Selamat Petang Semua!!
Seawal pukul10 pagi tadi aku dah standby nak asah kehebatan bermain bowling dengan geng2 nisa' putrajaya. Alhamdulillah, dapat tempat ketiga. Kira ok la tu, ada jugak benda makan yang aku bawak balik..hehe
Apa kena-mengena bowling dengan mengalah? Macam tak kena tajuk je?..hehe..Actually pasal bowling tu saja buat intro..hahaha..
Mengalah tu adalah satu benda yang terbaik untuk pulihkan sesuatu keadaan yang tengah tegang ataupun masalah yang rumit. Masalah yang macam mana? Mesti la masalah itu antara manusia dan juga manusia. Yela, takkan manusia dengan binatang plak kan..hehe..Masalah yang merangkumi perbezaan pendapat dan perselisihan pendapat. Masalah antara keluarga, adik-beradik, rakan2, kawan sepejabat, kekasih dan macam2 lagi.
Kenape perlu mengalah? Mengalah untuk tidak merumitkan lagi masalah yang tengah rumit. Tapi itu bukan salah kita? Yup, kadang2 situasi macam tu selalu terjadi. Kita mengharapkan pihak lain faham dengan kesalahan mereka dan memohon maaf tapi bukan semua yang memahami apa yang kita inginkan jadi untuk sesetengah perkara, apa salahnya kita mengalah walaupun kesalahan itu bukan kita yang lakukan. Tak rugi pun buat macam tu.
TETAPI...haruslah diingat, jangan la asyik mengalah je sampai kepala kena pijak. Ikut pada keadaan dan situasi jugak. Kita ni manusia, penuh dengan ego masing2. Takde siapa pun nak kalah, semuanya nak menang. Jadi tak salah kalau kita mengaku kalah asalkan masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan baik.
Macam mana plak kalau kita mengalah tapi orang tu jual mahal? Bagi aku, cukuplah sekali atau dua kali untuk mengatakan yang anda memohon maaf dan ingin berbaik semula. Kalau orang itu tetap tidak mahu pendamaian, lebih baik anda beri mereka ruang untuk berfikir dan tenangkan diri. Ego la tu..hehe..
Apa2 pun setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, cuma kita perlu tahu macam mana nak handle sesuatu perkara itu supaya dari susah menjadi senang dan bila dah senang, korang pasti akan tersenyum lebar.
1 comment:
salam
yes, aku setuju..
ko men bowling ka? bagus.. haha
p/s: aku malaih main bowling. haha
Post a Comment