Selamat pagi semua! Alhamdulillah, kita masih lagi mampu bernafas di muka bumi ini. Moga kita sentiasa mendapat manfaat dari isi alam dunia yang diciptakan oleh-Nya. InsyaAllah.
Sebenarnya mata aku ni mengantuk sangat. Aku baru je sampai rumah pagi ni dari membawa misi untuk pulihkan pusat sumber Sek. Keb. Limau Kasturi 1 di Gua Musang, Kelantan. Tiga hari aku berada di sana untuk membina kembali pusat sumber yang telah ranap ditenggelami banjir lumpur yang melanda Negeri Kelantan pada akhir tahun lepas. Sedih. Itu saja perkataan yang mampu aku ungkapkan. Melihat rumah yang masih lagi mempunyai kesan lupur pada dinding rumah yang menunjukkan rumah tersebut seratus peratus ditenggelami air.
Tiada perkataan mahupun ungkapan yang lahir dari mulut aku. Cuma mata aku terkebil-kebil dengan melihat kesan yang ditinggalkan oleh air. Allah itu Maha Kuasa. Dapat mengarahkan air untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Ujian Allah untuk manusia supaya tidak leka dengan dunia yang sementara.
Pertama aku menjejakkan kaki aku ke sana,buatkan aku tergamam. Banyak kelas yang telah musnah. Pintu semua terkopak dan terkulai menunggu rebah. Hanya kelas di tingkat tiga sahaja masih selamat untuk diduduki oleh pelajar. Penginapan kami pula di asrama perempuan. Sekali pandang dah macam tempat yang sudah ditinggalkan bertahun lamanya. Kesan lumpur yang masih lagi melekat di dinding dan suasana yang suram memang agak mengerikan sedikit tetapi hanya satu yang berlegar di fikiran aku tatkala itu. Aku tak dapat membayangkan bagaimana perasaan kalian pada saat itu.
Sekolah itu agak pedalaman. Kanak-kanak di sana mudah mesra dan membuatkan aku sedikit terharu dengan perhatian yang diberikan oleh pelajar di sana. Mereka di ajar supaya sentiasa bersopan dengan orang luar. Mana tidaknya, melihat saja kami terus datang dan ingin bersalaman dengan kami. Aku terkejut sebenarnya. Aku tidak pernah diperlakukan seperti itu. Kalaulah aku pergi ke sekolah lain, aku pasti pelajarnya sekadar melintasi di depan kami tanpa memperdulikan kami. Beza antara manusia yang tahu kesusahan.
Aku bersyukur sebab aku pernah rasa susah. Susah sampai tak tahu mana nak korek duit untuk beli makanan. Itu membuatkan aku sentiasa hargai apa yang aku ada dan apa yang aku dapat. Aku tak mahu kejar sangat kemewahan atau wang ringgit. Aku tahu, zaman sekarang takde duit jangan harap kau boleh buat apa-apa tapi apa yang aku tahu, aku boleh dapat apa je dengan duit yang ada dalam tangan aku. Tak kisah la duit tu sikit ke tak sbb dengan itu aku sentiasa ingat tentang kemanisan benda yang aku dapat tu. Itu yang aku lihat pada wajah ceria pelajar sekolah tersebut. Mereka cuba menghilangkan kesedihan yang mereka alami tidak lama dahulu dan cuba membina kembali hidup seperti sedia kala. Seronok bila dapat hadiah kemenangan sukaneka. Seronok bila pusat sumber berfungsi kembali.
Aku benar berharap, suatu hari nanti mereka menjadi manusia dan hamba Allah yang menuju ke jalan yang benar. InsyaAllah. Kenangan yang terindah sekali ketika di sana. Moga aku berpeluang menjejakkan lagi kaki ke sana. :)
No comments:
Post a Comment