Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, March 27, 2012

Something wrong somewhere..??

Views
  

Selamat Petang Semua!!

Dah balik kerja ke? Mesti semua pakat2 dah balik pastu relax depan tv sambil tonton cerita drama yang tak pernah aku ikuti pun. Dunia drama semua tu dah jauh dari hidup aku. Sekarang ni cuma aku dan labtop. Ntah kenapa aku lebih suka bercerita secara menulis berbanding bercakap. Walhal, dulu ummi aku cakap mulut aku la paling becok sekali. Dah la cakap pelat kan..hehe..Ya, masa telah mengubahnya. Seorang yang banyak mulut terus jadi pendiam. Nak salahkan siapa?

Dulu habis je sekolah menengah, aku dah berjanji pada diri sendiri yang aku tak nak bangkitkan nama "yan". Sejak masuk kolej aku tukar nama "azie". Actually ramai kawan sekolah aku tanya, kenapa tukar nama. Padahal nama "yan" tu family aku dah sinonim dengan nama tu. Niat aku tukar nama sebab aku tak nak ingat benda lama (kisah lalu). Biar jela kawan2 sekolah aku je guna tu nama tu. Saat tu aku nak mulakan hidup baru dengan segala2nya baru tapi sekarang ni nama "yan" tu dah muncul balik bila terciptanya FB.


Kawan sekerja aku pun guna nama "yan" sebab kebetulan ada nama panggilan yang sama kat opis tu jadi dorang nak membeza antara kitaorang, dorang panggil aku "yan'. First2 aku memang tak suka dengar tapi bila dah lama aku kena terima jugak.

Aku nak wujudkan balik nama tu walaupun aku rasa aku tak patut buat macam tu. Ya, aku masih lagi ingat kisah lama walaupun benda tu dah lama berlalu. Buat apa la aku nak fikir benda lama, betul tak? Bak kata member aku, kita perlu ikhlaskan hati untuk maafkan seseorang tapi aku tak cukup kuat untuk lakukan perkara seperti itu. Aku manusia biasa yang boleh terluka jika disakiti jadi apa yang perlu aku buat?

p/s : actually aku nak buat entry pasal benda lain. langkali jela yer..^_^

2 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

salam azie

ang ada nama lain noh. haha

:P

Unknown said...

wslm..

mesti la ada..haha

awat ang nk pggl guna nama yan ka?