Selamat pagi semua sahabat. Rasanya dah lama tak mencoretkan sebarang cerita dalam beberapa bulan ini. Untuk makluman semua, tatkala aku mencoretkan post ini. Kita umat islam sedang menjalani ibadah puasa dan tidak lama lagi syawal pula akan menjelang tiba. Kali ini post aku agak panjang sedikit. Sebelum aku memulakan topik sebenar, izinkan aku menceritakan program-program yang aku lalui sepanjang beberapa bulan ni.
Pada bulan april yang lalu, telah berlangsungnya sukan staf di Uni aku. Aku yang memang suka bersukan ni apa lagi, tak akan melepaskan peluang join sekaki. Haha. Akhirnya rezeki aku tahun ni, aku menang karom berpasukan (perak) dan juga futsal wanita (perak). Rasa seronok tu comfirm la ada kan. Huhu.
Lepas je sukan staf tamat, beranjak pulak ke bulan mei. Pada bulan tu kitaorang ada buat program mendaki Gunung Lambak kat Kluang. Okey, sebenarnya aku dah lama tak mendaki ni. Last aku hiking pun masa kat Bukit Banang kat Batu Pahat. Jadi pada hari itu, dengan beberapa orang staf dan juga budak praktikal. Dakian telah berjaya dilakukan walaupun aku sampai lambat kat puncak. Tak Kisah la asalkan sampai. Huhu!
Pada akhir bulan mei, aku dikhabarkan bahawa aku akan ditukarkan ke unit lain. Sedih campur gembira. Dari unit catalog aku berpindah ke unit perkhidmatan. Hehe. Sekarang dah hampir 3bulan kat unit baru. Alhamdulillah, semuanya okey saja.
Masuk awal bulan jun, aku join Dinner kat Uni aku dengan dihadiri oleh kumpulan lawak, Shiro. Malam bertemakan Arabian Night. Hm malam tu aku tak nampak arab langsung. Haha. Tapi apa yang penting puas hati dengan persembahan Shiro malam tu. Memang lawak sangat. Memang tepat geng2 urusetia staf ambil dorang. Kira berbaloi juga la kan.
Selepas kisah Dinner, beralih pula pada cerita yang lain tapi masih dalam bulan yang sama. Kumpulan KIK (kumpulan inovatif & kreatif) sekali lagi bertarung di MPC mempertaruhkan tajuk projek yang sama. Alhamdulillah, sekali lagi kumpulan kami dinobatkan dengan pingat "emas". Doakan moga perjalanan kami diteruskan ke peringkat kebangsaan.
Okey. Buat masa sekarang, itu jela yang mampu aku coretkan buat masa sekarang ni. Sebenarnya post ni dah berabuk dalam draf aku, cuma nak tunggu publish je. Disebabkan mood internet aku okey hari ni jadi publishlah sudah cerita pendek aku ni. Haha. Bak kata orang, short and simple. Daaa~
No comments:
Post a Comment