Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Sunday, March 4, 2012

3 Mac 1924

Views
 


Selamat Petang Semua!!

3 Mac 1924? Walaupun tarikh 3 Mac adalah semalam tapi tak salah kot aku post pada hari ini.

Secara jujurnya, aku tak tahu menahu pasal tarikh keramat itu. Tarikh yang menunjukkan kejatuhan pemerintahan khilafah. Orang islam apa aku ni sampai tarikh penting tu pun aku tak tahu. Alhamdulillah sangat bila hati aku terdetik baca entry dari Soutul Mujahid tentang sejarah tarikh tersebut. Ceritanya agak pendek dan tidak memuaskan hati aku yang sedang membuak2 ingin tahu. Jadi dengan pantas tangan aku ni menaip sesuatu di yahoo search. Harap apa yang dicari akan dijumpai. Akhirnya terpapar sebuah video yang membuatkan aku terdiam buat beberapa2 jam. Kosong fikiran aku tatkala itu.


Ya benar, kita sekarang dilanda dengan perasaan wahn. Apa itu wahn? Wahn itu adalah "cintakan kehidupan dan membenci kematian". Tatkala ayat itu dikeluarkan, aku sedikit terkedu. Satu-persatu sejarah dipertonton dan begitulah satu-persatu mayat bertaburan di sana sini. Aku terdiam, fokus. Telinga menangkap kata-kata mereka, dimanakah umat islam tatkala mereka memerlukan bantuan? Dimanakah tentera dan juga peluru2 yang dibuat untuk melindungi rakyatnya? Sekelip mata orang islam dibenci tanpa sebab. Sekelip mata orang islam dikatakan pengganas. Apa sudah jadi ni?

Satu-persatu wajah pemerintahan aku tatap yang sedang menggenggam erat tangan si pemusnah. Diorang tak sedar ke? Nak saja aku keluarkan kata, "mari jadikan semua rakyat malaysia seorang tentera!". Tidak mungkin kan? Tentera ataupun tidak, itu bukanlah sesuatu yang penting. Yang penting iman dan keberanian sudah cukup untuk melawan mereka. mungkin mereka gah dengan senjata api tapi ianya tidak mudah untuk memusnahkan keimanan semua umat islam.

Ya, suatu hari nanti pasti ada yang menakluk kembali ke atas kota tersebut sekali lagi selepas menyaksikan penaklukan Sultan Muhammad Al-Fateh sebelum ini. Kegemilangan umat islam pasti akan menjelma kembali.


  



Mari semua umat islam, kita renungi bersama. Tanamkan azam untuk mengembalikan kegemilangan ISLAM dimata dunia. ALLAHUAKBAR!!

1 comment:

Muhammad Naim Abdullah said...

tegak khalifah di dalam diri dulu, baru tertegak khalifah di muka bumi..

:)