Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Monday, May 27, 2013

Hari Minggu ku..

Views
  
 
 
Selamat pagi semua..eeerrr maksud aku selamat tengahari? hehe..Sibuk sangat buat kerja sampai tak perasan jam sudah pun menunjukkan angka 1. Saja nak tunjuk aku ni pekerja yang sangat rajin..Muahahaha!!

Selamat hari Wesak semua walaupun dah lepas. Macam mana cuti korang? Mesti perut korang kenyang asyik makan nasi kenduri je kan. Haa sebut je pasal kenduri, kat sini aku nak ucapkanlah Selamat Pengantin Baru kat kawan2 tak kira la jauh mahupun dekat. Korang dah tukar status dan aku harap hubungan korang kekal la sampai bila2. Maaf sebab aku tak dapat nak hadir. Tahniah buat Hyun, firah, waida, tiqah, rose yang buat kenduri kat kedah. Jauh nun ha,ceq memang tak leh nak p. Tahniah jugak buat kawan opis aku, si asuwat. Walaupun kenduri kat segamat je tapi aku tetap tak boleh pergi. Sorry bro, tengok gambar jela..huihuihui..
 
Bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Kenapa aku tak boleh pergi semua kenduri tu? Kenapa? Kenapa? Jeng..Jeng..Jeng..Sebenarnya aku terpaksa balik rumah kakak aku sebab dia ada masuk game Celebrity Race. Disebabkan takde siapa nak jaga anak dia, akulah yang jadi mak sanggup untuk jaga anak dia. Ah! Baiknya aku. Nasib la mood budak tu okey je masa tu. Kalau tak susah jugak aku nak jaga. Itu pun jenuh aku lari dari satu tempat ke tempat lain sebab bila dia nampak mama & papa nya mula dia merengek jadi terpaksa la aku follow je bontot akak tu ha sambil pujuk dia. Yela, nak mandi sungai. Oh lupa plak nak bagitahu tempatnya. Di Hulu Yam gitu.

Game ni anjuran Media Hiburan. Media Hiburan? Maksudnya aku ada jumpa artis? Yup. Betul.  Tapi disebabkan aku takde feeling apa2 kat artis ni, aku takde la pergi gatal2 tangan tangkap gambar diorang pun. Buat apa? Semak memory camera aku je. Haa kau kejam gitu. Artis yang masuk (yang aku kenal la kan), si Jihan, Zoey, Adli, Zul Ariffin, Ezainy, Caroline (protoge ella,apa susah la nak eja), Ayu, Shira, Soo Winci  dan yang lain aku tak kenal. Geng media pun banyak juga.






Letih memang letih walaupun aku tak masuk pun game tu. Letih mengejar sebenarnya. Last2 akak dan abang aku kalah. Tak menang langsung. Hm soalan pun susah sebab bukan tahu sangat pun pasal artis ni. Siap kena cari nama penuh artis plak tu, Naya. Walaupun tak dapat ketiga-tiga tempat tu. Dapat cabutan bertuah pun cukup la.




Haa ni jela akak aku dapat. Lagi satu ada dapat hamper Adabi. Kira okey la kan. Seronok juga aku tengok dan teringin juga nak masuk. Tahun depan nak try la masuk..huhu! Oh dalam gambar tu bukan aku yer. Si penangkap gambar tak akan ada 'dia' dalam setiap gambar. Itulah tugas seorang penangkap gambar dan aku sukakannya..hehe!


p/s : Zoey sangat comel! Umur dia berapa ye? Aku nak ngorat..haha! Gurau..Bluuwweekkk!
Post a Comment