Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Monday, July 22, 2013

Yang Terakhir kali

Views
   





Selamat pagi semua. Alhamdulillah,syukur kerana masih lagi bernafas dan dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketenangan. Jangan lupa, doakan saudara2 kita yang berada di sana. Moga mereka kuat dan terus tabah. InsyaAllah, doa kita pasti akan mengiringi mereka berjuang untuk menegakkan agama yang suci ini.

Sekarang ni aku menaip dalam keadaan yang tidak tentu arah. Aku pun malas nak imbau kenangan lama sebab kenangan tu telah dihapuskan begitu saja tanpa berfikir terlebih dahulu. Kenangan yang sering menyakitkan hati bila difikirkan. Mungkin ini kali terakhir untuk aku bicarakan soal ini.

Komuniti ILuvIslam. Setelah lama nama itu tidak meniti di bibir aku, kali ini aku cuba kuatkan hati untuk menyebutnya. Terasa sakit hati tatkala berbicara soal ini. Apa yang dia fikirkan selama ini? Apa yang cuba dia tonjolkan? Apa sebenarnya niat dia? Sekadar mempermainkan perasaan orang? Hebat! Itu saja yang mampu aku katakan. Lepas satu, satu tindakan yang dia lakukan. Kalau rasa tidak yakin dengan apa yang dilakukan, jangan lakukan langsung. Tahukah dia, beratus-ratus harapan musnah hanya dengan sekelip mata? Gembirakah dia? Mari kita bertepuk tangan. Marah? Tidak. Mungkin kecewa. Kecewa dengan sikap yang langsung tiada hormat dan tidak profesional. Dia dah berjaya. Ya, Allah mengizinkannya berjaya. Kerana apa? Kerana adanya kami. Kerana adanya niat untuk mengubah generasi baru. Apa akhirnya? Dia sendiri yang keluarkan cahaya dan dia sendiri menggelapkannya. Tepuk tangan lagi sekali. Ingin saja aku memerlinya. Ingin saja aku ajukan bermacam-macam soalan di MukaBukunya. Kenapa? Mengapa?

Kejayaan apakah yang dia pegang sekarang ini? Kejayaan apa! Astaqfirullah'alzim. Ya, aku sudah melampaui batas. Kenapa? Tanyakan padanya kenapa? Pasti dia juga tiada jawapannya. Benar. Tiada jawapannya. Aku berterima kasih kerana Allah telah menjadikan dia sebagai orang tengah untuk aku menuju ke jalan-Nya. Dulu, doaku hanya untuk dia. Dan kali ini, aku harap dia dapat bergerak dengan doa yang mungkin dapat mencelikkan matanya yang mungkin hampir buta. Pergi! Jika kejayaan itu yang kau cari. Aku di sini akan sentiasa akan berdiri di sini, menantikan jika suatu hari nanti kau kembali sambil menghulurkan tangan. Tangan yang akan menyambut dengan penuh kemaafan. Kemaafan yang penuh dengan tulus ikhlas. Sedarlah wahai tuan, sedarlah wahai sahabat, sedarlah wahai hamba Allah. Berharap kau bertemu jalan yang engkau cari.


p/s : Mungkin ramai yang tak faham dengan entri aku kali. Tak mengapa sebab hanya orang yang terlibat je yang faham. Di sini aku selitkan post yang aku publish semasa gembiranya aku dengan kehadiran Komuniti ILuvIslam ni kat sini dan kesedihan yang aku alami ketika kejatuhan forum ini kat sini. Peristiwa ni aku jadikan pengajaran yang tidak ternilainya buat aku. Pengajaran tentang keikhlasan kerana Allah atau sebaliknya. Waallahu'alam...

Maaf, jika post ini agak keterlaluan. Astaqfirullahhal'azim. Aku hamba yang berdosa.


No comments: