Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Friday, February 24, 2012

Hari yang comel

Views

Selamat Petang Semua!!

Entry kali macam takde topik plak nak cerita. Ada cerita tapi cerita yang menyakitkan hati buat apa kan so abaikan la cerita macam tu. Buat tambah dosa je..huhu..

Aku sebenarnya ada satu cerita la kan, baru je terjadi tadi. Aku balik opis, parking motor pastu terus tekan lif. Tunggu punya tunggu, last2 lif terbuka. Masa masuk tu kebetulan ada sorang budak memang dah ada dalam lif. Aku membelakangi dia, maksudnya dia ada kat belakang aku la. Biasa la kan dalam lif mesti la sunyi, ada bunyi geseran lif je jadi dengan tidak semena-menanya, aku terdengar bisikan seseorang. Rupanya budak yang kat belakang aku tu. Mulanya aku pelik jugak. Budak ni cakap sorang2 ke? Korang nak tahu apa yang dia bisikan tu? Rupa-rupanya dia tengah baca doa. Aku cuba dengar doa apa yang dia baca tapi aku tak dengar pun sebab dia baca slow sangat. Cara budak tu buat aku tersenyum.



Teringat waktu aku kecik2 dulu, setiap doa aku hafal. Doa pakai baju la, doa keluar rumah la, boleh dikatakan semua la tapi sekarang....hurm....Ada pengajaran di situ....

Saat budak tu kata "amin", dengan tiba2 mulut aku pun mengaminkan sekali doa yang dia baca tadi, walaupun aku tak tahu dia baca doa apa. Bila dia keluar dari lif, aku nampak mulut dia terkumat-kamit baca doa lagi. Mungkin baca doa masuk rumah kot. Alhamdulillah, moga budak itu membesar dengan baik..Amin...
Post a Comment