Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Monday, July 15, 2013

Berita Gembira!

Views
  
Salam Ramadhan semua!! Puasa tak hari ni? Aku baru perasan yang post aku untuk bulan ni hanya 1 je!! Nampak sangat aku dah tak berapa rajin untuk taip-menaip. Bukan malas tapi takde benda yang menyeronokkan untuk aku kongsikan. Haa tapi hari lain sikit. Ada berita yang sangat menggembirakan aku. Sangat!

Benda ni baru je terjadi pagi tadi, mengenai seorang sahabat masa sekolah dulu, merangkap best friend aku. Aku yang tengah takde buat apa tadi, memandangkan kerja aku dah tak berlambak jadi aku gunakan kesempatan ini untuk bersenang-lenang kejap. Hehe. Jangan marah bos.

Tiba2 dia ber' WeChat dengan aku. Terkejut jugak la kan sebab sebelum ni aku je yang selalu cari dia. Ehem, nampak sangat aku ni banyak masalah kan. Huhu! Eh takde la, bukan masalah terok sangat pun tapi aku ni memang seorang pelupa sikit. Kalau ada kawan yang add facebook aku tapi aku tak kenal, dialah tempat rujukan aku. Dia pun dah faham perangai aku, memang senang lupa. Walaupun kawan satu kelas. Adehh! Nak buat macam mana kan, bukan kehendak aku pun tapi memang ramai yang kenal aku. Aku je yang tak kenal diorang. Kecik hati diorang kan. Hehe.



Okey, kembali ke topik asal. Dia mintak tolong aku kot2 aku boleh tolong dia sebab sekarang suami dia bertugas kat sabah dan dia nak tukar balik ke semenanjung ni. Kebetulan plak aku ada kawan polis ni tapi semuanya tak boleh nak tolong sebab diorang tak kenal pun orang kat bahagian pertukaran tu. First2 tu aku tak rasa pelik pun, biasa la kan mesti si isteri tak nak duduk jauh2 dengan suami kan. Rindu akan jadi berpanjangan gitu. Cewahhhh!

Dipendekkan cerita dia kata tahun ni dia akan puasa penuh. Haa tang tu aku dah rasa lain macam. Apsal plak dia puasa penuh kan. Soalan yang agak kurang bijak tu aku ajukan kat dia. Tiba2 secara spontannya terkeluar ayat yang tak berapa nak panjang dan tak berapa nak pendek ni.



Aku :


Dia :



Lepas tu memang aku gelak kuat sangat. Gelak gembira. Alhamdulillah, tak sangka tak lama lagi sahabat baik aku akan mendapat zuriat. Moga semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. Hehe.


p/s : Seronoknya pabila berada di bulan Ramadhan. Bulan yang dipenuhi dengan pahala yang berganda. Mari kita sama2 manfaatkan peluang yang telah diberikan kepada kita. Jadikan bulan ini bulan perubahan yang besar dan bermakna buat kita. Jadikan ianya titik permulaan kita untuk serahkan segala kasih dan cinta kepada yang berhak. InsyaAllah, moga perjalanan sahabat sekelian ke arah itu berjalan dengan lancar dan diredhai oleh-Nya. Istiqamah itu penting! Abaikan kata2 mereka,teruskan melangkah. Jangan takut dan gentar. Allah sentiasa bersama kalian. Amin....
Post a Comment