Assalammualaikum..
Alhamdulillah, kita masih lagi mampu bernafas di bumi Allah ini dan dapat menambahkan lagi amal ibadah kita. Takziah buat keluarga Pak Yus (jambu) dan pelakon lagenda kita iaitu mariani yang telah pergi buat selama-lamanya. Pastinya pemergian yang mengejutkan semua. Al-Fatihah buat mereka.
Malam ni, perasaan suram mula menyelubungi hati dan juga fikiran. Hendak ke kanan tidak,hendak ke kiri pun tidak. Hanya membatu seribu bahasa sambil pandangan jauh dilemparkan ke hadapan. Keluhan demi keluhan mula kedengaran. Adakah aku mula menyalahkan keadaan? Entah. Adakah aku mula merungut dengan apa yang terjadi? Mungkin. Hurm...
Rakyat islam di syria, palestin dan sewaktu dengannya pasti tidak pernah mengeluh dengan apa yang terjadi terhadap mereka kerana mereka sentiasa berpegang teguh dengan iman. Iman yang tiada tandingannya. Kita yang sering kali dihujani dengan masalah sebesar kuman pun, tidak dapat selesaikannya dengan mudah. Apatah lagi mahu berhadapan dengan yang besar. Hancur rasanya badan. Mereka yang sering kali menangis duka, sering dihujani dengan peluru dan juga dihimpit kesejukkan tatkala cuba menyelamatkan diri di tengah lautan. Apakah kita sehebat mereka?
Malam ini juga buat pertama kali, aku menangis melepaskan apa saja yang terbuku di hati. Topeng yang aku pakai tidak kira di depan orang atau di depan diri sendiri, terlucut tanpa di pinta. Topeng yang seakan menunjukkan diri aku serba tabah padahal rapuh semata-mata. Tidak tahu pada siapa harus aku layangkan segala luahan yang sudah bertahun-tahun aku simpan. Ianya sangat menyesakkan diri sendiri. Sangat!
Melihatkan pada mereka yang seakan tidak pernah takut pada kematian sering buat aku terasa betapa kerdilnya aku. Mana taknya, aku yang punya masalah sekecil ini pun sudah mula berputus asa dan cuba mengaku kalah. Ah! Malunya. Allah itu sentiasa meletakkan ujian pada hambanya yang mampu untuk menanggungnya. Pastinya ujian itu sememang untuk aku kerna DIA tahu, aku mampu tanganinya walaupun ianya nampak sukar. Di situ letaknya kekuatan iman seseorang itu. Mahu meneruskan langkah ataupun berhenti dan berpatah kembali. Pilihan itu bukan pada DIA tapi kita.
Allahuakhbar!
Terasa leka buat sementara. Leka kerana memikirkan untuk kesenangan di dunia padahal di akhirat itu yang kekal. Allah.. moga Allah setiasa kuatkan hati dan iman aku kerana pastinya apa dilakukan bukan sekadar untuk diri sendiri tapi untuk DIA. InsyaAllah..
p/s: lega betul dapat menangis malam² macam ni 😢😢
No comments:
Post a Comment