Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Sunday, January 12, 2014

Sunyi dan Sepi

Views

Assalammualaikum semua!

Aku sedar dan aku perasan yang aku dah lama tak menjengah belog yang entah berapa banyak dah labah2 buat sawang dalam ni. Jadi malam ni aku rajinkan diri karang entri ni guna emel. Ala macam tak biasa plak kan. Haha! Dasar pemalas!

Memandangkan malam ni agak membosankan aku, jadi aku cerita benda yang aku tak sempat nak cerita. Kira ni cerita tahun lepas punya la yer. Hehe! Aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU!

Untuk pengetahuan korang semua, tiap kali masuk tahun baru aku tak pernah ada azam. Sebenarnya aku tak teringin langsung pun nak buat azam bagai ni. Apa yang aku nak, aku akan usaha ikut kemampuan aku. Kalau ada rezeki, InsyaAllah aku dapat. Kalau tak dapat takyah la paksa diri teruk sangat kan. Ala kadar sudah. Seperti tahun2 sebelumnya, tahun ni aku takde azam apa pun jadi kita ketepikan soal tu terus. Yeah!

Sebelum aku terlupa, tahun lepas adalah tahun yang menggembirakan dan menyedihkan aku. Entri sebelum ni aku ada cerita yang aku dah dapat jawatan tetap dan hampir penghujung tahun, aku dikhabarkan berita yang amat mengejutkan aku. Haa yang tu aku memang tak sempat nak cerita masa tu jadi aku cerita la sekarang. Aku tak berapa pasti dalam bulan berapa, kawan aku bagitahu kawan aku sorang tu tengah sakit dan tunggu masa nak buat pembedahan je. Kebetulan dia baru je melahirkan anaknya yang pertama. Kira dia baru je kahwin. Aku betul2 terkejut masa tu dan aku terus mesej dia. Sempat jugak aku dengar luahan hati dia. Yela, siapa yang tak sedih bila baru je bahagia tu datang, ujian pun tiba dalam masa yang sama. Masa tu memang aku tak tahu nak tenangkan dia macam mana, walaupun aku faham perasaan dia masa tu.

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas tu kawan aku tu senyap je. Tup tup..kawan baik dia update status FB mengatakan yang dia tengah koma. Ya Allah, aku terkedu masa tu. Tak tahu nak buat reaksi apa. Rupanya dia dah 3kali operate tapi masih lagi dalam keadaan yang sama. Bila aku dapat tahu doktor nak tebuk kat saluran penafasan dia, aku redha je masa tu sebab aku tahu, kalau dalam situasi macam tu memang dah takde harapan tapi aku tahu kuasa doa itu kuat. Itu je yang aku mampu buat untuk dia.

Masa tu aku ada kat kampung. Aku cerita kat ummi aku pasal dia. Aku memang cadang nak melawat dia tapi ajal tu takde siapa yang tahu kecuali Allah. Pada hari jumaat, dalam pukul4 lebih aku dapat mesej kata kawan aku tu dah meninggal. Sekali lagi aku terkedu. Aku rasa cepat sangat dia pergi. Terbayang2 kat mata aku mesej dia suruh aku datang kenduri kahwin dia tapi masa tu aku tak boleh nak pergi memandangkan aku baru masuk kerja. Sedih sangat. Aku memang jarang jumpa dia. Sejak aku kenal dia, cuma dua kali je aku jumpa dia tapi kami sentiasa berbalas emel. Boleh dikatakan tiap2 hari sebelum dia kahwin dulu. Aku terasa sangat. Selalunya emel aku akan penuh dengan nama dia je tapi sekarang dah takde. Bukan sehari dua tapi untuk selamanya.

Ianya pengajaran untuk aku dan aku cerita ni pun untuk kita renungkan kisah kawan aku ni. Ajal tu tak kira masa dan waktu. Tak kira muda ataupun tua. Cepat dengan lambat je. Kalau dah sampai ajal tu, nak elak macam mana pun tak boleh. Kita yang hidup ni pun kena la sentiasa beringat. Ajal tu sentiasa berada di depan mata jadi bersedialah. Bersedia dengan apa? Bersedialah dengan mempertambahkan amal ibadah kita. Yang baik itu tak semestinya ke syurga dan yang jahat itu tak semestinya ke neraka. Kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita. InsyaAllah, moga perjalanan kita ke sana juga dalam keadaan baik. Amin.

p/s: untuk pengetahuan semua, dia adalah sahabat yang aku kenali melalui komuniti iluvislam. Kawan aku tu mengalami ketumbuhan dalam kepala. Penyakit tu disedari selepas anak dia mengalami masalah kesihatan. Alhamdulillah, anaknya sudah berada dalam keadaan sihat walafiat. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nursyafinas. Moga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

No comments: