Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Tuesday, April 3, 2012

FB vs BBM

Views
  

Selamat Malam Semua!!

Haa menu apa malam ni? Aku? Eerrr.....

Bila dah lama2 ngadap FB, aku dah start bosan. Haa mula la aku keluarkan status yang mengarut2 kat wall aku..hehe..Yela, tengok status orang tu lepas tu tengok status orang tu plak..hurm..status aku?

Semenjak aku guna hp BB, serius aku tak reti langsung pakai hp tu. Baru sekarang la aku on kan aku punya BBM walaupun dah lama aku guna hp tu (eleh itu pun nak bagitahu ke?). Actually aku dah kena "boooo" dengan kawan aku..hahahaha!

Dia boleh kata aku ni kampungan..ahahaha..aku tahu dia gurau2 je sebab tu dia ajar aku sampai la aku punya BBM aktif..huhu! Thanks Poje! so sekarang ni agak kegilaan dengan BBM plak. Yela, baru guna la katakan..hehe

Bila tengok BBM, teringat kembali kenangan masa sekolah dulu. Haa masa tu tengah syok layan chatting sampaikan duduk kat cibercafe berjam2 dibuatnya..hehe..Hai budak2 baru nak matang la katakan. Sekarang ni aku dah tak berminat nak chatting2 sebab tu kat FB aku hanya add orang yang aku kenal je. Malas aku nak add orang yang aku tak kenal sebab nanti mula keluar ayat " hai boleh berkenalan"..huh! Letih aku nak melayan. Masa berkenalan macam tu dah ketinggalan zaman tau..hehe

Apa2 pun, tak kisah la korang guna FB ataupun BBM..janganlah sampai korang buat benda yang tidak sepatutnya. Bagus jugak kalau kita hidup dengan dipenuhi dengan teknologi tinggi tapi ingat, ianya tetap ada batasan. Batasan apa? Haa lu pikir la sendiri..^_^
Post a Comment