Jam sudah merangkak ke angka 4 pagi. Mata masih lagi celik. Tiap patah perkataan yang ditulis kini memenuhi ruang fikiran. Diam. kaku. Tanpa gerakan. Hanya kedengaran deru nafas yang turun naik menahan perasaan. Pusing ke kanan dan juga kiri, masih juga begitu. Mata celik memandang syiling. Apa yang aku fikirkan?
Kali ini jam sudah menunjukkan hampir pukul1 tengahari. Aku bersiap dan bergegas menghadiri jemputan perkahwinan seorang sahabat. Penuh meriah dengan gelak tawa si pengantin dan saudara-mara. Mata ku terarah melihat pelamin yang tersergam indah. Walaupun hanya sederhana gayanya tapi cukup memuaskan hati sesiapa saja yang melihatnya. Mampukah aku
memiki pelamin seindah itu? Aku mengetap bibir. Dalam gelak tawa, aku sedar aku masih lagi dalam keadaan mengelamun memikirkan sesuatu. Senyuman yang diukirkan dapat aku rasakan kepahitannya. Aku memejam mata rapat. Ya Allah! Aku tidak mahu rasakan kekecewaan itu sekali lagi.
Aku pulas minyak. Ngauman motor mula kedengaran."Azie balik dulu yer" kata ku kepada seorang rakan sambil aku hadiah senyuman. Entah ikhlas ataupun tidak, aku sendiri tidak tahu. Dalam perjalanan pulang, mata asyik melihat kenderaan lalu lalang tapi bukan itu pandangan aku tujukan. Entah ke mana pandangan sebenar yang ingin aku lemparkan. Kalau kereta lalu depan aku pun aku tak perasaan. Aku istifar beberapa kali.
Bak kata Asmidar, biar mimpi sampai ke bintang tapi mimpi aku tidak mampu ke bintang kerana awan menutupi malam sehingga hujan turun dengan lebatnya. Aku menunggu sesuatu yang tidak pasti, bagaikan menunggu hujan ketika musim kemarau. Sakitnya hati tidak tertahan lagi. Biarlah segala mimpi indah ku hadiahkan kepada yang berhak iaitu pencipta ku.
1 comment:
jgn tido lewat..
tido awal cam aku. kul 12am. wakaka
p/s: sabar.. cool cam aku. :P
Post a Comment