Link Exchange
ikot..jangan tak ikot
Sunday, January 14, 2018
Kembali semula?
Monday, December 14, 2015
Susah, memang susah.
Assalammualaikum. Selamat malam semua..
Malam ni ada benda yang menganggu fikiran aku jadi susah sikit la nak lelapkan mata. Bulan ni memang bulan paling mencabar bagi aku. Sebelum ni pun ada juga tapi boleh hadap lagi la kan tapi bulan ni memangggggg...haishh sampai aku sendiri pun tak tahu nak luahkan melalui perkataan macam mana.
Sebenarnya ianya salah satu ujian buat aku. Ujian untuk menguji ataupun balasan yang tanpa sedar, aku ada buat kesilapan. Itu memang aku tak boleh nak pastikan. Apa yang berlaku pasti ada sebabnya. Untuk makluman, semua orang ada masalah masing², itu tak dapat dinafikan lagi. Lain orang, lain la masalahnya. Tapi satu nasihat yang aku nak bagi, korang jangan mengharapkan orang lain nak faham masalah korang. Jangan sesekali mengharapkan apa² pun walaupun orang tu dah faham sangat situasi kau, maksud aku, dia dah nampak masalah kau tu tapi masih lagi buat² tak faham.
Aku sebenarnya tak rasa kecewa sangat bila berhadapan dengan orang macam ni. Kita sendiri pun tak tahu, mungkin dia pun ada masalah sendiri juga yang membuatkan dia tak boleh nak faham situasi kita. Kan kita ada masalah masing². Macam mana kau mengharapkan orang lain faham situasi kau, macam tu juga pengharapan orang tu terhadap kau. Kita tak akan tahu, betul tak? Kita cuma fikir, "kenapa la dorang ni tak boleh nak faham aku, padahal kawan baik". Tolong, korang jangan fikir macam tu. Bak kata orang puteh, "think positive". Korang kena fikir macam tu untuk kebaikan diri sendiri sebab kalau korang menghadapi masalah ni dengan kawan baik korang, trust me..korang mesti gaduh atau ada unsur² nak bermasam muka.
Macam mana nak "think positive" kalau kita betul² mengharapkan orang tu faham situasi kita? Macam mana kalau kita betul² tak ada pilihan lain selain itu?
Hm kejap, aku fikir jawapannya dulu...
Okey. Macam ni jela. Ada masalah yang korang tak boleh nak lalui tanpa perhatian dari orang lain. Ya, aku faham. Aku ada dua cara. Ini kira dari pandangan aku jela. Kalau korang ada pandangan sendiri, jangan risau. Anda boleh lakukannya juga. Anda bebas untuk memilih. Hehe. Okey, yang pertama. Kalau korang memang tak boleh tahan sangat sampai perlukan seseorang untuk faham situasi hanya dengan mendengar, anda boleh bercerita masalah anda dengan orang yang anda tidak begitu rapat. Kenal tapi tak rapat. Cuma kena pastikan dia seorang pendengar yang setia la kan. Hehe. Dan juga pastikan orang itu tidak berkait rapat dengan orang yang anda kenal atau dengan kawan baik anda. Jadi masa tula anda boleh luahkan apa saja yang terpendam di dalam hati. Hm itu dah dikira mengumpat ke? Haha.
Okey, yang kedua adalah bersabar dan pastinya ada jalan untuk orang yang sabar. Kadang² kita akan jadi cepat marah kalau orang tak cuba nak faham situasi kita. Tak apa, abaikan saja semua perasaan yang macam tu. Bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak nama kehidupan la kalau semuanya senang, pasti ada susahnya. InsyaAllah, kita kena sentiasa mendoakan agar segala kehidupan kita dipermudahkan. Jadi masalah kita pasti dapat diselesaikan dengan mudah walaupun melalui jalan yang susah. Kita tak akan rugi apa pun kalau buat macam tu. InsyaAllah, kalau kita lebih sabar. Allah akan kurniakan bantuan yang kita sendiri tidak akan menyangka.
Jadi kata akhir dari aku, berhati² dalam menjalani kehidupan seharian. Ianya mungkin tidak seindah drama akasia tapi insyaAllah, mungkin ianya secantik iman yang boleh membawa kita ke syurgawi.
p/s: terima kasih pada orang yang membantu aku tanpa tahu masalah yang aku hadapi saat ini. Sangat bersyukur sebenarnya. InsyaAllah, bantuan Allah itu sentiasa ada. Jadi, rajin² ingat Allah kerana itu mungkin salah satu teguran untuk kita yang tengah leka.
Tuesday, December 1, 2015
Masalah itu bukan beban.
Assalammualaikum..
Alhamdulillah, kita masih lagi mampu bernafas di bumi Allah ini dan dapat menambahkan lagi amal ibadah kita. Takziah buat keluarga Pak Yus (jambu) dan pelakon lagenda kita iaitu mariani yang telah pergi buat selama-lamanya. Pastinya pemergian yang mengejutkan semua. Al-Fatihah buat mereka.
Malam ni, perasaan suram mula menyelubungi hati dan juga fikiran. Hendak ke kanan tidak,hendak ke kiri pun tidak. Hanya membatu seribu bahasa sambil pandangan jauh dilemparkan ke hadapan. Keluhan demi keluhan mula kedengaran. Adakah aku mula menyalahkan keadaan? Entah. Adakah aku mula merungut dengan apa yang terjadi? Mungkin. Hurm...
Rakyat islam di syria, palestin dan sewaktu dengannya pasti tidak pernah mengeluh dengan apa yang terjadi terhadap mereka kerana mereka sentiasa berpegang teguh dengan iman. Iman yang tiada tandingannya. Kita yang sering kali dihujani dengan masalah sebesar kuman pun, tidak dapat selesaikannya dengan mudah. Apatah lagi mahu berhadapan dengan yang besar. Hancur rasanya badan. Mereka yang sering kali menangis duka, sering dihujani dengan peluru dan juga dihimpit kesejukkan tatkala cuba menyelamatkan diri di tengah lautan. Apakah kita sehebat mereka?
Malam ini juga buat pertama kali, aku menangis melepaskan apa saja yang terbuku di hati. Topeng yang aku pakai tidak kira di depan orang atau di depan diri sendiri, terlucut tanpa di pinta. Topeng yang seakan menunjukkan diri aku serba tabah padahal rapuh semata-mata. Tidak tahu pada siapa harus aku layangkan segala luahan yang sudah bertahun-tahun aku simpan. Ianya sangat menyesakkan diri sendiri. Sangat!
Melihatkan pada mereka yang seakan tidak pernah takut pada kematian sering buat aku terasa betapa kerdilnya aku. Mana taknya, aku yang punya masalah sekecil ini pun sudah mula berputus asa dan cuba mengaku kalah. Ah! Malunya. Allah itu sentiasa meletakkan ujian pada hambanya yang mampu untuk menanggungnya. Pastinya ujian itu sememang untuk aku kerna DIA tahu, aku mampu tanganinya walaupun ianya nampak sukar. Di situ letaknya kekuatan iman seseorang itu. Mahu meneruskan langkah ataupun berhenti dan berpatah kembali. Pilihan itu bukan pada DIA tapi kita.
Allahuakhbar!
Terasa leka buat sementara. Leka kerana memikirkan untuk kesenangan di dunia padahal di akhirat itu yang kekal. Allah.. moga Allah setiasa kuatkan hati dan iman aku kerana pastinya apa dilakukan bukan sekadar untuk diri sendiri tapi untuk DIA. InsyaAllah..
p/s: lega betul dapat menangis malam² macam ni 😢😢
Friday, November 6, 2015
Kenapakah wanita itu?
Assalamualaikum semua. Rindu nak menaip jadi apa lagi menerjahlah aku ke sini. Hehe.
Hari ni aku sekadar mahu bercerita. Bercerita kisah yang entah realiti atau fantasi atau hanya aku je yang rasa. Kita selalu dengar, wanita itu lebih mudah matang dari lelaki. Kadang2 ada lelaki yang sudah berumur berpuluh tahun tapi masih bersikap kebudak-budakan. Hm jangan marah aku pula, ini sekadar pandangan sesetengah orang. Lain orang lain pandangannya. Betul? Hehe. Jadi aku pula bagaimana? Sudah matangkah? Belum kot. Haha! Cuma terasa selesa dengan kehidupan sekarang.
Ada seorang rakan sekerja pernah menegur aku, wanita jangan terlalu selesa dengan apa yang dia ada kerana dia tak akan memandang yang lain dan sekadar memfokuskan hidupnya tanpa fikir apa yang akan jadi pada masa hadapan. Aku pernah merasa selesa dan kadang2 hanya datang mainan perasaan takut tapi hanya sekejap. Kemudian lupa.
Mungkin dengan sikap macam ni,ada wanita yang tidak suka membuang masa. Wanita yang kecewa dan perjalanan yang dianggap sia2 jadi dia putuskan untuk melangkah sendiri. Mungkin penat. Ada rakan seperjuangan berseloroh, "baru aku rasa kenapa ada wanita yang tidak mahu berkahwin. Ada 2kemungkinan. Pertama, dia sudah ada semuanya dan kedua, dia sudah penat untuk bercinta". Aku sekadar tersenyum.
Jadi jangan bermain dengan wanita yang sangat berdikari kerana dia banyak benda lain nak fikir selain lelaki. Aku dengar pun macam menakutkan. Haha. Kalau anda berhadapan dengan wanita ini, tunjukkanlah walau sikit kematangan anda itu kalau tak confirm dia rimas.
Apa yang aku merapu pun aku tak tahu. Takde benda nak buat,macam ni la. Jadi siapa yang baca mesti tak faham,apa yang aku cuba sampaikan. Entah la,aku pun pakai taip je. Kalau rajin,korang baca jela. Hilangkan bosan. Hehe. (Sebenarnya merehat otak ni). Segala apa yang aku tuliskan tu sekadar pandangan/pendapat aku sahaja. Tiada kena-mengena dengan yang mati ataupun hidup ye.
Peace,no war!
Sunday, October 4, 2015
Setapak lagi?
Assalammualaikum semua!
Selamat pagi. Moga kita sentiasa sihat dikala jerebu seakan tidak mahu hilang dari menyelebungi kita setiap hari.
Mungkin kita tidak sedar yang sebenarnya ramai yang tidak mahu menghadap pancaroba yang sentiasa terjadi di dunia ni. Tiap ujian hanya akan diberikan pada orang yang mampu untuk menghadapinya tapi tidak semuanya. Pada mulanya seakan tabah tapi terkulai di akhirnya. Dan ada pula yang sangkakan dunia tidak pernah akan berakhir. Mereka buat sesuka hati tanpa memikirkan tentang orang lain. Apa yang penting mereka puas.
Pabila aku baring di atas katil. Benda pertama yang aku akan tenung adalah kipas yang berpusing laju tanpa henti. Dan pabila aku menutup suisnya,kipas yang laju tadi berhenti secara berlahan-lahan. Ya, kipas hanya berhenti jika kita ingin menutupnya. Masa itu beredar dengan cepat tanpa kita sedar. Adakah maut juga dapat dijangka seperti kipas tadi? Pastinya tidak. Maut itu datang dengan tiba-tiba tanpa jangkaan. Ianya umpama kipas berhenti secara tiba-tiba kerana elektrik terputus secara mengejut. Duduklah kita keseorangan dalam kegelapan tanpa dapat berbuat apa.
Aku sudah cukup melihat ragam manusia di dunia ni. Jika aku tidak dapat mengawal hati dan perasaan, aku mungkin ada harapan menjadi gila. Hehe. Mungkin. Kadang-kadang terasa penatnya tidak terkira. Matang itu sentiasa membuatkan aku belajar dari kesilapan. Kesilapan yang aku langsung tidak mahu diulangi. Tapi hampa bila, semakin banyak langkah aku pergi membuatkan aku tidak mahu melangkah lagi. Setiap langkah aku akan sentiasa berhati-hati. Setapak ku di hadapan, aku akan berhenti sebentar dan melihat sekeliling. Risau itu tidak pernah hilang dari kamus hidup aku.
Aku ni boleh diumpamakan seperti lirik lagu dalam lagu mawi yang bertajuk Al-Nuraa..
Ku imbas kembali sepanjang berjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu,malu aku memikirkan pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham, masih juga tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diri ku ini
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya dan satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal tuhan
p/s: Moga aku lebih tabah lagi menjalani kehidupan di hadapan sana.
Saturday, July 11, 2015
Zahra oh zahra
Assalammualaikum semua dan salam subuh. Haa pertama kali aku post di awal pagi macam ni. Hehe. Okey, kita straight to the point jela kan.
Okey, aku pun tak pasti korang dah tengok ke belum video yang tengah viral kat facebook sekarang. Video luahan seorang graduan muda yang masih lagi tercari2 haluan hidup dia di hadapan timbalan perdana menteri kita. Apa yang aku boleh katakan, ucapan yang sangat baik untuk dilauhkan agar kerajaan tahu kepayahan generasi sekarang untuk hidup. Tapi....ada sesetengah orang yang tengok video tu dan salah faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh zahra.
Ya, memang zahra ada menyebut bahawa belajar tinggi itu tak akan membawa kita ke mana2. Bak kata orang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Aku sekarang ni pun mengalami hal yang sama. Punya pengalaman yang sama. Bertukar dari satu kerja ke satu kerja sehingga Allah memberi rezeki di akhir jalan. Aku berjaya mendapat pekerjaan selepas 3tahun tamat pengajian. Lama bukan? Ya, dalam tempoh itu pasti aku pernah kecewa dan juga hampir berputus asa tapi atas dorongan kedua ibu bapa, Alhamdulillah, rezeki itu akhirnya berpihak pada aku. Bila dah kerja, mula fikir pasal aset. Disebabkan aku kerja jauh dari keluarga, aku mula beli kereta. Sewa rumah pun Alhamdulillah, masih lagi ditakok "murah" apabila di kongsi 4orang.
Tahun kedua aku bekerja, ayah menyuruh aku melanjutkan pelajaran. Bermulanya kepayahan yang aku sendiri tak dapat untuk bayangkan. Mesti ada orang cakap, 'dah tahu tak cukup duit, kenapa nak sambung belajar?'. Benar. Disebabkan diploma dulu aku menggunakan pinjaman jadi bila sambung belajar kali ini, aku sekadar menggunakan duit gaji yang sedia ada. Keputusan yang aku buat membataskan aku untuk pulang ke kampung. Alhamdulillah, keluarga faham dan tidak pernah memaksa. Jadi berulang-alik la aku dari batu pahat ke uitm shah alam. Kenapa uitm shah alam? Sebab di situ sahaja subjek itu ditawarkan. Payah, memang payah. Perlu kuatkan hati dari mental dan fizikal. Nak fikir pasal makan lagi, duit minyak, tol dan belanja harian di rumah. Susahnya umpama, kita tak ada kerja langsung sebab ada satu saat, nak makan pun tak cukup duit. Jadi 'ikat perut' tu dah jadi kebiasaan bagi aku.
Hari berlalu satu demi satu. Perihal rumah mula menguasai ruang fikiran aku. Ah! Parah juga ni. Harga rumah seakan meningkat sehingga nak pengsan dibuatnya. Ya, aku cuma mementing aset dari segi keperluan. Harga rumah tidak setanding dengan gaji yang sepatutnya memudahkan golongan seperti aku untuk memiliki sebuah rumah. Ya, bukan mudah. Manja? Memang sesetangah 'orang melayu' dikalangan kita agak manja dan sekadar ingin disuap tanpa perlu usaha.
Untuk pengetahuan semua, bukan itu fokus utama yang diluahkan oleh zahra. Jangan salah faham. Dia cuba luahkan, jika kita yang bergaji ni pun tak cukup untuk menampung hidup dan memiliki aset, apatah lagi orang yang lebih jauh susah dari kita. Orang yang tidak pernah ada pendidikan yang tinggi. Orang yang tidak punya gaji yang besar. Orang yang sekadar tinggal di pondok di pinggir bandar. Bagaimana kehidupan mereka? Itu yang jadi titik noktahnya. Kita sedia maklum, harga barang semuanya naik. Bagaimana golongan ni hidup jika di tangan cuma ada beberapa ringgit sahaja? Aku yang kadang2 menghirup mee meggi pun dah cukup bersyukur, inikan pula mereka yang menelan air liur penuh dahaga dan lapar.
Itu yang perlu kerajaan memandang berat. Dari pandangan aku, PM cum nampak golongan macam kita je jadi dia rasa, dia tak kisah kalau naikkan harga padahal dia tak nampak. Ada orang langsung tak mampu untuk dapatkan itu semua. Macam orang yang viralkan perbezaan gaji part time kita dengan negara lain tu. Gaji sehari pun dapat beli macam2 dah. Gaji part time kat sini? Nak beli apa pun tak boleh. Hehe.
Kesimpulannya, aku faham dengan maksud ucapan zahra tu. Nasihat aku pada zahra, tidak semestinya apa yang kita belajar itu akan jadi penunjuk arah masa depan kita. Usaha dan laluinya dengan tenang tanpa mengharapkan impian kita akan tercapai. Cuma fikir, kita nak dapat kerja itu untuk apa? Untuk jadi kaya atau untuk menjalani hidup di dunia sementara ni? Sebab apa aki cakap macam tu? Sebab aku pun macam tu. Dulu aku ingat, aku akan bekerja dalam bidang yang aku ceburi tapi lain plak jadinya. Akhirnya aku kerja dalam bidang lain, yang tidak ada kena mengena langsung dengan bidang yang aku pelajari dulu. Sebelum senang, susah itu pasti kita akan ketemui dulu sebab tanpa pengalaman susah, kita tak akan hargai apa yang ada di hadapan mata.
Bagi pihak kerajaan pula. Luaskan pandangan mata anda. Jangan terlalu menghabiskan wang untuk ke arah 'kemajuan' sangat sebab kalau maju tapi rakyat miskin nak buat apa? Betul kata orang, yang kaya makin kaya. Yang miskin makin sempit hidupnya. Jangan menperjudikan nasib kami untuk puaskan dan mewahkan kehidupan anda yang sudah cukup makan dan pakai. Amanah dan jujurlah dala. Mentadbir negara supaya rakyat seiring gembira tanpa secalit duka.
