Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, July 16, 2013

Imbau #5 : Tragedi feri karam Sungai Kerian

Views
     
 
 
Selamat tengahari semua! Dah lama aku tak buat entry #Imbau ni. Setelah berhempas-pulas cari kenangan yang best dan tragik, akhirnya mata aku ni tertumpu pada kisah ini. Kisah ni di 'publish' oleh The Malaysian Insider pada tahu lepas (2012) jadi masuk tahun ni, kisah ni dah berlaku 41tahun dulu. Sebenarnya aku cuba sedaya upaya cari kisah kat area perak dan kisah Sungai Kerian nila jadi pilihan aku. Mari kita hayati kesedihan mereka saat itu.
 


Mengingati mangsa feri karam Sungai Kerian


14 SEPT — 13 September mungkin seperti hari-hari lain yang berlalu, tetapi pada tahun 1972, hari ini adalah satu tragedi yang telah melumpuhkan seluruh Parit Buntar kerana peristiwa feri karam yang membawa pada kematian 27 orang di mana 25 daripadanya adalah pelajar sekolah. Sungai Kerian menjadi saksi kejadian tersebut dan lebih menyedihkan kedengaran tagisan dan jeritan budak sekolah yang terperangkap dalam van sedikit demi sedikit hilang ditelan arus deras dalam peristiwa feri karam 40 tahun yang lalu seolah-olah baru berlaku.

Hari ini Bandar Bharu (Kedah) dan Parit Buntar (Perak) dipisahkan dengan Sungai Kerian, bezanya 40 tahun yang lalu perhubungan antara dua pekan kecil ini ialah melalui feri tarik yang diikat dengan sistem pulley dan ditunda oleh bot kecil dari belakang. Kesibukan feri ini selalunya ialah pada waktu anak-anak ke sekolah kerana itu sahaja yang menghubungkan antara Bandar Bharu dan Pekan Parit Buntar. Semasa peristiwa itu berlaku hari ini, hujan dikatakan lebat dan arus sungainya deras sehingga salah satu tali yang memastikan keselamatan supaya feri tidak dipukul arus putus. Semasa itulah muncung feri mula tercuram sedikit demi sedikit sehingga bas yang berada di atas feri secara perlahan-perlahan menjunam ditelan arus deras. Kisah van yang terkunci dan tidak dapat dikeluarkan mereka yang berada di dalam sedangkan orang lain yang berada di kedua belah sungai hanya dapat melihat dari jauh menambahkan kepiluan kisah ini.



Kisah keperwiraan

Pagi tadi saya menghadiri majlis memperingati 40 tahun peristiwa tersebut dan menandatangani kehadiran tanda sokongan dan simpati. Seorang anak muda yang berpakaian segak duduk di belakang saya. Seorang wartawan India membisikkan kepada saya “tu lah cucu Anamalay, pengendali feri yang telah mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa karam” Selesai majlis saya bersalaman dengan anak muda ini dengan memulakan kata-kata semangat “I’m proud of your grandfather”. Kisah lelaki India ini menjadi lagenda di kalangan mereka di Parit Buntar. Sebenarnya kisah ini dimaklumkan kepada saya oleh Siva (orang kuat Hindraf semasa PRU 12) sejak 2008 lagi, tetapi oleh kerana kesibukan urusan lain inisiatif mengenangkan peristiwa ini tertangguh. Sehinggalah 2012 apabila saya diwawancara oleh akhbar The Malay Mail beberapa hari lalu yang membuat liputan peristiwa ini dalam muka tengahnya hari ini, tragedi tersebut menjadi agenda saya yang tertangguh. Saya hadir dalam majlis peringatan 40 tahun pagi tadi untuk menyatakan sokongan saya kepada usaha mengumpul sejarah ini bagi pengajaran generasi hari ini. Saya juga difahamkan beberapa orang (seorang remaja yang bernama Tionghua) yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa turut dianugerahkan oleh YDPA ketika itu pingat Hang Tuah atas keberanian mereka. Bagi saya kisah ini menakjubkan di sebalik kesedihan tragedi yang menimpa rakyat di Parit Buntar ketika itu.

Peluang berucap

Walaupun kehadiran saya tidaklah secara resmi dijemput tetapi sambutan kedatangan saya disambut oleh jawatankuasa dengan penuh mesra malah saya diberi ruang untuk berucap. Berlatarbelakangkan Sungai Kerian di sebelah kiri saya, ucapan ringkas saya cuba mencungkil nilai keperwiraan di sebalik kesedihan tragedi untuk dijadikan semangat kepada hadirin yang mendengar. Saya juga menegaskan supaya pihak Majlis Daerah Kerian memberikan tapak untuk dijadikan memorial supaya peristiwa ini kekal sebagai memori kepada penduduk di sini. Majlis bertafakur sejenak dengan iringan pancaragam sekolah untuk mengingati mangsa terkorban. Selesai majlis saya bertemu dengan persatuan masyarakat sivil Parit Buntar yang mengambil inisiatif mengumpul bahan-bahan cerita malah mereka mahu mendirikan replika feri karam sebagai menghidupkan suasana tragedi itu. Saya menyatakan sokongan dan menghulurkan tangan untuk membantu demi rakyat Parit Buntar.

Terimakasih Malay Mail

Suratkhabar Malay Mail telah mengambil inisiatif dua muka surat tengah memaparkan gambar-gambar yang menyayat hati dalam tragedi tersebut bagi memperingati 40 tahun sejak peristiwa itu berlaku, syabas saya ucapkan malah cucu Anamalay memberitahu tahu program Astro “My Hometown” telah memaparkan tiga siri peristiwa tersebut. Walaupun ia tragedi tetapi mengingati semula 40 tahun itu adalah sebagai mengingati detik pilu dan kesedihan yang diratapi oleh seluruh rakyat di negara ini, khususnya warga Parit Buntar dan Bandar Bharu. Pagi tadi adalah imbauan silam, walaupun semasa itu saya masih kecil tetapi hari ini sebagai Ahli Parlimen saya merasakan seolah saya berada dalam detik-detik itu. Semoga roh mereka berada dalam ketenangan.





(sumber : The Malaysian Insider)



p/s : Al-Fatihah untuk mereka........

p/s : Ingin #Imbau kisah lain? Sila klik DISINI ..

No comments: