Selamat Tengahari Semua!!
Hari ni cuaca panas sangat, tak tahan plak aku dengan keadaan kipas yang berpusing agak perlahan berserta dengan laungan2 hebat dari para peserta bersih. Tak kira la, dalam facebook, blog, paper, tv..semuanya pasal bersih. Maaf, bosan sebenarnya.
Apa yang aku nak katakan kat sini, bukanlah nak memburukkan mana2 pihak dan aku pasti kedua2nya punya salah tersendiri. Kalau ikut dari segi pandangan aku, memang aku sokong sangat dengan misi bersih untuk tidak mahu ada pihak "main kotor" dalam bidang politik lebih2 lagi pilihan raya makin dekat dan pastinya pelbagai pihak cuba menarik perhatian rakyat untuk menaikkan taraf sesuatu politik itu tetapi ada satu masalah je iaitu insan yang mengetuai demontrasi itu. Siapa? Ambiga? Hurm.....
Pastinya aku dapat menghidu sesuatu yang tak enak dari insan yang bernama Ambiga itu. Tidakkah sesiapa perasaan jika ada niat disebaliknya? Aku pernah bertanyakan soal itu kepada seorang rakan.
dia : ko pergi bersih tak?
aku : takpun...
dia : apa la ko ni, sepatutnya ko sokong. bla...bla...bla...bla...(sambil menceritakan apa itu bersih)
aku : masih ambiga ke yang ketuainya?
dia : ha'a..ala aku bukan sokong dia pun, niat aku nak pulihkan negara aku ni balik je..
Faham dengan dialog kat atas? mesti ada yang tak faham kan? sebenarnya aku nak tunjukkan kat korang yang bukan orang islam yang mengetuai kita walaupun golongan pas ada di antara mereka. kenapa bukan orang islam? pastinya baris terakhir dialog itu yang akan jadi jawapannya kan? kita masih lagi dijajah. korang boleh comfirm ke akan jadi perkara baik kalau ambiga menang nanti? soal pasal murtad pun tak habis lagi. "ala yang pasal murtad tu aku tak sokong langsung", itu jawapan anda kan? kalau ambiga buat benda yang dia nak semasa pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang, ada lagi ke bersih ni untuk tentang dia plak?
Sejujurnya, aku pun tak berapa suka dengan pemerintahan di bawah najib. serius. tapi buat apa la kita berusaha lepas tu bila balik, bawa cerita untuk memburukkan pihak lain. walaupun ianya bernar sekali pun, bukankah ia dianggap berdosa jugak? aku pun tak suka dengan drama kat berita yang nampak sangat cuba melindungi pihak kerajaan. nampak, dua2 pihak salah kan? bersih salahkan polis sebab baling pemedih mata dan macam2 lagi. tak tahukah bersih, masih lagi ramai rakyat malaysia yang marah dengan tindakan mereka? ramai hilang punca pendapatan, tak bebas untuk keluar dan macam2 lagi. keadaan makin bertambah teruk bila ada je yang cedera parah. ingat, dalam segala tindakan anda untuk menuntut keadilan pastinya tiada perasaan untuk menyalahkan mana2 pihak. seperti sahabat para nabi yang tidak pernah takut untuk mati dan sentiasa melindungi nabi.
tiba2 ada di kalangan polis itu adalah sedara terdekat kita? dan ada di kalangan peserta bersih adalah keluarga kita? macam mana? korang seronok kutuk polis bagai, tiba2 polis itu adalah sepupu yang paling rapat dengan anda, jadi musuh ke lepas ni? aku tak nak salahkan pihak polis sebab mereka hanya mengikut arahan. bila sorang polis punya seronok baling pemedih mata kat bersih, dia ternampak ada ahli keluarga dia di antara mereka, dia tetap baling ataupun tak?
apa yang aku boleh simpulkan kat sini, aku memang sokong dengan niat murni bersih (yang ketua tu tak la kan) dan langkali korang buat la kat satu tempat lain supaya rakyat lain yang tak nak masuk campur boleh jalani rutin harian macam biasa. ingat, ni bukan negeri korang je.
p/s : aku nak mintak maaf awal2 kalau coretan aku ni ada membangkitkan kemarahan sesetengah pihak. tiada niat untuk aibkan mana2 pihak, ini hanyalah pandangan kecil aku saja sebab aku tak berada di tempat kejadian. yang pastinya kebenaran itu milik Allah..^_^
1 comment:
besa je azie. hehe
jom donload:
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/04/download-ustaz-kazim-dan-ustaz-haslin.html
haha
Post a Comment