Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, February 21, 2012

Sabar itu separuh dari iman

Views

Selamat Malam Semua!!

"Sabar itu penting dalam kehidupan seharian"

Ayat yang tak menggambarkan diri aku langsung..haha..aku buat lawak kejap..

Sebenarnya sabar tu memang penting dalam hidup kita, tak kira la berapa besar pun dugaan yang kita terima tetapi aku sebagai manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan ni tak pernah lepas dari kehilangan kekuatan "sabar" itu. Orang yang hebat adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya dan aku bukanlah dikalangan orang yang hebat itu.

Bila terfikir balik perbuatan aku siang tadi di opis, membuatkan aku menyesal tak terhingga. Ya, kesabaran yang aku cuba kekalkan akhirnya hancur apabila aku dengan tidak sengaja meluahkan kemarahan aku. Apa yang sudah terjadi?

Bagi aku, dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan hendaklah berlandaskan keikhlasan hati tapi bila keikhlasan itu dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak membuatkan diri ini ingin memberontak. Ya, dengan tidak semena-mena lantangan suara aku bergema kat opis tadi membuatkan semua yang ada terpaku dan terdiam. Memang aku tak sepatutnya mengeluarkan kata2 sebegitu rupa tapi bila marah mengusai, akal sudah tidak dapat berfungsi lagi. Aku tewas.



Sepanjang hari aku bermasam muka, sehinggakan dia (orang yang dimarahi oleh aku) diam seribu bahasa. Bukan niat aku untuk bermasam muka, benar! tetapi memandang situasi agak tegang ketika itu membuatkan aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri saja. Dia yang cuba berbaik semula, tidak dipandang langsung oleh aku. Bersuara pun tidak.  Berapa kali dia berulang-alik ke meja aku tapi tidak diendahkan.

:: Kenapa marah2 tadi? - seorang rakan sekerja menegur tapi tidak dilayan. Aku masih meneruskan kerja tanpa ambil peduli dengan pertanyaannya. Salahkah aku? Aku hanya sekadar menegakkan keadilan untuk pekerja seperti aku. Dibayar gaji bukan untuk menjadi kuli. Kasarkan bunyinya? Biar! Kadang2 bila kita berada di atas walaupun setingkat tapi lagaknya mengalahkan ketua.

Hmm...Manusia mudah lupa....

:: Untuk melakukan sesuatu dengan ikhlas, perlulah ada kesabaran yang tinggi kerana jika tiada kesabaran, tiadalah keikhlasan..

No comments: