Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Sunday, March 11, 2012

Penat!

Views
    


Selamat Malam Semua!!

Hari minggu memang jadual aku padat sangat. Dari pagi sampai la petang, macam tak cukup rehat pun ada tapi apa2 pun aku happy sangat sebab dapat jalan puas2 dengan ummi dan ayah aku. Yela, aku satu2nya anak bujang dorang jadi mesti la aku kena penuhi apa yang dorang nak. Aku tak kisah, selagi ada tulang empat kerat aku ni, pastinya ummi dengan ayah jadi keutamaan aku.

Hari sabtu, dalam pukul10 macam tu aku dah start siap2 nak pergi usha tempat interview aku tu. Yela, aku pun tak berapa tahu tempat tu kat mana jadi kena la usha habis2an dulu kan sebab aku tak nak la nanti masa nak pergi kelam-kabut. Tak salah kan bersedia lebih awal? Cari punya cari punya cari, last2 baru jumpa. Sampai pun dah nak dekat tengahari. Bila dah kenal pasti tempat nak di interview tu terus ayah cadangkan kitaorang singgah KLCC dulu. Memandangkan aku pun dah lama tak pergi KLCC tu walaupun takde apa pun yang best kat situ, aku halakan jela kereta pergi KLCC plak. Lepak makan kat foodcourt kejap pastu relax2 dulu baru kitaorang jalan2. Singgah kejap kat kinokuniya tapi xde benda menarik yang aku nak cari terus aku ajak ayah kuar
je. Last2 ayah ajak aku masuk petrosains. Memandangkan aku pun tak pernah masuk petrosains tu (kesian kan) jadi aku terus setuju je dengan cadangan ayah aku tu. Haa kalau ada sepape nak masuk, warga emas (umur 56 keatas), rm8 je. Dewasa plak (umur 18-55), rm15. Nak dijadikan cerita, umur ayah aku dah masuk golongan warga emas. Kesian ummi sebab tak dapat emas lagi..hahahaha..Lama jugak jalan2 dalam tu sampai lenguh kaki aku ni. Aleh2 sampai rumah dalam pukul9 malam. Haa ambik ko, jalan sakan kan..

Hari ahad plak takde la sebusy  hari sabtu. Hari ahad hanya pergi jemputan kahwin sedara aku kat selayang nun. Pape pun tadi kitaorang sesat. Pusing banyak kali dah tempat tu tapi disebabkan tak tahu terpaksa suruh abang ipar aku ambil. Dekat je kot tempat kitaorang tengah pusing2 tu dengan tempat kenduri..haishhh!

p/s : dikesempatan ni jugak, aku nak ucapkan tahniah la kat kak zura, salwana dan kak ayu sebab telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Sorry kat kak zura dengan salwana sebab aku tak boleh nak pergi kenduri korang. Tak lupa jugak aku ucapkan tahniah kepada yan dan shidah sebab sekarang dah jadi tunang orang. Banyakkan sabar yer sebab banyak dugaan time tunang ni..hehe..:)
Post a Comment