mampu nak pergi". Ya, aku pun akan cakap benda yang sama. Jadi apa penyelesaiannya. "berdoa jela". Ya, berdoa adalah senjata yang paling hebat tapi hanya itu saja kah?
Masih ingat dengan Rachel Corrie? Seorang gadis berbangsa kristian yang sangat berani ke bumi Palestin untuk menegakkan keadilan untuk mereka. Dia meninggal ketika umurnya baru mencecah 23 tahun. Apa, 23tahun?! Kita kat sini buat apa ketika umur 23tahun. Masih tengah HuHa berseronok dengan rakan2. Bukan setakat dia tapi ada ramai lagi wartawan pelbagai bangsa dan negara telah pun menemui ajal dengan pelbagai cara. Masih ingat wartawan malaysia yang meninggal terkena peluru sesat? Masih ingat ada rakyat malaysia di tangkap ketika cuba menghantar bantuan makanan? Ingatkah kita? Ya, merekalah manusia yang berani untuk membantu saudara2 kita di sana. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka dan kita di sini hanya tahu salahkan orang dan mengutuk antara satu sama lain.
Aduiii sudah sudah la tu. Malu la. Daripada kita nak salahkan orang, lebih baik kita bertindak dengan cara kita. Kalau mampu berdoa, berdoa jela. Kalau mampu untuk bersama2 dengan pasukan sukarelawan, silakan. Kalau mampu buat demontrasi di daerah/negeri, buatlah. Tiada salah, melainkan kita ada usaha daripada kita dapat dosa kering mengutuk orang. Kalau orang atasan kita taknak bersuara, biarkan. Kita tahu siapa kita. Kita tahu asal kita dari mana. Kita tahu apa yang kita buat untuk siapa. Ajak mereka yang ingin berkongsi semangat, yang mahu maju ke hadapan dengan kita. Jika ada yang ragu, hulurkan tangan atau jika mereka tidak mahu juga. Abaikan je dulu. Teruskan usaha, moga hati dia terbuka untuk bersama kita. Bukankah seronok macam tu?
Kalau nak ubah, ubahlah keseluruhannya. Kadang2 bangsa lain ambil kesempatan nak memperlekehkan agama kita sebab kita pun tanpa sedar memperlekehkan sama. Bukan takat politik tapi orang yang setaraf dengan kita pun sama. Bak kata orang 2x5 (macam aku). Jadi aku harap, buanglah sikap macam tu. Mari kita tingkatkan ilmu kita. Ingat, jangan terkejut bila suatu hari kita akan hadapi situasi yang sama. Berfikir dengan positif. Negara kita juga masih belum kukuh untuk membantu dan aku tahu ianya bukanlah satu alasan kukuh untuk berdalih. Anak2 kecil di negara lain dibunuh supaya tidak wujud generasi yang akan datang. Jadi kita gunakanlah kesempatan ini untuk mendidik anak2 kita dengan lebih baik lagi. Moga generasi ini yang akan bangunkan negara islam suatu hari nanti. Percaya! Janji Allah itu pasti!
No comments:
Post a Comment