Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Wednesday, January 16, 2013

doa untuk sahabat (Bab 8)

Views
*****

Pranggggggg!!

Syika yang berada di bilik sebelah bergegas memasuki bilik aku pabila mendengar bunyi itu. Risau juga dia jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini tetapi langkahnya yang sedang laju tiba-tiba terhenti di muka pintu. Dahinya berkerut melihat telefon bimbit ku berkecai. Dia makin hairan apabila melihat aku hanya kaku membisu. Apa dah jadi? Perlahan-lahan Syika menghampiri aku. Disentuhnya perlahan bahu ku. Dapat dia rasakan badan aku yang seakan menggelatar ketakutan.

"Jiha", panggil Syika lembut tapi sapaan itu amat mengejutkan aku. Terkebil-kebil aku melihat Syika yang sudah berada di dalam bilik. Aku pantas mengutip kembali telefon bimbit yang sudah berkecai dan duduk di birai katil.

"kau okey?", soalan Syika itu ku biarkan sepi. Melihat kelakuan aku sebegitu rupa menambahkan resah di hati Syika. Siapa yang telefon dia tadi dan apakah berita yang disampaikan? Bermacam persoalan muncul di benak Syika. Ingin bertanya lagi pasti tiada jawapan akan di sahut jadi dia berlalu tanpa kata. Memberikan aku ruang untuk tenangkan hati.



**

"morning!", Syika memandang ku tanpa kelip.

"oi kau ni kenapa, pagi-pagi lagi dah nak mengelamun. Cepat la duduk, susah-susah aku buat breakfast pagi ni tau", aku tersenyum lebar tapi disambut hambar oleh Syika.

"semalam kau macam tak okey. Tiba-tiba pagi ni happy lain macam plak, kau jangan buat main-main tau,risau aku dibuatnya", aku hanya tersenyum sambil menarik tangan Syika ke meja makan.

"sorry la, semalam aku moody sikit", jawab ku sambil menghulurkan Syika sepinggan nasi goreng. Syika menyambut tapi hatinya masih belum puas dengan jawapan yang aku berikan.

"moody apa sampai handphone kau berkecai?", tatkala itu suapan ku terhenti. Aku menarik nafas panjang, cuba menahan gelisah ku yang berpanjangan sejak semalam lagi.

"kadang-kadang tak semua benda aku boleh cerita kat kau. Ini hal personal aku", kening ku ternaik apabila melihat Syika ketawa. Apa yang lawaknya?

"owh personal kau. Boleh tak kalau kau bercakap jangan selitkan dengan penipuan, tak jadi la weh. Aku kenal kau dari kecil lagi tau dan aku tahu perangai kau macam mana. Sejak bila plak kau pandai nak berahsia dengan aku ni?", aku terdiam, tidak tahu jawapan apa yang perlu aku berikan. Akhirnya Syika mengeluh kecil.

"okey la, macam ni jela. Aku tak suka tengok kau susah hati dan aku tak nak la paksa kau cerita masalah kau tu tapi satu je yang aku mintak, kalau kau ada masalah dan kau tak boleh nak tanggung sorang2..cerita kat aku. Aku sedia mendengarnya", kata-kata Syika itu amat meruntun hati aku.Perlukah aku berterus-terang dengan Syika dengan apa yang aku lakukan selama ini? Sanggupkah dia memaafi aku jika dia tahu perkara yang sebenar? Terlalu takut aku untuk menghadapi saat itu. Saat yang akan membongkarkan segalanya. Maafkan aku Syika.



**

Nafas Qila turun naik. Tidak dapat dia mengawal kemarahannya yang sudah hampir ke kemuncaknya. Digenggam jari jemarinya. Sentuhan lembut di bahunya membuatkan dia berpaling.

"bersabarlah. Sabar itu separuh dari iman", kata-kata Puan Hajar membuatkan airmata mengalir. menyesal dengan apa yang telah terjadi.

"mak, maafkan Qila. Qila tak tahu apa-apa", Puan Hajar mengusap lembut kepala anaknya. Airmatanya turut mengalir.

"mak maafkan. Mak tahu Qila tak tahu apa-apa pun dan mak tak salahkan Qila. Mak tahu, Qila nak bantu kan?", Qila hanya mengangguk, mengiyakan apa yang dikatakan oleh emaknya itu. Risau dengan kebaikan yang cuba diberikan dimusnahkan oleh orang yang tidak sepatutnya. Dia bersyukur, perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

"kenapa mak tak ceritakan semua ni pada Qila kan senang, tak perlu la mak bersusah payah macam ni", Puan Hajar hanya tersenyum. Tiada niat dia untuk menyembunyikan hal yang sebenar dari anaknya itu. Dia risau jika anaknya menyimpan dendam yang tidak berkesudahan yang mungkin boleh memburukkan lagi keadaan.

"apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kita tunggu dan lihat saja", senyuman hambar di ukirkan, tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan tetapi dia bersyukur, emaknya telah pun memaafkannya.


~BERSAMBUNG~
Post a Comment