Selamat petang semua. Dah makan tengahari ke? Aku? Erm diet. Hahaha.....
Pastinya semalam ramai rakyat Malaysia khususnya orang dewasa (comfirm la orang dewasa kan,tak kan la budak2 kecik nak join skali kot) sakit hati, sakit jiwa, sakit jantung dan sewaktu dengannya bila PM kita baik hati dan pemurah tu umumkan minyak naik. Yeaaa!!! Semalam dah start pesta dengan besar-besaran di stesen minyak seluruh negara. Hebat PM kita. Grrrrrr........
Ada apa dengan 20sen? Ada orang marah-marah padahal 20sen je. Ada apa dengan 20sen? Kita yang kaya, berharta, ada kerja ni tak akan fikir pun pasal 20sen ni. Ala hal kecik jela. Kalau 20sen hilang pun buat tak tahu ataupun tak kisah. Betul kan? Tapi pernahkah kita fikir 20sen tu sangat berharga pada mereka yang tidak semampu kita, yang tidak setuah kita. Meh baca ayat ni. Aku rasa ni cantik sangat. Baca dan fahamilah tapi sorry la sebab aku pun kopi dan teh je kan. Hahaha....
Azlina Hasan
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.
# akhirnya ada bicara yg luah apa aku rasa. terima kasih!
oh kesian pada yg mereka yg tak sudah bicara "bersyukurlah dgn keamanan
yg Malaysia ada." heyyyyy, ko tahu tak bersyukur tu ape?! dan ko yakin
sgt ke Malaysia ni aman even jenayah sini sana... tembak menembak mcm
dah kat SIAM dah?! bukaklah mata... jgn bercakap pakai voucer BRIM!
Baca dah? Jadi kesimpulannya, minyak comfirm akan naik dan tak pernah pun akan turun. Itu kenyataan yang korang kena terima. Tak kisah la minyak kita tinggi di antara negara ataupun paling rendah. Ada orang cakap, rakyat Malaysia terlalu "DIMANJAKAN". Sengaja aku besarkan ayat tu. Bukan aku suruh korang kata, "bersyukurlah Malaysia masih aman". Tidak. Kadang2 cabaran yang kita terima supaya kita pandai berjimat cermat. Kalau tak mampu, tak payah pakai. Aku bagi contoh, kalau dapat gaji ke apa ke aku selalu pakai kereta. Ke hulu ke hilir, seronoknya pakai kereta tapi bila duit dah habis, baru teringat motor yang tengah tersadai kat tepi. Boleh tangkap maksud aku?
Ya, aku kesian pada mereka yang tidak mampu untuk menampung hidup seharian mereka atau mungkin harga keperluan kita juga turut naik tapi kita tidak mampu untuk melakukan apa-apa pun. Cuma boleh memekak dalam FB ataupun dalam Twitter. Dia (PM) peduli? *geleng kepala*. Sesekali tidak. Dalam masa yang sama kita salahkan pihak yang mengundi BN dengan bahasa yang kurang enak. Korang tahu ke siapa yang mengundi? Tak tahu? Kalaulah yang mengundi itu adalah salah seorang yang anda kenal, adakah ayat itu yang akan ditujukan pada mereka? Aku malu sekali lagi. Islam sama islam plak tu. Ilmu ada. Pengetahuan ada tapi bila disuakan tentang isu bahas-membahas ni, kadang2 mereka boleh berada di luar kawalan. Sikit2 dah la. Kalau korang buat apa pun, ianya tak akan ubah apa2 pun keputusan.
"Ni mesti kau sokong BN kan kan". *geleng kepala*. Aku tak sokong mana pihak pun. Aku cakap apa yang aku tahu je. Nak taknak terima, terpulang. Ini pandangan aku je. Mungkin aku ni bukanlah tahu hal selok negara ni kan tapi aku tak nak korang gaduh sama sendiri. Itu je. Boleh tak?
p/s : PM seharusnya selidik dulu tentang rakyat sebelum naikkan harga minyak dengan serta-merta. Tak profesional langsung tindakan tu. Aku manusia yang suka tengok dan menilai. Aku ingatkan tahun ni Pembangkang menang. Teringin tengok cara pemerintahan mereka pula. *senyum*. Maaf kalau ada yang terasa ye.
No comments:
Post a Comment