Selamat hari isnin semua!! Hari yang dipenuhi dengan kebluran yang melampau sebenarnya. Bagi aku la kan yang dah lama sangat tak menapak kat dalam opis ni. Eh pergi mana? Baru-baru ni memang aku agak sibuk dengan aktiviti luar opis. Jadi meh la aku cerita aktiviti yang aku jalani dalam beberapa bulan ni. Cerita yang aku usaha pendekkan dan InsyaAllah tak ada yang tertinggal satu huruf pun. Complete dari A sampai Z. Yela, memandangkan labah-labah terover suka buat sarang kat blog aku ni, biar cerita aku kali ni nampak panjang skit. Jadi silalah rajinkan diri anda tu untuk membaca dengan penuh kesabaran ye. Haha!
Okey, pada 21hb September lepas telah berlangsungnya Konsert 20tahun Uni aku. Haa gempak gitu, siap ada konsert kan. Agak besar jugak perbelanjaan yang dikeluarkan dan bukan saja pada pandangan aku, korang pun akan kata benda yang sama kalau mendengar jumlah yang telah dihabiskan hanya dalam satu malam saja. Membazir. Yup, sangat membazir tapi apakan daya aku. Aku ni staf biasa je dan tak mampu nak memutuskan sebarang keputusan pun. Maafkan aku sebab aku tak boleh nak keluarkan jumlah tersebut. Bak kata orang, rahsia kerajaan. Haha!
Malam tu ada persembahan hebat dari Orchestra NUS (National University of Singapore). Sangat hebat. Kagun aku, sampaikan aku 'ada hati' nak join orchestra padahal alat muzik pun tak reti nak main. Ada hati la sangat kan. Haha! Tapi itu bukanlah topik utamanya. Haa kehadiran Anuar Zain dan Alya yang menghangat pada malam tu. Jadi pastinya anda boleh bayangkan berapa banyak Uni aku dah berhabis pada malam tu jika melibatkan penyanyi tersohor tanahair. Tersohor ke? Teettttt!!
|
Budak Orchestra baru masuk dewan. |
|
Persembahan Alyah. |
|
Persembahan Anuar Zain. |
Inilah sedikit sebanyak gambar yang boleh aku kongsikan tapi aku rasa giler aura Anuar Zain malam tu. Cair! Huhu.. Apa-apa pun nak kata puas malam tu, boleh la sebab masuk free kan. Puas tak puas, iyakan aje daripada tak dapat masuk langsung. Okey tamat dah kisah tu.
Sekarang kita masuk topik lain plak. Baru-baru ni dalam 28hb Oktober, aku kena menghadiri kursus karekter yang dianjurkan Uni aku sampai la 30hb. Jadi bertolak aku dari Uni ke Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi, Segamat. Sangat best sebab kitaorang tak tidur dalam khemah disebabkan pengalaman sebelum ni yang dikatakan ramai staf merungut sebab banyak nyamuk dan serius, memang banyak nyamuk sangat. Haha! Dalam 3hari tu pun banyak kes dan pengalaman yang sangat berharga. Memang best aktivitinya. Takde la asyik ada LDK je kan. Aku paling tak suka kalau ada aktiviti LDK tu, membosankan. Meh aku tunjukkan beberapa aktiviti yang aku buat kat sana.
|
Masa ni percubaan tapi lepas tu terjadi sesuatu yang tak diingini. Meja yang dorang naik tu tiba2 patah dan ada la sorang dua yang cedera sebab terkena meja tu. Malang itu tidak berbau kan? |
|
Masa ni tengah sibuk cari checkpoint. Main Treasure Hunt. |
|
Best tapi susah giler nak dayung. Yela, pendayung pun kecik orangnya. Haha! |
|
Firts time main fire ball. Kelapa yang dibakar dan main macam bola tanpa pakai kasut. Ada bran? |
|
Cuba melepasi sarang labah2. Ala siapa yang tak pernah try. Semua pernah kan? |
|
Merangkak la plak... |
|
Main kasut gergasi. |
|
|
Sorry la kalau tengkuk korang sakit sebab tengok gambar ni semua. Aku tak sempat nak rotate. Haha. Sabo jela ye. Ada satu pagi tu kitaorang ada buat satu aktiviti yang aku rasa memang aku tak boleh nak buat tapi akhirnya aku lepas jugak dengan semangat yang member lain bagi. Korang tahu tak pelapik dalam bilik air tu? Ala yang macam ni...
|
Haa macam ni.. |
Dorang bagi kitaorang sorang satu benda ni. Benda ni kan kat bawahnya ada tajam2 tu jadi kitaorang kena pijak sebelah kaki je atas ni tanpa kasut selama 15MINIT!! Nampak macam kejap je kan tapi hanya Allah je yang tahu betapa lamanya nak tunggu 15minit tu tamat. Terlampau sakit sampaikan nak giveup tapi member bagi semangat dan akhirnya kitaorang berjaya. Yeaaa!!! Apa yang penting, kerjasama! Hehe.
Tamat kisah kursus, aku berhempas pulas training untuk SUKUM yang diadakan pada 2hb November sampai 10 November kat UKM. Sebelum kursus tu pun aku dah sibuk training sebenarnya jadi masa tu aku dah start tak masuk opis sebab training. Kalau nak ikutkan sebelum tu aku training bowling tapi ada sebab munasabahnya, aku tak dapat join. Kebetulan rezeki, aku terima pelawaan team badminton. Lagipun aku memang minat badminton berbanding bowling. Jadi aku gunakan peluang yang ada. Berapa hari aku tak boleh nak tidur,sakit badan. Yela, dah lama tak excercise kan. Hehe. Aku main di akhir game. Aku main mix. Pertama kali jugak. Selalunya aku main beregu wanita je kan so kali ni beregu dengan lelaki, rasa lain plak. Walaupun kalah tapi aku puas hati dengan game. Semua orang usaha lebih sangat. Terima kasih pada mereka yang beri peluang kat aku. Harap2 tahun depan boleh masuk lagi. Hehe!
|
Nampak tak keseriusan aku bila dalam court,poyo..haha! |
|
Snap pic dengan geng UM. |
|
Tak berapa sopan aku. Haha! |
|
Tada!! Untung la dapat bergambar dengan Roslin Hashim. |
|
Team Badminton. |
So setakat ni jela cerita aku. Hari ni aku kembali semula kat opis. Terasa lain plak bila masuk opis ni. Yela, seronok plak bila buat aktiviti luar ni. Hehe. InsyaAllah, ada masa aku akan update lagi kisah2 yang menarik sebab sekarang ni macam aku pun dah kurang aktif kat blog ni tapi don't worry be happy, walaupun tak sempat update tapi aku akan update jugak. Aku tak akan benarkan labah2 bermaharajalela kat blog aku ni. Haha!
Ada masa lagi kita sambung celoteh okeh!
No comments:
Post a Comment