Sebelum apa2, aku mohon maaf jika dalam tulisan aku ni ada terkasar bahasa atau menyinggung mana2 pihak. Aku cuma memberi pandangan dan pendapat sahaja. InsyaAllah, moga Allah sentiasa memberi kita cahaya hidayahnya dan juga petunjuk untuk kita terus hidup di bumi-Nya ini. Amin.
Thursday, July 9, 2015
Ramadhan tiba lagi.
Assalammualaikum semua.
Alhamdulillah, ramadhan itu datang lagi. Setelah lama menyepikan diri, baru ada masa nak publish cerita baru dalam blog ni. Tahun ni, tahun kedua aku berpuasa di perantauan dan kali ni ada pengalaman baru aku dapat. Nak kata baru sangat tu tak la sangat sebab sebelum ni pun aku dah ada pengalaman yang sama tapi berbeza situasinya.
Sebelum aku kerja yang sekarang ni, aku pernah kerja kat parkson jadi cashier. Pengalaman kerja masa tu bila masa puasa pernah kena berbuka kat kaunter. Masa tu lengang tapi ada jugak la customer datang nak bayar. Ada sekali tu, aku yang tapau mcd masa tu, tengah seronok makan burger kat kaunter. Tiba2 datang pasangan cina ni datang nak bayar. Diorang jadi serba salah sebab nampak aku tengah berbuka masa tu. Bila nampak diorang datang, aku stop makan tapi diorang kata, "eh takpe, you makan dulu". Aku cuma jawab, "xpe" sambil senyum. Terus dia datang kat aku dan bayar. Jadi bila dah kerja shif macam sekarang aku tak kisah sangat sebab aku pernah kerja kat parkson dari pukul9 sampai la kul11. Lagi penat dari sekarang tapi still rasa seronok.
Lepas aku berhenti kerja parkson, aku kerja kat klinik. Masih lagi kerja shif tapi tak susah macam kerja parkson yang terpaksa berbuka kat kaunter. Kalau kat klinik, waktu berbuka memang akan tutup kejap. Jadi pernah la merasa berbuka kat klinik. Hehe. Lepas tu aku dah dapat kerja opis hour jadi tak merasa la susah dah nak berbuka bagai ni.
Lama jugak la sebelum aku mula kerja kat sini lepas tu kena tukar unit. Dari situ, kembalinya rutin aku kerja shif balik. Hehe. Merasa la kerja shif di bulan puasa dan berbuka kat tempat kerja. Memang imbau kenangan betul. Rindu sangat masa dulu. Rindu kenangan manis la, pahit tu tak payah nak ingat la kan.
Apa2 pun yang penting, mari kita penuhkan amal ibadah kita di bulan yang penuh dengan barakhah ni. Moga segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.. InsyaAllah...
p/s: raya ke empat dah kena naik kerja. Hurm sedihnya 😢😢
Thursday, May 14, 2015
Muhasabah Diri
Monday, March 16, 2015
Memaafkan orang itu lebih baik
Assalammualaikum..
Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah s.w.t keran masih memberi kita peluang bernafas di buminya ini. Moga kita sentiasa membuat kebaikan selagi peluang yang diberi masih ada.
Dalam beberapa hari ni,aku mengalami gangguan hati yang aku rasa dah lama dibendung. Bertahun-tahun lamanya. Aku ingat aku dah cukup lega sebelum ni tapi tak sangka,benda yang dah terjadi masih lagi diulang kembali. Betul kata orang,bila kita tidak mempunyai perasaan malu,kita tak akan kisah apa yang kita buat dekat orang lain. Marah tu tetap ada tapi bila aku fikir balik,sampai bila aku nak marah macam ni. Aku sepatutnya terus melangkah tanpa fikir apa yang terjadi. Lagipun aku kan dah biasa mengadap benda2 macam ni. Bukan sekali dua tapi dah terlampau banyak sampai tak cukup jari nak kira.
Aku bukan la seorang pendendam tapi jangan disebabkan aku lembut hati sampai orang sanggup fikir aku ni macam tunggul kayu yang takde perasaan. Aku boleh maafkan atas apa yang dah terjadi tapi bila dah melibatkan keluarga,aku jadi marah. Dah macam takde pendirian plak. Entah la,aku sendiri pun tak tahu apa yang difikirkannya.
Bila dah pendam lama2 macam ni,rasa macam nak luah je semua tapi ye,aku perlu jaga aib orang so cukup la aku luah sikit ni je. Aku bersyukur sangat sebab ada keluarga yang betul2 faham aku. Aku tahu dorang kecewa terutama ummi aku. Terima kasih juga dekat kawan2 aku yang selalu support aku. Bukan senang aku nak hadap sorang2 benda ni. Bak kata orang,luaran nampak okey dalam hati hanya Allah je yang tahu.
InsyaAllah,aku akan terus melangkah ke hadapan tanpa toleh ke belakang lagi. Benda lepas biarlah lepas. Disebabkan benda yang sama jadi,aku dah tak kisah sangat. Aku cuma harap orang tersebut bertaubat la. Kau dah sakitkan hati orang lain dan aku harap kau mohon ampun dari Allah. Aku tak mintak pun kau minta maaf kat aku tapi tula kan,aku harap kau sedar dan jadi matang. Sebab kalau kau masih lagi macam ni,sampai bila2 kau tak akan berubah.
Terima kasih Allah kerana jauhkan aku dari orang yang tidak sepatutnya. Alhamdulillah..😊😊
Friday, February 27, 2015
Kita Juga Manusia
Friday, January 2, 2015
Bumi turut bersedih
Wednesday, November 5, 2014
Kau bila lagi?
Monday, August 18, 2014
Topeng dunia
Dunia baru
Monday, March 31, 2014
Kisah~
![]() |
| KIK |
![]() |
| Induksi di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka |
![]() |
| KIK, Melaka. |
Masih butakah mata kita pabila mereka (media barat a.k.a US ) dengan sewenang-wenangnya mencanangkan yang islam sebagai pengganas? Tidak terasa ke dengan apa yang dilemparkan pada kita? Nah, inilah perasaan saudara2 kita diluar sana. Yang mungkin sedang memegang senapang atau sedang berlari untuk menyelamatkan diri dari bom pihak2 yang sememangnya menanti kehancuran kita. Bangkitlah wahai saudara ku. Celikkanlah mata mu. Bukakanlah hati mu itu. Mari sama2 kita tingkatkan ilmu di dada semoga suatu hari nanti kita akan jadi sekuat mereka. Sekuat yang tidak mampu dikalahkan oleh sebiji peluru pun.
Monday, January 20, 2014
Berada di tengah2
Assalammualaikum semua! Ohoiiii....haha! Aku tengah buang tebiat memalam ni.
Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Okey, aku rasa macam dah lama tak mengulas tentang bola. Rindu plak rasanya. Jadi malam ni, dengan menggunakan emel (sekali lagi) disebabkan nak karang kat opis tak berapa nak ada privacy. Emel pun emel la ye. Nak buat macam mana kan. Hari sabtu hari tu telah bermulanya liga super untuk perlawanan pertama. Ni yang sedih nak cerita..hehe
Hari sabtu tu telah berlangsungnya perlawanan di antara JDT vs PERAK. Hurm..macam mana nak komen erk. Okey macam ni jela. Aku sebenarnya tak tengok pun game tu disebabkan..yela,rumah aku ni tak sempat lagi nak pasang piring kat atap tu. Nak harapkan kat tv1,dorang buat siaran perlawanan Frenz. Nak taknak, aku terpaksa tunggu update FB je. Letih jugak nak tunggu..hehe
Tunggu punya tunggu, akhirnya Perak kecundang apabila kalah 0-2 dengan Jdt walaupun malam tu aku dengar permainan dorang cukup baik tapi mungkin rezeki tak menyebelahi skuad seladang, jadi kami akur. Cewahhh...poyo! Haha.
Untuk imbau balik ingatan korang, sebelum ni aku pernah cerita yang aku adalah salah satu AJK dalam kelab penyokong Jdt kat Uni aku ni padahal aku orang perak dan totally sokong perak. Nak terkejut? Silakan. Hehe.. Untuk pengetahuan korang jugak, aku jadi ajk tanpa disengajakan sebab aku budak baru jadi dorang tak tahu yang aku ni asal perak. Aku pun first2 terkejut jugak tapi hentam jela kan.
Memandangkan aku dah masuk kelab Jdt tapi jadi penyokong tegar perak, agak memberi masalah sikit pada aku bila pasukan ni bertembung. Yang pastinya, perhatian akan dilebihkan pada perak. Kalau dorang ajak pergi stadium pun mesti aku akan tolak. Kalau tak nak ada masalah, lebih baik aku sokong kat rumah je. Hehe.. Tapi kalau itu melibatkan jdt dgn perak la kan. Kalau jdt dengan team lain, aku takde masalah. Owh jangan lupa, aku pun penyokong tegar pasukan kenari..erm yang dah dilahirkan semula menjadi helang? Haha. Apa2 pun dalam masa yang sama Piala FA pun dah nak start. Semua pasal bola je ye. MU pun kalah. Aduhaii..
Aku ada baca pasal penerimaan penyokong jdt terhadap penyokong perak hari tu. Aku takde masa kejadian jadi aku tak boleh nak ulas lebih2 sangat. Aku jatuh cinta kat jdt sebab penyokongnya dan bukan sebab pemainnya jadi aku harap korang hormat team aku seperti mana aku hormat team korang. Kalau betul ada salah faham atau fitnah, aku harap korang (team jdt) tak akan terima apa yang kitaorang (team perak) terima kat stadium korang ritu.
Aku rasa dah panjang sangat celoteh aku ni. Aku minta maaf kalau ada ayat2 yang mengguris hati mana2 pihak. Aku takde niat apa2 pun. Majulah sukan untuk negara, moga kita dapat lebarkan kejayaan ke seluruh negara.
Gambatte!!
Sunday, January 12, 2014
Sunyi dan Sepi
Assalammualaikum semua!
Aku sedar dan aku perasan yang aku dah lama tak menjengah belog yang entah berapa banyak dah labah2 buat sawang dalam ni. Jadi malam ni aku rajinkan diri karang entri ni guna emel. Ala macam tak biasa plak kan. Haha! Dasar pemalas!
Memandangkan malam ni agak membosankan aku, jadi aku cerita benda yang aku tak sempat nak cerita. Kira ni cerita tahun lepas punya la yer. Hehe! Aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU!
Untuk pengetahuan korang semua, tiap kali masuk tahun baru aku tak pernah ada azam. Sebenarnya aku tak teringin langsung pun nak buat azam bagai ni. Apa yang aku nak, aku akan usaha ikut kemampuan aku. Kalau ada rezeki, InsyaAllah aku dapat. Kalau tak dapat takyah la paksa diri teruk sangat kan. Ala kadar sudah. Seperti tahun2 sebelumnya, tahun ni aku takde azam apa pun jadi kita ketepikan soal tu terus. Yeah!
Sebelum aku terlupa, tahun lepas adalah tahun yang menggembirakan dan menyedihkan aku. Entri sebelum ni aku ada cerita yang aku dah dapat jawatan tetap dan hampir penghujung tahun, aku dikhabarkan berita yang amat mengejutkan aku. Haa yang tu aku memang tak sempat nak cerita masa tu jadi aku cerita la sekarang. Aku tak berapa pasti dalam bulan berapa, kawan aku bagitahu kawan aku sorang tu tengah sakit dan tunggu masa nak buat pembedahan je. Kebetulan dia baru je melahirkan anaknya yang pertama. Kira dia baru je kahwin. Aku betul2 terkejut masa tu dan aku terus mesej dia. Sempat jugak aku dengar luahan hati dia. Yela, siapa yang tak sedih bila baru je bahagia tu datang, ujian pun tiba dalam masa yang sama. Masa tu memang aku tak tahu nak tenangkan dia macam mana, walaupun aku faham perasaan dia masa tu.
Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas tu kawan aku tu senyap je. Tup tup..kawan baik dia update status FB mengatakan yang dia tengah koma. Ya Allah, aku terkedu masa tu. Tak tahu nak buat reaksi apa. Rupanya dia dah 3kali operate tapi masih lagi dalam keadaan yang sama. Bila aku dapat tahu doktor nak tebuk kat saluran penafasan dia, aku redha je masa tu sebab aku tahu, kalau dalam situasi macam tu memang dah takde harapan tapi aku tahu kuasa doa itu kuat. Itu je yang aku mampu buat untuk dia.
Masa tu aku ada kat kampung. Aku cerita kat ummi aku pasal dia. Aku memang cadang nak melawat dia tapi ajal tu takde siapa yang tahu kecuali Allah. Pada hari jumaat, dalam pukul4 lebih aku dapat mesej kata kawan aku tu dah meninggal. Sekali lagi aku terkedu. Aku rasa cepat sangat dia pergi. Terbayang2 kat mata aku mesej dia suruh aku datang kenduri kahwin dia tapi masa tu aku tak boleh nak pergi memandangkan aku baru masuk kerja. Sedih sangat. Aku memang jarang jumpa dia. Sejak aku kenal dia, cuma dua kali je aku jumpa dia tapi kami sentiasa berbalas emel. Boleh dikatakan tiap2 hari sebelum dia kahwin dulu. Aku terasa sangat. Selalunya emel aku akan penuh dengan nama dia je tapi sekarang dah takde. Bukan sehari dua tapi untuk selamanya.
Ianya pengajaran untuk aku dan aku cerita ni pun untuk kita renungkan kisah kawan aku ni. Ajal tu tak kira masa dan waktu. Tak kira muda ataupun tua. Cepat dengan lambat je. Kalau dah sampai ajal tu, nak elak macam mana pun tak boleh. Kita yang hidup ni pun kena la sentiasa beringat. Ajal tu sentiasa berada di depan mata jadi bersedialah. Bersedia dengan apa? Bersedialah dengan mempertambahkan amal ibadah kita. Yang baik itu tak semestinya ke syurga dan yang jahat itu tak semestinya ke neraka. Kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita. InsyaAllah, moga perjalanan kita ke sana juga dalam keadaan baik. Amin.
p/s: untuk pengetahuan semua, dia adalah sahabat yang aku kenali melalui komuniti iluvislam. Kawan aku tu mengalami ketumbuhan dalam kepala. Penyakit tu disedari selepas anak dia mengalami masalah kesihatan. Alhamdulillah, anaknya sudah berada dalam keadaan sihat walafiat. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nursyafinas. Moga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Thursday, November 21, 2013
Pabila masanya telah tiba.
