Link Exchange
ikot..jangan tak ikot
Thursday, April 12, 2012
Meh Gosip Gosip
Selamat Petang Semua!!
Propa je kan tajuk entry aku..hehe..tapi korang jangan la fikir yang bukan. aku bukannye nak gosip benda teruk2 pun, InsyaAllah masih di jalan yang benar..Yihu!
Daulat Tuanku + Gegaran
Semalam telah berlangsungnya istiadat istana perlantikan Sultan Kedah kita sebagai Agong baru selepas tamatnya tempoh Sultan Terengganu hari tu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan pastinya semua rakyat jelata terutama negeri kedah, bangga kerana ini kali kedua Sultan menaiki tahta sebagai Yang di-Pertuan Agong. Apa2 pun..Daulat Tuanku!!
Okey, siapa yang rasa gegaran semalam? Sila tinggikan hidung?hehe..(serius ok). Dalam keseronokan kita menrima Agong baru, tiba2 kita dikejutkan dengan gempa bumi yang berlaku di sumatera, indonesia. Aku tak berapa pasti pukul berapa semalam, berlaku gegaran yang kuat yang juga dirasai oleh beberapa buah negeri kat Malaysia ni. Rasanya paling kuat kat kedah, pulau pinang dan juga perak. Haa jangan buat tak tahu plak, kuala lumpur, shah alam dan juga putrajaya pun merasai gegaran tersebut. jadi boleh agak kan betapa kuatnya gegaran tu. negara lain yang berdekatan dengan indonesia pasti merasa gegaran tersebut dan amaran tsunami telah pun dikeluarkan. actually aku tak tahu langsung pasal gegaran tu sebab aku kat tempat lain jadi tak rasa la gegaran tu. bila masuk je kereta, on radio..baru tahu pasal gempa tu. ummi aku call kata kat rumah rasa gegaran pastu balik rumah tanya akak, yup rasa gegar jugak. bukan sekali kitaorang pernah rasa gegar macam ni. dah banyak kali dan ianya amat menggerunkan lebih2 lagi bila fikir kitaorang duduk kat rumah flat yang tinggi dan mempunyai 16 tingkat! serius, tak akan sempat untuk selamat diri. redha jela..kepada semua, aku doakan kita dijauhkan dengan bencana sebegini. diharapkan lepas ni kita cepat2 la bertaubat sebab ajal dan maut tu bila2 je boleh sampai. Allah itu sentiasa menguji untuk kita membetulkan apa yang salah..
zed zaidi vs aaron aziz
sorry la kalau aku masukkan bab artis dalam ni,saja nak meriahkan suasana sebenarnya. masalahnya kecil je tapi salah faham sesetengah orang membuatkan aku nak berdebat sikit pasal hal ni tapi sebelum tu aku nak minta maaf la kalau korang tak suka dengan komen aku ni. niat aku cuma nak luahkan pendapat aku je,ok..tadi aku baca berita tentang kelancangan zed zaidi dalam mempertikaikan kemenangan aaron aziz masa anugerah popular bintang harian yang baru saja diadakan. untuk makluman semua, anugerah tersebut 100% undian dari peminat. first time aku baca komen zed zaidi, memang aku tak suka dengan cara dia. yela kan, orang tu dah menang buat apa nak sakit hati sampai kata macam tu tapi bila aku fikir balik dengan apa yang dia cakap dalam surat khabar hari ni buat aku terfikir sesuatu. betul jugak apa yang zed zaidi tu cakap, kita sepatutnya melebihkan rakyat kita dahulu. kenapa dalam festival filem malaysia aaron tak dicalonkan? sebab dia bukan rakyat malaysia. betul? memang ianya akan memberi semangat kepada pelakon malaysia untuk lebih usaha lagi tapi tidakkah mereka terasa dengan kemenangan tersebut? cuba fikir, negara kita ni dah penuh dengan rakyat asing. aku rasa macam bukan malaysia dah ni sebab dorang lebih monopoli negara kita berbanding rakyatnya sendiri. kita lembut hati sangat ke? ntah la,aku sendiri tak tahu nak jawab macam mana. kesimpulannya, kes ni dah mula jadi kes berat bila ia membabitkan kewarganegaraan. banyak artis kita nak tembus pasaran indonesia, ramai ke yang dapat ke sana? tak semua. jom kita kira, berapa ramai artis indonesia popular kat tempat kita? tak terkira kan? itulah maksud zed zaidi sebenarnya. mungkin cara dia untuk meluahkan pendapat agak salah sebab dia menggunakan tweeter dan agak tidak profesional. apa2 pun majulah sukan untuk negara..Yihu!
p/s : ramai yang cakap aku ni macam budak2..hm aku tak matang lagi ke? Haish...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam
aku pon rasa gegaran gempa bumi.. huhu
daulat sultan kedah tinggi.. hehe
jom baca:
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/04/jangan-cemari-ayat-suci-quran-dengan.html
Post a Comment