Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, March 20, 2012

Kecewa?

Views
 


Selamat malam semua!!

Alhamdulillah sangat sebab kita masih lagi boleh bernafas di bumi Allah ini. Masih dapat melakukan kerja rutin dan harian kita dan aku adalah salah seorang dari mereka-mereka itu.

Untuk entry kali ni aku betul2 takde idea nak cerita apa tapi ada satu cerita yang menarik perhatian aku dan sebenarnya benda ni dah lama aku fikirkan. Sewaktu dulu aku pernah pandang serius terhadap bidang penulisan yang aku ceburu sekarang ni tetapi memandang lebih ramai silent reader yang suka membaca membuatkan aku sedikit kecewa sebenarnya.


Meman betul apa yang dinyanyikan oleh ramli sarip yang "aku menulis bukan kerna nama" tapi aku sebagai seorang penulis yang baru muncul perlukan kata2 semangat dari pembaca aku sendiri. Aku nak tahu juga apa perasaan pembaca tentang cerita yang aku tuliskan. Seronok ke? Ada pengajaran ke? Ada kesalahan ataupun tak? Semua benda tu membuatkan aku tak tahu cerita aku tu sempurna ataupun tidak. Pada permulaannya aku tak ambil kisah pasal semua tu sebab apa yang aku fikir saat tu hanya menulis je dan harap semua pembaca suka dengan cerita aku tu tapi bila lama-kelamaan, aku jadi buntu sebab aku nak meningkatkan hasil mutu kerja aku tapi aku tak tahu nak tingkatkan apa.

Ya, aku memang dah pandang serius terhadap bidang ni tapi bila jadi macam ni aku takde semangat nak teruskan. Niat aku nak sebarkan apa yang aku boleh sebarkan. Tak kisah la tentang agama ke, kehidupan ke..semuanya la kan tapi tanpa ada sokongan, aku rasa aku masih lagi di paras yang sama. Aku ucapkan terima kasih pada rakan2 yang masih lagi mahu menegur dengan setiap tulisan yang aku pamerkan. Memang itu yang aku inginkan, tak lebih dan tak kurang.

p/s : aku kena usaha lebih dan jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk komen pada hasil kerja aku. Niat ikhlas itu penting. Moga aku sentiasa berusaha ke arah itu...


No comments: