Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Thursday, March 8, 2012

Tetiba?

Views
 
Good Morning!!
Semalam dengan hari ni aku rasa terkejut sangat. Sebab apa? Tetiba je internet okey plak kat opis aku ni. Yela, sebelum ni aku bertungkus-lumus nak buka blog kat opis ni, asyik tak boleh je kan so keajaiban telah pun berlaku..hehe..
Semenjak dua menjak ni aku takde story nak cerita. Mungkin dalam beberapa hari ni kehidupan aku agak teratur dan dilalui dengan penuh ketenangan. Alhamdulillah. Dah tiba masanya aku ubah cara hidup aku yang asyik nak tension, marah, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Skali skala kita jangan la ambil peduli sangat perkara yang kita tak suka, dengan cara itu membuatkan kita mudah lupa dengan apa yang dah jadi. Itu cara yang paling selamat la kan..
Kalau cakap pasal kehidupan ni, aku rasa lebih selamat kalau aku berserah je. Kalau aku fikir, aku risau aku tak akan dapat jawapan yang aku nak. Walau dapat jawapan sekali pun dalam keadaan ragu dan was2. Biarlah. Setiap harapan disamaratakan. Tiada yang teratas dan tiada yang terendah. Aku dah bersedia, bersedia menerima jawapan untuk setiap soalan yang aku ajukan.
Aku pernah dengar orang cakap, "kadang2 Allah datangkan seseorang kat kita untuk menguji dan memberi sesuatu yang kita tak pernah rasa sebelum ni". Ujian tu aku sedang jalani sekarang ni. Orang yang ada pengalaman banyak pun akan tewas kalau cara yang kita gunakan tak betul. Jadi aku hanya mengikut rentak dan berserah tapi tak bermakna aku tak berusaha menjadikan ianya satu kenyataan. Jika Allah izinkan, pasti angan2 menjadi nyata dalam sekelip mata. ^_^
p/s : merepek la aku hari ni..hehe..bosan la katakan..huhu!
Post a Comment