Selamat petang semua! Dah lunch ke? Makan apa? Aku? Eh banyak plak penggunaan "?" ni erk. Okeylah, aku pun malas nak cerita panjang lebar sangat. Kita pendekkan jela apa yang patut yer.
Hari khamis, 9hb 5, 2013 aku telah dilamar. Apa!! Dilamar! Siapa yang melamar? Doktor, peguam? Hah siapa!? STOP. Udah-udah la tu. Poyo je lebih. Ada hati nak buat drama tengahari buta ni. Aku bukannya dilamar pun tapi diminta bantuan untuk tolong Majlis Konvo Pusat Pendidikan Berterusan (CEC). Haa nampak tak intro yang sangat over aku tu? hahaha. Kawan kepada kawan aku ni terpaksa minta tolong sebab ada ahli jawatankuasa dorang dah tarik diri last minute. Jadi disebabkan hari minggu aku takde plan apa, aku setuju jela sebab kerjanya senang je. Jadi pemandu graduan je. Nampak je senang. Yang leceh tu asyik kena berdiri je. Lenguh kaki aku.
Firstday (hari sabtu), dengan semangat aku datang tepat pukul8 tapi aku tak nampak siapa pun. Marah tu dah start nak datang. Untuk redakan kemarahan tu lebih baik aku duduk. Kan kalau kita tengah marah semasa berdiri kita kena duduk, dan kalau kita marah ketika duduk kita kena baring. Haa pernah dengar tak? Jadi aku pun duduk la sambil belek-belek handphone aku. Nasib ada handphone jadi aku main la game dulu lepas tu baru ada orang datang.
|
tengok, takde siapa pun lagi. Sedih! |
Jadi bila semua dah ada, kitaorang pun start buat raptai untuk Majlis Konvo esok (ahad). Meh aku bercerita melalui gambar jela ye. Sorry kalau gambar tak memuaskan. Kamera biasa jeeee....
|
lap-lap apa yang patut |
|
sesi latihan penyampaian sijil |
|
sesi persembahan |
Bila dah habis sesi raptai. Esoknya (ahad), kena datang pukul7 sebab banyak benda kena ready. Risau juga aku kalau tiba-tiba ada masalah yang tak diundang. Sekali lagi, meh aku bercerita melalui gambar jela yer. Malas nak menaip..huhu!
|
graduan baru masuk |
|
semua pakat mengantuk dengar ucapan |
|
sesi graduan nak kena beratur naik pentas |
|
duduk keja. rehat. lenguh kaki asyik berdiri. |
| | | |
akhirnya majlis tamat dengan jayanya, walaupun pada permulaan ada kelam kabut sikit..huhu! |
|
|
p/s : Bila dah habis majlis tu baru aku terfikir, Eh esok hari isnin la! (cuti yang tiada makna..hahaha)
p/s : Sebenarnya hari ni aku nak post cerita tentang peristiwa 13 mei tapi macam tak sempat plak. Pembacaan aku tak habis lagi. Peristiwa ni penting jadi aku kena baca semua sumber untuk senang aku buat kesimpulan. Kes perkauman bukanlah kes yang mudah. Perlu atur madah dengan baik sekali. InsyaAllah, mungkin esok. Tunggu ye....
No comments:
Post a Comment