Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Monday, March 31, 2014

Kisah~

Views
  
Selamat tengahari semua! Setelah sekian lama aku menyepi, akhirnya aku diberi kesempatan untuk membuang sawang yang dah monopoli blog aku ni. Hehe! Sebenarnya ada je masa nak menaip segala bagai ni tapi biarlah aku kumpul semua menjadi satu. Itu namanya pemalas. Haha! Aku rasa last post aku bulan januari jadi aku akan start cerita dari bulan februari la ye.

Untuk pengetahuan semua, bulan februari, mac dan april adalah bulan yang sangat busy buat aku. Cewahhhh! Macam dah jadi PM plak kau ni yer, huh! Takde la busy sampai macam tu sekali kan. Hehe! Raya cina hari tu, aku cuti panjang sangat sebab lepas tu memang aku dah tak berpeluang untuk balik kampung. Bak kata orang, simpan cuti untuk raya. Ngeh3!! Naik je kerja, aku terus busy pasal KIK (Kumpulan Inovatif & Kreatif). Pada 13hb Feb, bermulalah Presentation Projek KIK peringkat Universiti tapi kalah. Dapat nombor dua je. Baru je berangan-angan nak pergi sarawak ( Peringkat IPT kat Sarawak). Sedihkan? Hukhuk!

KIK




Bila dah settle pasal KIK, aku bersiap-siap untuk pergi Induksi. Eh baru nak induksi? Biasa la, aku kan budak baru belajar. Huhu! Aku pergi Induksi kat Tanjung Bidara, Melaka je. Dekat kan? Dekat sangat tapi best! 

Induksi di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka



Okey, aku pun malas nak cerita panjang2, letak gambar cukup la yer. Hehe! Masuk je bulan mac, sekali lagi aku berangkat ke Melaka sekali lagi tapi bukan kat Tanjung Bidara. Kat Shah Beach Resort. Apa yang sedihnya, tiap kali pergi comfirm aku tak boleh nak mandi laut. Aiyoo sangat kempunan. Jangan kata laut, kolam pun tak dapat nak celop kaki.

KIK, Melaka.

Tujuan aku pergi sana sebab ada Bengkel KIK. Kitaorang dihantar oleh pihak Universiti untuk 'join' Konvensyen MPC zon selatan pada tarikh yang sama dorang bertanding di peringkat IPT. Haa gempak tak? Hehe! 

Seronok, seronok jugak kan? Di sini aku pun nak luahkan perasan sedih, marah, geram..semuanya la. Kenapa? Mungkin agak terlambat untuk bercerita soal ni tapi ada sedikit mesej yang cuba aku sampaikan. Baru2 ni negara kita mengalami kemarau yang panjang. Kemarau yang menyebabkan sesetengah negeri terpaksa mencatu air. Makin hari air makin kering dan manusia pula makin hari makin lupa. Lupa tentang ujian Allah yang tidak pernah berhenti. Aku dikejutkan dengan berita tentang hukuman gantung yang dikenakan kepada 529 ikhwan (penyokong Dr. Mursi). Ah! Makin hari makin kita ketandusan orang2 yang hebat. Jika niat mereka ke arah yang benar, niat untuk tegakkan keadilan, niat untuk tegakkan agama Allah, InsyaAllah..Syurga itu sudah tersedia di hadapan mata. Beruntung!

Sekali lagi aku dikejutkan dengan misteri kehilangan MH370. Kapal terbang yang membawa penumpang dari KL-Beijing hilang sekelip mata tanpa dapat dikesan. Misteri? Ya, sangat misteri. Misteri yang dipenuhi dengan makna disebaliknya. Aku mohon semua rakyat Malaysia untuk bersatu. Jangan la kita mencurahkan lagi minyak ke dalam api. Bantulah curahkan air untuk padamkan api. Mohon sangat. Dalam saat yang penuh genting ni, janganlah kita menyalahkan sesiapa pun dari pihak kita. Cukuplah mereka2 (media barat) sahaja yang melemparkan kerana kita faham, mereka kurang kecerdikan dan juga kurang didikan kasih sayang. Kasar? Tidak. Itu adalah ayat yang paling sopan sekali. Aku faham perasaan ahli keluarga mangsa yang seakan-akan menunggu dengan penuh harapan tapi percayalah Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Kita hanya mampu berdoa. Pada mulanya aku juga marah dengan tindakan yang kurang bijak dari corak pimpinan kita dalam langkah mencari jalan penyelesaian dalam masalah ini tapi aku tahu, mereka ada sebab tersendiri. Percayalah. 

Masih butakah mata kita pabila mereka (media barat a.k.a US ) dengan sewenang-wenangnya mencanangkan yang islam sebagai pengganas? Tidak terasa ke dengan apa yang dilemparkan pada kita? Nah, inilah perasaan saudara2 kita diluar sana. Yang mungkin sedang memegang senapang atau sedang berlari untuk menyelamatkan diri dari bom pihak2 yang sememangnya menanti kehancuran kita. Bangkitlah wahai saudara ku. Celikkanlah mata mu. Bukakanlah hati mu itu. Mari sama2 kita tingkatkan ilmu di dada semoga suatu hari nanti kita akan jadi sekuat mereka. Sekuat yang tidak mampu dikalahkan oleh sebiji peluru pun.

p/s : Aku sentiasa untuk saudara2 ku diluar sana. Kami hanya mampu berdoa dan InsyaAllah, syurga sentiasa ada untuk orang2 yang benar. Begitu juga dengan mangsa MH370. Tabahkan hati. InsyaAllah,kebenaran itu pasti akan muncul. Al-Fatihah~
Post a Comment