Link Exchange
ikot..jangan tak ikot
Thursday, February 16, 2012
Cerpen : Pertemuan dan Perpisahan (Bahagian I)
Selamat petang semua!!
Setelah sekian lama mendiamkan diri dari dunia penulisan ni akhirnya aku nak aktif la balik lepas aku dapat idea yang best sangat..hehe..so ini la cerita yang aku buat untuk laman FikrahIslam. Meh la baca, ceritanye agak panjang skit dan ada sambungan..harap sangat korang tunggu sambungannya tau..hehe
*******
Ingin aku coretkan sebuah kisah yang tidak pernah aku lupakan walaupun kisah itu telah pun ditelan masa dan perubahan. Satu kisah yang amat memberi aku satu erti pertemuan dan perpisahan. Nurul Jannah, Ya itulah nama gadis yang ditentukan untuk tinggal sebilik bersama aku semasa menjalani proses pembelajaran di Universiti Putra Malaysia ini. Antara kami berdua banyak perbezaan dan pada permulaan cerita ianya menyukarkan kami untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Kami bagaikan orang asing yang tidak mempedulikan antara satu sama lain. Pergaulan kami dengan rakan yang lain berjalan seperti biasa. Bergurau-senda, bergelak-ketawa dan bermacam-macam lagi tapi apabila kaki menjejaki ruangan bilik, ianya seakan berubah menjadi dingin. Tiada kata yang keluar, Cuma kedengaran bunyi kipas yang sedang berpusing.
Malam ini malam jumaat. Usai sahaja solat maghrib, pantas tangan ku mencapai yassin dan saat aku ingin membukanya di situlah terjadinya permulaan bagi hubungan kami. Saat aku ingin membuka yassin, pintu dibuka dengan kasar membuat aku pantas berdiri dan sudah bersedia membuka langkah silat ku.
“kau buat apa tu?” soal Jannah apabila melihat aku seperti hilang akal, bersilat seorang diri. Alamak, aku ingatkan pencuri tadi. Buat malu je. Aku yang baru sedar dengan kehadiran Jannah terus berdiri tegak, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jannah pula hanya tersenyum, geli hati. Aku hanya mencebik.
“kenapa masuk tak bagi salam, pakai masuk je. Aku ingatkan pencuri tadi”, kata ku tanpa memandang wajahnya. Aku kembali duduk dan ingin memulakan bacaan yassin yang terbantut sebentar tadi.
“maafkan aku”, tanpa ada sebab munasabah, aku berpaling. Walaupun Jannah membelakangi aku, aku tahu dia cuba menyembunyikan sesuatu.
“kau okey?” dia hanya mengangguk tanpa berkata apa pun membuatkan perasaan ingin tahu membuak-buak dalam hati aku. Ya Allah, ampunkan dosaku kerana tidak dapat meneruskan pembacaan ku tadi. Hamba mu ini memerlukan seorang teman untuk menghilangkan bebanannya dan orang itu adalah aku. Izinkanlah aku membantunya Ya Allah, moga aku sentiasa di dalam golongan orang-orang yang beriman.
Perlahan-lahan aku meletakkan yassin di atas meja lalu menghampiri Jannah. Aku menyentuh bahunya, terdengar juga esakan yang cuba dia sembunyikan. Akhirnya dia berpaling lalu memeluk aku erat. Aku hanya membiarkan dia membasahi telekung ku dengan airmatanya sehingga dia benar-benar tenang.
“kenapa?” soal ku pendek selepas dia sedikit tenang dan esakannya mulai hilang sedikit demi sedikit. Aku menariknya dan melabuhkan punggung di atas katil. Dia masih lagi menundukkan kepalanya. Mungkin malu untuk menunjukkan mukanya yang sedang dilanda kesedihan.
“aku kecewa”, Jannah menarik nafas panjang, akhirnya dia bersuara.
“kecewa? Kecewa pasal apa, cinta?” aku cuba mengagak dan tekaan aku benar. Kalau hal lain mungkin aku boleh selesaikan tapi kalau hal ini, sukar juga untuk aku selesaikan. Bersembang dengan lelaki pun jarang, ini kan pula nak bagi nasihat pasal cinta. Bercinta pun tak pernah, macam mana nak tolong selesaikan. Aku mengeluh kecil.
“dia tinggalkan kau ke?” tanya ku ingin tahu sambil otak ku berputar untuk mencari alasan yang sesuai untuk diberikan kepadanya.
“dia seorang lelaki yang baik dan agamanya pun bagus. Aku rasa dia mampu bimbing aku nanti tapi entah la di mana silapnya, dia berubah sekelip mata. Dulu selalu bertanya khabar, kini tidak lagi. Kadang-kadang nak mesej pun susah nak balas. Dia bukan lagi seorang lelaki yang memahami dan juga bukan lelaki yang aku kenal dulu. Dia benar-benar sudah berubah. Aku agak kecewa dengan sikapnya”, jelas Jannah dengan panjang lebar. Aku hanya mengangguk tanda faham.
“jadi hubungan kau dengan dia dah putus ke?” Jannah hanya mengangguk. Dia mengangkat wajah memandangku. Matanya masih lagi berkaca. Ya, wajahnya menampakkan dia benar-benar sayangkan kekasihnya itu.
“apakah salah keputusan ku itu?” aku menggeleng pantas.
“setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Mungkin saat ini kau memutuskan hubungan, mana nak tahu hubungan itu di sambung kembali suatu hari nanti. Kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan kan”, kata ku membuatkan dia berfikir sejenak.
“kalau hubungan itu tidak bersambung macam mana?” soalnya pantas. Perasaan ingin tahu mula menjalar di dalam dirinya.
“Eerr..biar Allah s.w.t. yang tentukan. Kita sebagai manusia hanya perlu merancang. Setiap musibah yang kita terima bermakna Allah ingin kita kembali dekat pada-Nya, setiap pertemuan dan perpisahan itu telah Allah aturkan untuk kita cuma kita perlu tahu bagaimana untuk corakkannya”,terang ku dengan panjang lebar. Dia ni faham ke tak? Angguk bukan main laju. nanti buat letih je aku cakap banyak-banyak. Hish! Apa la nak jadi dengan aku ni, niat dah betul nak tolong orang tu tapi dalam hati mengata plak. Dapat dosa free je.
“kau faham tak?” Jannah hanya mengangguk lemah.
“baguslah macam tu, aku ingatkan tadi kau menangis sebab…”, dengan tiba-tiba ayat aku itu tidak dapat dihabiskan, aku baru tersedar.
“kenapa?” Jannah menegur, sedar dengan kekalutan aku sebentar tadi. Aku bingkas bangun, cuba menyembunyikan perasaan aku sebentar tadi.
“tak, maksud aku..”,
“terus-terang jela, aku tak marah”, Jannah menarik aku supaya duduk kembali di tempat asal.
“aku ingatkan kau menagis sebab dah tinggalkan suruhan Allah. Cinta manusia tu bila-bila pun kau boleh dapat tapi kau kena utamakan cinta kau kepada Allah. Cinta kau kepada manusia dah melebihi cinta kepada Allah tahu tak? Lagipun selama kita tinggal satu bilik ni, aku tak pernah tengok kau solat.Allah bagi musibah sebab DIA nak kau kembali pada-Nya. Aku minta maaf kalau kata-kata aku ni menyakitkan hati kau tapi kalau kau menangis minta ampun kat Allah macam tu kan bagus”, Jannah hanya mendiamkan diri sambil matanya merenung tajam ke arah ku. Alamak, habislah aku kali ni. Aku menelan air liur. Tidak pernah aku meihat wajah Jannah setegang itu.
“macam yang kau buat tengah-tengah malam tu ke?” mata ku berkelip pantas. Malam? Eh macam mana dia tahu aku menangis tengah-tengah malam ni. Bukan ke dia tengah tidur? Siap berdengkur lagi, takkan la dia sedar kot.
“macam mana kau tahu?” tanya aku apabila melihat Jannah tersengih seperti kerang busuk.
“aku sedar la, kau ingat aku ni tidur mati ke?” kami ketawa serentak. Aku bangun lalu membuka telekung.
“kau nak pergi mana, kan tengah azan tu. Tak nak sambung solat?” tanya Jannah apabila melihat aku ingin keluar.
“aku nak ambil wuduk”, dahi Jannah berkerut.
“kau kan dah ada wuduk, buat apa nak ambil lagi?” aku hanya tersenyum memandang Jannah.
“nak kumpul pahala”, Jannah masih lagi tersenyum walaupun aku sudah hilang dari pandangannya. Dia termenung sejenak memikirkn apa yang dikatakan oleh aku sebentar tadi. Ada keinginan yang membuak di dalam dirinya.
“kau tunggu kejap, aku nak ambil wuduk. Kita solat sama-sama ye”, aku tercengang, tidak percaya. Akhirnya senyuman terukir di bibir ku. Alhamdulillah.
~BERSAMBUNG~
:: kalau nak "like" atau "share" sila klik DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam
hebat..
:(
wslm..
ang puji tp muka sedih ja..
pasai pa?
best la.. ang leh karang macam nie. aku karang cam apa tah.. jeles sama u la. hahah
hahaha..
ang pn blh karang la mcm tu..
cuba la,ang kn penulis blog yg hebat
(^_^)
Post a Comment