Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, March 9, 2012

Debaran

Views
  


Selamat Malam Semua!!

Hari ni habis je kerja terus ajak ummi dengan ayah jalan2. Saja, diorang mesti boring asyik duduk terperap kat rumah. Yela, dah la rumah flat. Hurm bukan senang nak jejak tanah, jauh je kan..hehe..

Erm debaran apa yang aku tunggu ni. Mesti la pasal interview aku minggu depan. Haish gelabah, gementar, berdebar, takut, semua ada la. Aku dah study sikit2 tapi ntah la, perasaan 'risau' tu kadang2 dah hampir2 menghilangkan apa yang aku dah study tu. Aiyoo bahaya jugak tu kan. Aku ni memang suka gelabah over sangat. Dari kecik aku memang macam ni so aku takleh nak elak benda tu semua. Aku harap penantian aku selama ini akan berakhir..aminnnn!


Kuasai Bidang Lain

Semenjak aku masuk dalam bidang penulisan ni membuatkan aku nak kuasai bidang lain. Tahun lepas aku dah start jadi photographer yang belum lagi diiktiraf sebab aku masih lagi dalam proses pembelajaran. Lepas ni ada satu bidang lagi yang menarik minat aku iaitu muzik. Sebelum ni aku dah beli kamera so kali ni aku bercadang nak beli gitar plak. Member aku tegur, benda yang aku buat tu semuanya buang masa dan duit. Sekali fikir, aku pun rasa macam tu jugak tapi bila fikir banyak2 kali, apa salahnya kalau aku nak kuasai semua bidang tu kan. Bidang penulisan aku seiringkan sekali dengan pembelajaran aku terhadap agama islam. Bila kita banyak menulis, secara automatik kita akan membaca dan kita akan tahu. Alhmdulillah, dalam tempoh ni aku dah belajar banyak benda yang aku tak tahu. Terima kasih jugak kepada rakan2 yang banyak tolong aku. Tengok, apa yang aku buat mesti ada sebabnya. Aku jadi photographer bukan sebab nak tangkap gambar je tau tapi dari situ la aku dapat tahu betapa besarnya kuasa Allah. Apa yang aku dapat dari muzik plak? Ala aku bukan nak jadi artis pun tapi mana la nak tahu kan aku leh compose lagu nasyid. kan bagus tu. Berangan? Kalau ada usaha, InsyaAllah mesti boleh. Mungkin tak la sehebat Yuna tapi untuk membuka mata saudara islam ku sekalian, mimpi pasti akan jadi realiti. Sentiasa berdoa dan tetapkan niat yang baik.


p/s : tengah dalam proses menghasilkan novel yang pertama. Hm susah jugak..^_^

No comments: