Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Saturday, March 31, 2012

Kehebatan Hamidan

Views
 

Selamat Pagi Semua!!

Mesti semua orang (terutama perempuan) dah start terpacak kat dapur untuk menyiapkan makanan tengahari ni. Menu apa? Aku? Erm biasa la, masakan bujang jela..hehe

Apa macam game bola semalam? Best? Pada aku sangat best, lawak dan macam2 lagi. Perlawanan antara pasukan kenari dan seladang semalam tersangat mencabar minda aku. Pada awal perlawanan, kita memang nampak dengan jelas padang di dominasi oleh pasukan perak yang bertubi2 nak menjaringkan gol tapi satu pun tak kena..aiyoo..Aku agak berpuas hati dengan permainan perak berbanding kedah kerana mereka lebih teratur dalam membuat serangan. Yang paling aku kagum, dorang passing bola hanya dengan onetouch je! wahhhhh! tapi mungkin nasib tak menyebelahi mereka sebab setiap kali nak jaringkan gol tak menjadi. Yang paling aku geram masa terkena gol sendiri tu (tepuk dahi), apa la diaorang ni..


Aku rasa semalam pak midan (Hamidan) boleh la melepaskan nafas lega sebab menghadiahkan 2gol untuk pasukan kenari. Agak2 kedah akan kekalkan kedudukan pak midan tak? yang tu aku tak tahu tapi aku pasti mereka masih mahukan magis yang mungkin dilakukan oleh pak midan lagi. Lagipun tak lama lagi kedah akan berhadapan dengan pasukan kelantan. Kalau betul la kedudukan pak midan dikekalkan, dia kena berusaha lebih. Yela, bukan senang nak kalahkan kelantan tau..huhu!

Apa2 pun aku happy dengan kemenangan kedah semalam dan puas hati dengan permainan perak walaupun kalah. Dua negeri ni tetap menjadi pujaan hati ku. Kepada sesiapa yang tak tengok bola semalam, kedah menumpaskan perak, 3-0 di stadium Darul Aman.



p/s : mengimbau kembali kemenangan perak ke atas kelantan, 4-0..bila la peristiwa itu akan menjadi lagi ye?

No comments: