Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Thursday, May 30, 2013

Respek!

Views
  
 
 
 


Kenapa sebelah sayap? Ianya umpama tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bukan mudah untuk berubah. Ya, aku sendiri tidak nafikan hal itu sebab sekarang masih lagi mengalami perasaan sebegitu. Memang, kalau nak berubah kena kuatkan hati dan berani. Teruskan berusaha dan berusaha. Ya, mungkin satu saat kita akan rasa berputus asa tapi tolonglah, abaikan saja perasaan sebegitu rupa. Itu sekadar permainan perasaan yang kadangkala terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak senang dengan perubahan kita. Saat itu anda hanya perlu, butakan mata, pekakkan telinga, dan hilangkan deria rasa, hati dan perasaan anda. InsyaAllah, anda terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.


Orang sekeliling pun penting. Kalau kita rasa kita mampu untuk membantu, bantulah dengan apa yang mampu. Jangan memaksa, jangan mengherdik dan jangan sesekali menghina. Itu bukan caranya. Jangan memandang sesuatu yang buruk itu akan sentiasa jadi buruk di mata kita. Mungkin yang buruk itu akan jadi lebih baik dari kita, kita tak akan tahu kan? Apalah guna kalau kita pergi ke usrah, dengar ceramah tapi masih lagi mengeluarkan kata-kata sebegitu. Nabi kita dulu pun nak mengajak orang masuk islam pun menggunakan bahasa yang sangat elok walaupun mereka dicerca. Kita? Kena jentik skit dah melenting. Post macam-macam dalam facebook sebab tak puas hati. Maaf, aku dah over acting. Baru je cakap..haha!

Mari para sahabat. Kalau kita rasa diri kita dah cukup baik sekarang dan tak perlu ubah apa-apa lagi. Aku mohon, korang fikir la dua, tiga kali lagi sebab masa itu tidak pernah menunggu anda. Kubur sedang memanggil. Tidak sabar untuk menerangkan kubur kita ataupun tidak sabar untuk menghimpit kita. Mana satu pilihan anda? Tepuk dada, sakit tak? hahaha...


p/s : Bersyukur setiap hari kerana masih mampu bernafas......

No comments: