Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Monday, August 18, 2014

Topeng dunia

Views
   
 
 
 
 


Selamat pagi semua. Kita sudah sedia maklum dengan kejadian yang telah menimpa negara kita baru-baru ni. Kejadian yang meragut seluruh jiwa rakyat Malaysia. Peristiwa yang kedua terbesar selepas kejadian terhempasnya pesawat pertama MAS yang di hijack di Tanjung Kupang, Johor (Klik di sini) berpuluh tahun dahulu.

Pada tanggal 7 April 2014, Pesawat MAS MH370 memulakan penerbangan dari KL-Beijing dan tiba-tiba hilang dari radar. Tiada tanda hempasan dan proses mencari masih lagi giat dijalankan. Beribu-ribu wang telah habis digunakan untuk menggunkan teknologi yang paling canggih sekali untuk mengesan pesawat tersebut. Dari laut china selatan sehinggalah lautan hindi, pencarian masih dieruskan. Kalau mengikut logik dan akal manusia, jika pesawat terhampas sekali pun pasti ada kesannya. Tapi tiada. Jikalau tiada, mungkin ada dua saja kemungkinan. Pertama, mungkin ianya menjangkau melebihi pemikiran manusia. Pastinya ia petunjuk yang Maha Esa. Ujian buat kita, melihat dengan lebih teliti siapa kawan dan siapa lawan. Kedua, orang paling yang disyaki adalah...negara yang mengeluarkan pesawat Boeing itu sendiri. Kenapa? Kerana dia satu-satunya yang paling memahami selok-belok pesawat tersebut. Ada pendapat lain? Silakan. Aku hanya menyatakan pendapat aku sahaja dan aku tiada niat langsung nak jadi ejen CIA yang tidak bertauliah.
Dalam masa yang sama, terkejut dengan berita penyokong Mursi yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati seramai 529 orang di Mesir. Satu lagi tamparan buat kita terutamanya orang islam. Berikutan dengan kisah pergolakan di Mesir, beralih pula kita ke arah Gaza. Peperangan yang telah berlaku sejak dahulu masih lagi berterusan sehingga sekarang. Rakyat Gaza yang dikepung sekarang ini sukar untuk mendapatkan bantuan dari luar. Kesempitan ruang tidak mengugatkan iman rakyat Gaza. Ianya tidak mampu untuk menakutkan semua umat islam di situ. Berbekalkan iman dan ketaqwaan yang tinggi, mereka mengambil keputusan untuk lawan! Ya, lawan. Lawan dari meninggalkan bumi yang penuh dengan khazanah para nabi kita dahulu. Mereka hanya berani kerana punya sokong kuat dari US dan juga dermawan-dermawan negara Arab yang hanya pandai duduk diam tatkala saudaranya memerlukan pertolongan.

Ingin aku ingatkan di sini, ianya bukanlah suatu kejadian yang bermusim. Hanya bercerita ketika hangat diperkatakan lalu lupa pabila ianya berubah ketika. Tolong, jangan jadi seperti lalang. Bertiup mengikut angin tanpa bantahan. Ingat lagi masa kisah Rohingya, Mesir dan seangkatan dengannya sedang hangat diperkatakan. Semua orang tukar gambar profile. Semua orang menunjukkan tanda marah serta sedih dan apa yang terjadi selepas itu? Kisah itu mulai suram. Semua orang kembali seperti sediakala. Gambar profile bertukar kembali. Kita juga bagaikan lalang bukan? Mereka tidak akan memerangi kita kerana mereka sudah menang tanpa memerangi kita. Eh biar betik!!?? *Angguk*.

Pada 17 Julai 2014, tatkala semua umat islam sedang menjalani ibadah puasa. Sekali lagi, Malaysia diberi ujian. Pesawat ketiga MAS iaitu MH17 telah ditembak dan terhempas di sempadan Ukraine. Selepas beberapa bulan jiwa rakyat diragut dan mulai reda, kini diragut kembali hingga rebah. Mangsa yang tidak bersalah dan tidak tahu pucuk pangkalnya menjadi korban pergolakan antara Ukraine dan Rusia. Salah faham mereka menghancurkan hati rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa. Kisah MH370 masih belum berkesudahan, ditambah pula dengan kejadian yang tidak disangka ini. Ujian besar buat kita sekali lagi. Mereka harus dibicarakan dan juga disalahkan.

Dari dua kisah pesawat MAS ni, dah nampak sangat kita ni dikambing hitamkan untuk kepentingan sesebuah negara. Aku tidak mahu menuduh tapi sudah terang lagi bersuluh. Kalau ditanyakan pada empunya diri pun tidak tentu lagi dia nak mengaku ataupun tidak. Disebabkan pesawat MAS adalah hak kerajaan dan pengeluaran "mereka" jadi mudah untuk menjalankan misi membalas dendam atau dalam bahasa mudahnya adalah "nota peringatan". Haha. Ataupun mungkin kebetulan. Kebetulan US mempunyai masalah dengan dua negara ini, iaitu China dan Rusia. Ooopppss!! Eh dah terlepas cakap la plak..haha..

Ehem ehem. Apa pun, itu jela yang boleh aku coretkan dan ianya sekadar PENDAPAT/PANDANGAN aku sahaja. Tak lebih dan tak kurang. Mari kita sama-sama muhasabah diri dan kembali ke jalan yang asal. Guna akal dan jangan guna emosi. Daaaa~

p/s : Pada 30hb Julai 2014, aku dikhabarkan dengan pemergian rakan kerja aku, SaifulNizam dan juga ayah kepada sahabat aku. Al-fatihah. Moga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang bertaqwa. Untuk makluman semua, 30hb tu hari lahir aku. :'(

No comments: