Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Thursday, June 13, 2013

Majlis Pemasyhuran & exam!

Views
  



Selamat pagi semua. Apa khabar? Aku rasa aku busy sangat dalam seminggu dua ni. Kebetulan aku ada majlis yang besar untuk diuruskan dan aku plak dibawah kumpulan jemputan. Group aku ni yang bertanggungjawab dalam jemputan luar (pustakawan di setiap universiti) jadi aku asyik mengadap fax dan pos surat. Sangat letih okey. Lepas tu masa kejadian aku kena jemput orang kat airport Senai. First time sampai kat sana..huhu!
 
 So aku pun malas nak bercerita panjang. Pada 11hb Jun 2013, telah berlakunya peristiwa Pemasyhuran Perpustakaan UTHM yang telah diberi nama, Perpustakaan Tunku Tun Aminah sempena nama anak perempuan sultan johor. Ni first time aku terlibat dengan majlis yang besar dan melibatkan kerabat diraja ni. Fuhhh! Sangat gelabah sebab risau majlis ada masalah. Haa yang paling best sekali, masa tula aku nak gunakan skill aku untuk snap picture. Banyak dugaan sebenarnya. Yela, kena pandai cari tempat, kena cepat lepas tu kena ada stamina yang tinggi. Asyik mengejar je kerja..hehe! Kalau kita tangkap gambar kahwin senang sebab si pengantin dengar arahan kita tapi kalau majlis semacam ini memang susah la kalau kita snap picture ikut citarasa kita kan. Pakai snap jela. Apa2 pun aku happy sangat dengan semua picture yang aku ambil. Boleh la kan. So tak payah cerita panjang, meh kita layan gambar jela ye.....


Perpustakaan UTHM
Cenderahati Tunku
Ketibaan Tunku Tun Aminah (cantik!)
Tunku tengah bertitah
Acara gimik
Senyuman manis Tunku
Lawatan Tunku di dalam perpustakaan
Guest Book

Lawatan taman



Akhirnya tamat sudah majlisnya. Kaki aku pun dah start sakit sebab asyik berjalan je. Aku ingatkan majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah tapi rupanya ada juga masalahnya. Bak kata orang, rumah dah siap tapi pahat masih lagi berbunyi. Biasa la tu. Kita semua belajar la dari kesilapan ini. Apa2 pun tahniah buat semua. Syabas!

Owh ye, kebetulan hari ini, 13hb Jun dan esok, 14hb Jun, aku akan menghadapi exam perkhidmatan. Exam apa tu? Korang tanya la member korang yang kerja goverment, comfirm dorang boleh jawab sebab aku malas nak terangkan..huhu! Wish me luck okey!

No comments: