Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Wednesday, November 5, 2014

Kau bila lagi?

Views
  


Selamat malam semua. Apa khabar? Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik dan moga sentiasa di bawah lindungan-Nya. Amin. Agak lama sebenarnya aku tak menjengah dalam blog ni. Ada jugak nak update cerita tapi first2 je excited nak karang lepas tu dibiarkan bersawang kat dalam draf. Huhu. 

Kenapa tajuk aku kali ni macam lain macam je kan. Hehe. Dalam masa terdekat ni aku telah mengalami satu pengalaman yang sebenarnya pernah aku rasa sebelum ni. Biasa la, dunia penuh dengan asam garam yang tidak tentu memberikan selera yang enak terhadap pemakannya. Hm tinggi plak bahasa aku ni kan. Haha. Okey la, aku pun malas nak cerita panjang2. Dipendekkan, aku telah bertemu dengan dua orang lelaki yang hanya pandai berkata2 tanpa membuktikan apa2 pun. Pernah jadi macam tu? Mesti pernah kan? Hehe. Sebab tu sekarang ni aku susah skit nak jatuh hati dengan orang. Bukan bermakna aku jual mahal atau memilih tapi risau pisang berbuah dua kali.

Cuba korang bayangkan, korang menunggu seseorang dan akhirnya ianya tidak kemana. Hubungan yang penuh sia2. Penantian yang menyeksakan hati dan perasaan. Disebabkan aku dah kenal lama dengan dia jadi aku ikutkan permainan dia. Iye, apa yang aku dah jangkakan memang betul2 terjadi. Aku hanya mampu ketawa. Kalau aku jadi dia, dah lama aku akan tutup muka dengan baldi tapi biasa la, orang yang tak tahu malu memang macam tu. Sembang dengan aku macam tak buat salah langsung.

Cuba korang bayangkan sekali lagi, hari ni dia berjanji bagai nak rak dengan korang. Tiba2 esoknya dia jadi lain. Siap kantoi ada orang lain plak tu. Korang akan rasa apa masa tu? Tak rasa nak bagi penampar kat dia? Haha. Tapi serius la aku cakap, dia memang berani mati buat macam tu kat aku. Jauh, kau berani la buat. Cuba ada depan mata, berani ke? Pijak semut pun tak mati tau. Masa tu aku gelak je. Nak sakit hati pun dah fedup. Yela, bertahun2 asyik kena benda yang sama je. Cakap tak pernah nak betul. Asyik nak membohong je kerjanya. Manusia, manusia.

Bila dah settle macam ni, aku jadi lega sangat. Aku dah tak nak mengadap manusia macam dia lagi. Cukuplah. Buat masa sekarang nak perlukan ruang untuk diri sendiri. Biarlah aku kejar benda yang kekal dari mengejar benda yang entah dapat entah tidak. Dalam masa yang sama aku mengharap juga ada seseorang yang akan muncul dalam hidup aku. Siapa yang tak nak kahwin kan? Dan aku tahu, ada orang senang je nak kahwin. Ada orang plak susah betul nak kahwin. Tiap orang ada rezeki masing2.

Alhamdulilah, buat masa sekarang aku tak pernah nak mengeluh atau merungut pasal jodoh ni. InsyaAllah, akan ketemu jugak nanti. Cepat dan lambat je. Buat kawan2 aku kat luar sana tu, yang masih menunggu Mr.right. Bersabar dan banyak berdoa. Moga korang pun akan berjumpa dengan orang yang mungkin jadi idaman ataupun orang yang membawa anda ke syurga. InsyaAllah, amin.


Post a Comment