Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Saturday, March 24, 2012

Kita kata orang, kita?

Views
 

Selamat Malam Semua!!

Sekarang ni aku banyak jadi silent reader kat FB. Aku ada la keluarkan status kat wall aku tapi benda tak la penting sangat kan. Saja, nak lepaskan bosan je..hehe

Yup, ramai di kalangan sahabat2 aku yang banyak luahkan perasaan. Tak kisah la, marah ke sedih ke. Boleh dikatakan semua la kan. Aku pun kadang2 ada gak buat status macam tu, biasa la kan..hehe

Nak dijadikan cerita ada sorang kawan aku ni luahkan perasaan tak puas hati dia kat aku, dia kata dia menyampah tengok status kawan dia yang kadang2 saja buat2 baik tapi bila naik angin,
macam2 bahasa keluar. Dia rasa kawan dia tu amatlah hiprokrit. Jawapan aku pendek je, tak payah la baca status diaorang. Dia tersengih je macam kerang busuk, mungkin tersindir kot dengan kata2 aku tu.


Macam ni jela kan, akaun FB adalah hak masing2 dan ikot korang la macam mana korang nak corakkan akaun FB korang tu tapi kalau sampai dah naik menyampah tu, lebih elok korang padam jela akaun korang tu sebab dengan cara macam tu korang akan dapat dosa free je tau. Kalau korang rasa tak puas hati lebih baik korang cakap direct je, tak payah la tambah dosa ngumpat belakang ni.

Kalau nak ikotkan bagus juga dorang keluarkan status yang baik2 walaupun kita tak tahu niat dia apa. Nak tunjuk baik ke apa ke, lantak dorang la asalkan dorang dah sebarkan agama walaupun dengan 1ayat je. Pernah dengar tak ayat tu? Mesti la pernah kan. Nabi pun suruh kita sebarkan agama islam ni walaupun dengan 1ayat sekali pun. Kita kata kat orang, kita macam mana plak? Kita ada sebarkan ke? Jadi bak kata orang, sebelum kata orang lebih baik kita cerminkan diri kita dulu. Jangan la sesuka hati je ngata kat orang.

Aku takde la nak bagi nasihat apa2 pun kat golongan ni tapi aku harap sangat, sesiapa yang menegur dan ditegur tu, terimalah dengan hati yang terbuka. Janganlah korang berbalah antara satu sama lain, kononnya nak tunjuk siapa yang paling baik. Tak elok buat macam tu tau..hehe

p/s : aku ditegur sebab memakai kasut tertutup disertakan sekali dengan gelak ketawa, salah ke?
Post a Comment