Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Thursday, March 29, 2012

Perbincangan

Views
 


Selamat Malam Semua!!

Okey hari ni, mood aku tersangat la baik. Pasal semalam tu aku dah lupakan. Bak kata orang, siapa suruh jolok sarang tebuan kan, padan la muka kena sengat. So apa yang boleh aku simpulkan pasal hal semalam tu, biarlah. Benda dah jadi dan kalau ada apa2 jadi aku kena tanggung la sendiri. Aku tahu, takde siapa yang boleh tolong.

Tadi tengah khusyuk scan bahan untuk masukkan dalam sistem, tiba2 plak aku terasa nak tanya sesuatu kat sorang abang ni. Kalau aku nak scan apa2 mesti aku akan masuk tempat dia pastu kadang2 tu macam2 kitaorang sembang. Tak kisah la pasal apa pun, bercerita je. Satu saat tu aku cerita pasal kahwin. Yela kan, orang bujang kena la tanya orang yang dah berpengalaman..hehe..jadi macam2 benda aku tanya kat abang tu. Banyak benda dia nasihatkan aku membuatkan aku agak takut sedikit untuk membuat persiapan kahwin nanti. Eh kejap, aku dah nak kahwin ke? Takde la, belum ada jodoh lagi..hahahaha!!


Berbalik pada cerita tadi, banyak benda sebenarnya menyimpang dari niat aku. Kena seimbangkan antara permintaan keluarga dengan permintaan sendiri..hurm susah tu, lebih2 lagi aku anak bongsu jadi permintaan keluarga agak tinggi skit. "yan, kalau ko nak kawen..cepat2 la, jangan tunggu lama2 sangat"...aku tersengih je dengar ayat yang keluar dari mulut abang tu. Kalau nak ikutkan aku, memang taknak ada proses bercinta ni. Biarlah menuju terus ke tempoh halal, lebih senang dan mudah. Lepas tu boleh la kurangkan dosa tu skit..huhu!

Apa2 pun tak kisah tapi memandang masa berlalu dengan pantas jadi tiap keputusan akan aku pandang dengan serius. Takde masa untuk bermain dan aku kena sentiasa mempersiapkan diri untuk ke fasa yang lebih tinggi. Bila tu? InsyaAllah, dengan izin Allah, jodoh pasti akan hadir juga.

p/s : pekakkan telinga untuk mendengar setiap harapan yang masih belum menjadi kenyataan kerana mengharap sesuatu yang belum pasti, akan mengecewakan kita nanti..^_^


Jom, kita layan lagu ni dulu..enjoy!!

Post a Comment