Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Saturday, April 14, 2012

Derma?

Views
  

Selamat Malam Semua!

Pasti malam ni semuanya sedang berehat dan bersenang-lenang sambil bergurau senda bersama keluarga. Ah! rindu pula keluarga di kampung.

Beberapa bulan yang lepas, keluarga aku ada singgah di rumah dan bermalam untuk beberapa hari. Pada siang harinya, macam biasa aku bawak ummi dan ayah jalan2 kemudian singgah di mydin kejap. Tengah jalan2 tiba2 ayah ditegur seorang budak. Owh rupanya dia minta derma untuk sekolahnya..


ayah : sekolah dekat mana?

budak : kedah

ayah : jauh tu. buat apa kat sini? tak belajar ke?

budak : *terkedu*

Aku bukan nak salahkan budak2 yang minta derma ni tapi rasanya cara mereka mungkin ada kesalahan sikit. Datang dari jauh semata2 nak majukan sekolah. Memang bagus sangat tapi bila ianya menampakkan budak tu mengabaikan pelajarannya, macam mana pula tu? Ayah sempat cakap kat aku, "kalau niat nak buka sekolah kemudian suruh budak2 tu minta derma, baik tak payah buka sekolah". Aku angguk je, ada betul juga dengan apa yang ayah cakap tapi kita sebagai manusia tak tahu apa masalah manusia yang lain. Mungkin mereka tiada niat untuk mempergunakan budak2 tu tapi walau apa alasannya sekali pun, kita patut fikir tentang budak2 tu juga.

Teringat zaman sekolah aku dulu. Aku pun pernah minta derma untuk bina surau kat sekolah. Masa tu aku pun sekolah kat kedah tapi perbezaannya adalah, derma tu aku minta di kalangan jiran dan saudara yang aku kenal je. Takde la sampai pergi KL untuk minta derma. Kos nak pergi pun satu hal, tempat tinggal lagi, makan minum, semuanya perlukan duit. Perlu ke nak bazirkan duit semata2 nak minta derma? Jauh pula tu.

Yang satu lagi kes ni bila ada orang pergunakan budak2. Ala pasal kes culik lepas suruh dorang minta derma tu. Hm aku kadang2 sampai tak nak derma dibuatnya sebab bukan budak2 tu yang dapat duit tapi yang tukang suruh tu yang akan dapat. Bila tengok budak2 tu rasa kesian juga dan aku tak nak jadi kejam sangat kan. Kadang2 yang jual barang tu, aku tak ambil pun barang tu. Aku bagi suruh dorang belanja duit tu. Tak kisah la nak beli air ke, makanan ke asalkan dia belanja untuk diri sendiri tapi aku tahu, dorang tak akan belanja duit tu, kan?

Apa2 pun, tak salah kalau orang nak minta derma tapi gunalah cara yang betul. Kalau betul nak minta derma, minta jela tapi jangan la sampai mengabaikan pelajaran budak2 tu. Kesian tau. Jadilah manusia yang berperikemanusiaan sikit, jangan la kejam sangat yer..

p/s : kes ni dah lama tapi baru je teringat tadi..huhu!
Post a Comment