Selamat Petang Semua!!
Alhamdulillah, kita sudah pun menjengah masuk ke bulan yang baru iaitu APRIL!! Rasa cepat sangat masa berlalu. Pejam, celik, pejam, celik, kita sudah hampir ke pertengahan tahun 2012. Hurm dalam masa tu jugak banyak benda berlaku.
Hari ni tengah belek2 FB, tetiba ternampak satu gambar yang buat aku tersenyum lebar. Alhamdulillah, satu2nya abang yang aku ada telah pun selamat mendirikan rumahtangga. Walaupun kitaorang tak rapat dan jarang jumpa antara satu sama lain, aku tetap sayang dia. Dia tetap abang aku.
Ingat lagi masa sekolah, waktu tu dia dah tamat sekolah tapi dia berusaha datang sekolah semata-mata nak bagi hadiah masa birthday aku. Sweet sangat! Apa2 pun aku tumpang gembira bila dia dah jumpa pasangannya. Moga berkekalan hingga ke akhirnya. Itu doa aku untuk dia...
Tapi tengah happy ni rasa sedih jugak sebab dia tak jemput aku pun pergi kenduri dia. Erm actually diaorang baru nikah, tak tahu la bila sandingnya. Aku tetap tunggu dia jemput tapi kalau dia tak jemput jugak, nak buat macam mana kan..terima jela..aku tetap akan doakan dia..(^_^)
2 comments:
entri jeles ke? haha
apa maksud ang dengan jeles tu?
aku kurang paham plak..hehe
Post a Comment