Selamat pagi semua. Apa khabar semua? Diharap semuanya dalam keadaan baik dan sihat walafiat. Amin. Memandang sekarang tengah hangat pasal pemergian seorang pelajar yang dengan tiba-tiba mengejutkan kita yang mungkin masih lagi dalam keadaan bermimpi di siang hari. Ahmad Ammar. Ya, aku pun tak kenal siapa dia dan aku pun tak boleh nak bercerita apa pun tentang dia. Apa yang aku boleh cakap sekarang adalah, aku sangat cemburu dengan dia. Ya, sangat cemburu. Dia sangat bertuah sebab dapat aturan hidup sebegitu rupa. Kita tak bertuah ke? Bertuah tapi kita tak gunakan peluang yang ada. Allah telah menggerakkan hatinya untuk keluar dari zon selesa untuk menimba ilmu dan membantu saudara islam. Umur dia berapa? Ah! Baru 20 tahun. Bertambah cemburu aku.
Aku selalu fikir yang aku sedang dalam keadaan kesuntukan masa. Aku sentiasa nak buat sesuatu perkara jika peluang ada di depan mata tapi disebabkan ayat ini, "Ala kau jangan risau, kau muda lagi. Banyak lagi peluang kat luar sana". Mudah pemikiran mereka. Ya, memang perlu berfikiran terbuka dan positif tapi tahukah kita apa yang terjadi setiap minit selepas ini? *geleng kepala*. Kita tak boleh serahkan sebulat-bulatnya hanya kepada Allah. Di atas kain putih, kita yang akan corakkannya barulah Allah yang akan tentukan. Dimanakah usaha kita untuk melangkah ke hadapan? Nak tunggu tua baru usaha sehabis mungkin? Aku hanya pandai dalam berkata-kata bukan? Adakah aku juga bertindak? Aku juga seperti kalian, masih lagi dalam keadaan mamai. Masih lagi menunggu seseorang untuk *memukul* dan menyedarkan aku dari lena yang panjang dan masanya telah pun tiba. Mata yang hampir tertutup kini mulai celik-seceliknya.
Peluang itu sentiasa datang tanpa jemu tapi kita je yang nak taknak untuk menyambutnya. Rugikan kita? Tak cuba usaha untuk merebut peluang yang datang tanpa dicari. Bertuah kita sebenarnya tapi kita sendiri tak nampak. Kita nampak orang lain bertuah tapi kita sebenarnya yang lebih bertuah kerana peluang itu datang berkali-kali. Sayang benar Allah kepada kita. Tak gitu? Adik Ammar bertuah sebab merebut peluang dalam satu nafas dan terus bertekad. Kita? Masih lagi berfikir-fikir. Masih lagi ragu-ragu, bukan? Berubah secara perlahan itu lebih baik dari tak berubah langsung kan?
Jangan menyesal bila malam ni kita tidur dan keesokkan paginya pabila celik mata, kegelapan yang akan menyambut kita. Rasa takut tak? Mesti dalam hati menjerit, "aku taknak mati lagi". Sangat menggerunkan. Aku sebolehnya, setiap hari aku akan buat semua perkara dengan sebaik mungkin supaya di kemudian hari tiada penyesalan buat aku. Aku jadikan hari ni dan setiap hari adalah hari-hari terakhir aku sehingga aku dijemput oleh-Nya. Bukan aku meminta tapi aku cuba bersedia. Bersedia bertemu dengan Maha Pencipta dalam keadaan sebaik mungkin. Dulu aku takut bila sebut mati tapi rasanya sekarang ni tak dah kot. Berusaha buat yang terbaik moga tiba masanya, aku juga ingin tersenyum di akhirnya. InsyaAllah....
p/s : Al-Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Ammar dan takziah buat keluarga beliau. Moga dia ditempat dikalangan orang2 yang bertaqwa yang menuju ke syurga. Kagum dengan anak muda ini. Moga dia di jadikan inspirasi kepada anak muda zaman sekarang. Guna peluang yang ada dengan bijak. Jangan asyik pergi Villa Nabila je..huhu!
Monday, November 11, 2013
Ke'busy'an & Ke'tired'an
Wednesday, September 18, 2013
Dah setahun?







