Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Saturday, July 11, 2015

Zahra oh zahra

Views

Assalammualaikum semua dan salam subuh. Haa pertama kali aku post di awal pagi macam ni. Hehe. Okey, kita straight to the point jela kan.

Okey, aku pun tak pasti korang dah tengok ke belum video yang tengah viral kat facebook sekarang. Video luahan seorang graduan muda yang masih lagi tercari2 haluan hidup dia di hadapan timbalan perdana menteri kita. Apa yang aku boleh katakan, ucapan yang sangat baik untuk dilauhkan agar kerajaan tahu kepayahan generasi sekarang untuk hidup. Tapi....ada sesetengah orang yang tengok video tu dan salah faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh zahra.

Ya, memang zahra ada menyebut bahawa belajar tinggi itu tak akan membawa kita ke mana2. Bak kata orang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Aku sekarang ni pun mengalami hal yang sama. Punya pengalaman yang sama. Bertukar dari satu kerja ke satu kerja sehingga Allah memberi rezeki di akhir jalan. Aku berjaya mendapat pekerjaan selepas 3tahun tamat pengajian. Lama bukan? Ya, dalam tempoh itu pasti aku pernah kecewa dan juga hampir berputus asa tapi atas dorongan kedua ibu bapa, Alhamdulillah, rezeki itu akhirnya berpihak pada aku. Bila dah kerja, mula fikir pasal aset. Disebabkan aku kerja jauh dari keluarga, aku mula beli kereta. Sewa rumah pun Alhamdulillah, masih lagi ditakok "murah" apabila di kongsi 4orang.

Tahun kedua aku bekerja, ayah menyuruh aku melanjutkan pelajaran. Bermulanya kepayahan yang aku sendiri tak dapat untuk bayangkan. Mesti ada orang cakap, 'dah tahu tak cukup duit, kenapa nak sambung belajar?'. Benar. Disebabkan diploma dulu aku menggunakan pinjaman jadi bila sambung belajar kali ini, aku sekadar menggunakan duit gaji yang sedia ada. Keputusan yang aku buat membataskan aku untuk pulang ke kampung. Alhamdulillah, keluarga faham dan tidak pernah memaksa. Jadi berulang-alik la aku dari batu pahat ke uitm shah alam. Kenapa uitm shah alam? Sebab di situ sahaja subjek itu ditawarkan. Payah, memang payah. Perlu kuatkan hati dari mental dan fizikal. Nak fikir pasal makan lagi, duit minyak, tol dan belanja harian di rumah. Susahnya umpama, kita tak ada kerja langsung sebab ada satu saat, nak makan pun tak cukup duit. Jadi 'ikat perut' tu dah jadi kebiasaan bagi aku.

Hari berlalu satu demi satu. Perihal rumah mula menguasai ruang fikiran aku. Ah! Parah juga ni. Harga rumah seakan meningkat sehingga nak pengsan dibuatnya. Ya, aku cuma mementing aset dari segi keperluan. Harga rumah tidak setanding dengan gaji yang sepatutnya memudahkan golongan seperti aku untuk memiliki sebuah rumah. Ya, bukan mudah. Manja? Memang sesetangah 'orang melayu' dikalangan kita agak manja dan sekadar ingin disuap tanpa perlu usaha.

Untuk pengetahuan semua, bukan itu fokus utama yang diluahkan oleh zahra. Jangan salah faham. Dia cuba luahkan, jika kita yang bergaji ni pun tak cukup untuk menampung hidup dan memiliki aset, apatah lagi orang yang lebih jauh susah dari kita. Orang yang tidak pernah ada pendidikan yang tinggi. Orang yang tidak punya gaji yang besar. Orang yang sekadar tinggal di pondok di pinggir bandar. Bagaimana kehidupan mereka? Itu yang jadi titik noktahnya. Kita sedia maklum, harga barang semuanya naik. Bagaimana golongan ni hidup jika di tangan cuma ada beberapa ringgit sahaja? Aku yang kadang2 menghirup mee meggi pun dah cukup bersyukur, inikan pula mereka yang menelan air liur penuh dahaga dan lapar.

Itu yang perlu kerajaan memandang berat. Dari pandangan aku, PM cum nampak golongan macam kita je jadi dia rasa, dia tak kisah kalau naikkan harga padahal dia tak nampak. Ada orang langsung tak mampu untuk dapatkan itu semua. Macam orang yang viralkan perbezaan gaji part time kita dengan negara lain tu. Gaji sehari pun dapat beli macam2 dah. Gaji part time kat sini? Nak beli apa pun tak boleh. Hehe.

Kesimpulannya, aku faham dengan maksud ucapan zahra tu. Nasihat aku pada zahra, tidak semestinya apa yang kita belajar itu akan jadi penunjuk arah masa depan kita. Usaha dan laluinya dengan tenang tanpa mengharapkan impian kita akan tercapai. Cuma fikir, kita nak dapat kerja itu untuk apa? Untuk jadi kaya atau untuk menjalani hidup di dunia sementara ni? Sebab apa aki cakap macam tu? Sebab aku pun macam tu. Dulu aku ingat, aku akan bekerja dalam bidang yang aku ceburi tapi lain plak jadinya. Akhirnya aku kerja dalam bidang lain, yang tidak ada kena mengena langsung dengan bidang yang aku pelajari dulu. Sebelum senang, susah itu pasti kita akan ketemui dulu sebab tanpa pengalaman susah, kita tak akan hargai apa yang ada di hadapan mata.

Bagi pihak kerajaan pula. Luaskan pandangan mata anda. Jangan terlalu menghabiskan wang untuk ke arah 'kemajuan' sangat sebab kalau maju tapi rakyat miskin nak buat apa? Betul kata orang, yang kaya makin kaya. Yang miskin makin sempit hidupnya. Jangan menperjudikan nasib kami untuk puaskan dan mewahkan kehidupan anda yang sudah cukup makan dan pakai. Amanah dan jujurlah dala. Mentadbir negara supaya rakyat seiring gembira tanpa secalit duka.

Sebelum apa2, aku mohon maaf jika dalam tulisan aku ni ada terkasar bahasa atau menyinggung mana2 pihak. Aku cuma memberi pandangan dan pendapat sahaja. InsyaAllah, moga Allah sentiasa memberi kita cahaya hidayahnya dan juga petunjuk untuk kita terus hidup di bumi-Nya ini. Amin.

No comments: