Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Thursday, March 22, 2012

berbuat baik pada orang/jiran

Views
  


Selamat Malam Semua!!

Mesti sekarang ni semuanya tengah khusyuk membaca yassin kan? habis kalau semua baca yassin, yang aku ni buat apa? Err aku...aku...hmmmmmm...

Kenapa kita kena buat baik pada orang? Ingat, bukan amal ibadat je kita akan jadikan bekalan tetapi hubungan silaturahim antara manusia/jiran juga salah satu penyumbang kita untuk masuk ke syurga.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.”

Kawan aku pernah cakap kat aku, ibadat kuat mana pun tapi tak pernah bertegur sapa/ berbuat baik dengan jiran pun tak boleh juga. Perkara ni penting, bukan saja2 je tau. Jadi, sesiapa yang kat luar sana tu yang rasa belum pernah bertegur sapa dengan dia punya jiran, aku rasa elok la koran pergi tegur. Sekali sekala jadi peramah, apa salahnya kan. Apa? Malu? Apa la korang ni, benda elok pun korang rasa malu. Kalau buat benda tak elok tu, tak malu ke? Haa lu pikir la sendiri kan..

Percaya la cakap aku, ada sesetengah orang tu sampai dah berjiran bertahun-tahun tapi tak kenal antara satu sama lain. Hish pelik aku dengan orang maca tu. Ehh ada tau orang macam tu, korang jangan buat tak tahu plak. Kebanyakkan orang yang berkerjaya ataupun orang yang susah lekat kat rumah la. Yela, asyik busy je..mana nak ada masa tegur jiran sebelah. Situasi kat tempat aku pun sama. Rumah flat, semua kerja kerajaan. Ada yang dah berkeluarga, ada yang bujang lagi tapi bila terserempak..buat dono je kan..hehe

Aku teringat satu hari tu aku baru balik dari kerja. Lepas je parking motor aku terus la pergi kat lif dan kebetulan tu ada orang masuk lif terlebih dulu dari aku. Dia dah nampak aku memang tengah jalan pergi lif. Boleh plak time aku dah nak dekat, dia pergi tutup pintu lif tu. Kecik hati aku. Apa salahnya kalau tunggu kejap. Hm tula manusia namanya. Masa tu aku sabo jela kan.. Jadi berbuat la baik pada jiran tak kisah la yang sebelah rumah ke ataupun jauh dari rumah..okey!

Perkara ini ditegaskan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud,"Tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain ada 6 perkara”,i. Apabila bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.ii. Apabila ia menjemputmu, maka penuhilah jemputannya.iii. Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya.iv. Apabila ia bersin dan bertahmid, maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit (berdoa).v. Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya. vi. Apabila ia meninggal dunia, hendaklah engkau mengiringi jenazahnya".(hadith riwayat Muslim)

Meh kita layan lagu Raihan..^_^







Post a Comment